Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Monday, 25 February 2013

Advance Flight Check-In

Mak aih... dah bersawang dah blog aku nih.. Ni entri pertama dalam tahun 2013. Yayy!!! Dengan segala kekuatan yang ada, aku dengan gigihya menaip cerita nih. Cerita yang menggambarkan betapa bodoooohnya aku.. Memang sangat sengap dan talingung ni cerita. Bila aku ingat balik, memang terserlah tahap kebengapan yang mengalahkan cipan. Haha,, tak tau la kalau korang yang baca ni pernah lalui perkara yang sama. Tapi ni merupakan cerita biul yang pertama bagi aku dalam tahun 2013 nih. Meh meh baca apa yang terjadi.. 

Kisahnya cenggini, aku telah dipilih oleh hospital untuk menghadiri persidangan di Kuching. Persidangan tu dua hari, tapi tak taula kenapa aku set dalam fikiran aku yang kecik ni, persidangan tu satu hari. Mungkin masa aku isi borang untuk menghadiri kursus tu aku tulis cuma 1 hari.. iaitu 23 hb. Mungkin juga bahagian pejabat telah betulkan untuk 2 hari 23-24hb tapi aku tak tau pasal tu. Sebelum gi persidangan aku pergilah cuti 2 minggu. Balik kampung la wei.. Dah raya tahun ni bukan giliran aku, aku balikla masa raya cina. Masa bercuti kat kampung, aku terima panggilan dari pejabat, bertanya pasal masa tiket pergi dan balik. Jadi aku bagitau la jam berapa aku nak. Tapi time tu aku masih set persidangan tu 1 hari je. 

Aku terbangla ke Kuching pada 22hb tu. Kat Kuching aku stay di hotel dengan seorang kawan yang juga turut menghadiri persidangan tersebut. Kawan aku la ni yang bagitau persidangan tu 2 hari. Punya aku marah (kunun..), kenapa la tak dibagitau pasal 2 hari. Jadi kunun2nya, second day conference tu aku terpaksa la skip tengahari session sebab flight balik jam 4 petang. Ishh.. dalam hati aku, melepas peluang jalan2 di Kuching. Tapi, dalam kekalutan tu, dapat jugakla beli kek lapis sarawak untuk kawan2 kerja nanti. Berkat pertolongan adik junior kat Kuching.

Jadi adik junior ni hantarla aku kat airport. Masa tu baru je pukul 2 pm. Jadi aku ni pergila check in. Yang jaga kaunter pun satu hal. Senyum pun tak. Sepatah greet words pun tak keluar dari mulut dia. Muka pun masam je. Dia bagi aku boarding pas. Aku pelik ckit boarding pas tu sebab dia kasi bulat part tarikh pakai pen. Aku ingat dia saja2 ja. Pas check in, aku pergila ke immigration check. Skali na, kakak imigresen tu cakap "Astaga, nasib ku perasan... flight kitak 25 hb tok, ari tok baru 24 hb". Haaaaaahh??????? Punya aku blank kejap. "Hari ni bukan 25 hb ke kak?" Masih mau menegakkan benang yang basah dan hampir putus. "Sik, ari tok 24 hb ba". Aku tak puas hati, aku check handphone cap ayam ku, tengok tarikh... Mak aih, confirm 24 hb. Sotnya Alisa............ramainya orang time tu. Dahla dress lawa2 tapi talingung tahap bapak cipan. Aku gelabah, takkan la aku nak call junior lagi suruh ambik. Macam menyusahkan pulak. Nak balik Kuching stay sehari lagi, tapi poket da hampir rabak. Gaji pun lum masuk. Terpikir jugak aku nak tinggal kat surau di airport. Tapi, adui, kesiannya.. macam musafir pulak. Nasib tu abang imigresen mencadangkan solution yang bernas. dia suruh aku gi ofis tuk tukar tiket. Dia cakap ada flight yang sama hari tu cuma dah nak hampir berlepas da. 

Ba, apalagi Alisa.... kelam kabut gi ofis, syukurla nak. Ada flight available. Tidak juga dorang mintak charge. Pmpuan yang jaga kaunter tu pun baik ngan aku. Dan nasib juga aku takda baggage tu masuk dalam kargo. Lepas aku tukar tarikh, aku terus pegi check in dan terus masuk flight ma.. Aku la orang yang terakhir pada ketika itu. Malu siot.. macam VIP pulak bila semua flight workers tengok semacam. Nak masuk flight pun ada cerita, aku ingat gate yang kat hujung nun.. sebab semua orang da masuk kapal, rupa2nya aku follow group yang pegi KL. Aiya... double trouble betul la that day. Dari jauh aku dengar nama aku kena jerit "ALISAHHHHH", aku menoleh belakang. "FLIGHT AWAK DEKAT GATE SINIIIII". Waduh2.... jauhnya aku dah berjalan tok. Apalagi, berlari la aku (tapi masih kontrol ayu ok..) pergi ke gate yang dimaksudkan. Hahaha,,, buduh2.... Masuk kapal, aku buat muka dek ja.. Suma orang tengok.. "ni kot yang ditunggu2".. mesti dorang cakap gitu kat dalam hati kan?... aaarrrhhh.. lantaklah.. yang penting aku dapat balik labuan hari tu jugak.. So, aku duduk, tarikh nafas dalam2... dan beristighfar dan bersyukur banyak2 dalam hati. Sebab walau dalam kesulitan macam tu pun, tetap ada jalan keluar kalau kita berusaha. 

ps: Tapi aku bengang ckit ngan mamat yang jaga kaunter check in tu. Apasal dia tak tegur yang aku salah tarikh. At least aku ada banyak masa lagi tuk buat pembetulan. Yang dia gi bulatkan tarikh je apasal? Aku ni rabun tau tak... aku ingat ko saja2 ja bulatkan... hahaha,,, sot2... Next time Alisa, tengok betul2 tarikh flight... ko tu kan careless.. kena be extra careful next tyme.. ;p