Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Saturday, 23 April 2011

Kisah syahdu di sebuah masjid..

Pada suatu hari, hatiku tergerak untuk pergi menunaikan solat Maghrib & Isyak secara berjemaah di masjid. Ni semua sebab aku rasa iman aku ni semakin tipis, mungkin lebih tipis daripada kulit bawang. Jadi, niatku pergi ke masjid ni cuma satu, mendengar ceramah agama selepas solat Maghrib tu. Sebabnya aku tau, hati aku ni sangat sensitip. Kalau mendengar ceramah2 sedemikian, hatiku akan cair dan aku berharap aku akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Jadi, aku pun memandu ke masjid yang jaraknya agak jauh dari rumah aku. Tapi, sebab ada kreta, agak mudahlah kan. Semasa memandu, ku terdengar azan berkumandang, mungkin dilaungkan oleh bilal dari surau2 yang berdekatan. Sebenarnya aku boleh ja pergi surau yang terdekat. Tapi, entahla, aku telah membulatkan hati tuk pergi ke masjid tu. 

Sesampainya aku di masjid, aku parking kereta, then, aku hairan. Alamak, kenapa hanya kereta aku sahaja. Tempat parking kereta tu kosong. Hanya aku saja. Hati aku berdetik "Mungkin masjid tutup kot.." (aku rasa ni bisikan syaitan). Lepas tu, hatiku menjerit2 menyuruh aku menukar gear reverse dan terus balik rumah (mungkin ini pun pujuk rayu syaitan juga). Aku hampir2 terpedaya dan nak reverse, tiba2 ku terlihat ada 2 @ 3 buah motorsikal yang tengah parking nun jauh di sana. Ooh.. ada orang rupanya. Aku membatalkan niat dan terus mematikan enjin keretaku. Tanpa berlengah lagi, aku terus masuk ke dalam masjid. Sempat jugak ku intai di ruangan jemaah lelaki, ku lihat ada 3 @ 4 orang tengah menunaikan solat sunat. Fuh,, lega.. ada jugak orang.

Aku pergi ke tempat jemaah perempuan. Ku lihat kiri.. ku lihat kanan.. alamak lagi.. aku sorang ja. Takpa. Mungkin tak lama lagi akan ada jemaah lain yang datang. Aku cuba memujuk hati sendiri. Aku pun menunaikan solat sunat sebelum bilal melaungkan iqamah. Selepas solat sunat, aku duduk.. tengok kiri.. tengok kanan.. Kemudian, iqamah kedengaran. Hatiku mula gusar memikirkan tiada jemaah perempuan yang lain. Aku berharap ada la yang muncul. Aku bukannya takut solat sendirian, tapi aku menjangkakan akan adanya jemaah perempuan walaupun bilangannya mungkin sedikit. Aku kesiankan masjid nih. Semasa bulan ramadhan, ia sentiasa dikunjungi. Tak kira siang dan malam. Bulan2 yang lain pulak, sunyi sepi.

Tiba-tiba aku berasa sebak. Sebab aku pun tergolong dalam kumpulan itu. Mengunjungi masjid pada bulan ramadhan sahaja. Memikirkan aku telah melupakan masjid selain dalam bulan ramadhan, sebakku makin menjadi2. Tiba2 air mataku tumpah. Aku menangis semahu-mahunya. Air mata memang tidak dapat di tahan lagi. Aku berasa sangat bodoh dan jahil. Tatkala imam menyuruh jemaah merapatkan shaf, aku bangun dengan lemah. Sepanjang solat maghrib itu, aku menangis. Tidak pernah sekali pun aku begitu beremosi ketika solat. Aku takut dengan azab Allah SWT. Aku malu dengan Nabi Muhammad SAW. Begitupun Nabi begitu memuliakan umatnya, tapi aku??!! aku hanyut dengan kesibukan duniawi. Menunaikan solat sendiri yang khusyuknya entah ada atau tiada. Aku berterusan menangis. Memohon keampunan daripada Allah SWT. Berdoa denganNya supaya aku yang hina ini diampuniNya. Aku berharap akan adanya jemaah lain yang akan solat bersama dengan aku. Seorang pun jadilah. "Ya Allah, Engkau berikanlah aku saudara walaupun seorang untuk bersama-sama solat berjemaah, supaya hatiku lebih senang kerana ada juga hambaMu yang mengunjungi rumahMu ini selain aku". Itu lah yang aku ulangi di dalam hati. Tatkala ku rukuk, air mata bercucuran jatuh. Pabila ku sujud pula, air mataku mebasahi sejadah. Begitulah keadaannya sehinggalah imam melafazkan salam. Semasa Imam berzikir dan membacakan doa, aku masih tetap dengan doaku agar dikurniakan saudara untuk solat berjemaah. Tapi hampa.. tiada juga saudara yang ditunggu.

Selepas itu, imam memberi ceramah mengenai golongan umat Nabi yang memasuki syurga. Aku mendengar dengan tekun. Banyak jugak ilmu yang ku dapat. Pada masa ini, air mataku sudah kering. Aku pasrah dengan segala ketentuan Allah SWT. Kalaupun aku ditakdirkan untuk berseorangan ketika itu, aku pasrah.

Tidak lama kemudian, aku terdengar bunyi pintu dibuka. Lantas ku menoleh, Ya Allah!! Maha Suci Engkau Ya Allah!! Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Doa hambamu yang hina ini pun Engkau kabulkan. Ku lihat ada seorang gadis muda dengan telekungnya masuk dan duduk agak jauh dari aku. Aku tidak putus2 memanjatkan kesyukuran. Air mataku mau keluar lagi tapi ku tahan. Aku sangat gembira sebenarnya. Tidak putus2 senyuman di bibirku. Doaku dimakbulkan juga. Ku lihat gadis tu menunaikan solat Maghrib. Kemudian, bersama2 tekun mendengar ceramah agama. Pabila masuk waktunya, azan Isyak berkumandang. Sungguh merdu laungannya. Cukup syahdu hingga dapat meruntun jiwa sesiapa yang mendengarnya. Mau jugak ku tengok si bilalnya, tapi, takpala... lain kalila..

Aku tidak menunggu saudaraku itu datang rapat kepada ku. Aku yang mengangkat sejadah dan letak di sebelahnya. Aku senyum. Dia pun senyum. Kami menunaikan solat jemaah bersama2. Aku berasa sangat tenteram. Memang lain daripada menunaikan solat sendirian di rumah. Selepas habis solat, sempat jugak kami berbual sekejap. Rupa2nya dia dari bandar, singgah sebentar kat masjid untuk solat. Hm.. apa-apa pun aku sangat bersyukur dengan semua kurniaanNya. Tatkala ku pergi ke tempat parking kreta, hatiku berbunga lagi. Ku lihat ncik city da ada kawan kat kiri dan kanan. Aku tersenyum dan bersyukur kepada Allah SWT. Aku memandu kereta pulang dengan gembira. Dan aku berazam selepas ini, aku akan lebih kerap mengunjungi masjid. Azam aku yang tertinggi pulak ada satu; menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid. Sebab aku rasa, kalau waktu orang jaga pun tak ramai yang pergi masjid, inikan pula waktu subuh. Jadi, aku tanamkan azam nih, InsyaAllah..... ^_^

Wednesday, 20 April 2011

Kisah si pacik tua..

Nak jugak kongsi crita nih. Di wad aku, adalah sorang pacik tua yang most of the time bersendirian, tiada yang menemani. Disebabkan pacik ada hypertension, diabetes suma, jadi pacik ni kena masuk wad seminggu sebelum operation dia. Just untuk kasi stabilkan blood pressure etc. Umur lebih daripada 65 aku rasa. Ada suatu malam tu, kira-kira jam 7 gitu, pacik ni dilawati oleh ahli keluarganya, adalah lebih kurang 6-8orang. Ramai la yang mengunjungi pacik nih. Dalam hati aku, "hmm.. ada jugak saudara pacik ni rupanya..". Tidak semena2 pacik ni berubah. Mengamuk. Dimakinya semua orang. Pastu, bercakap yang bukan2 pulak tu. Pastu, sibukla ahli2 keluarga nya ni mintak nez bagi ubat tidur @ penenang. Dorang tak mau yang makan punya. Keluarganya request yang injection supaya effect cepat. Amboi2.. pacik tu dahla tua, nak bagi ubat yg kuat2 pulak. Kang ada yang tidur terus, mampu??. Aku nasihatkanla keluarga pacik ni supaya jgn sekali melawat tu ramai2. Sebab most of the time, pacik ni okeh ja dekat wad. Mungkin dia tgk orang berkerumun ramai2, tu yang perangai bertukar tu. Selepas beberapa jam kemudian, baru pacik ni 'reda' skit. Syukurla.... :)

Keesokan harinya, aku kerja pagi. Pacik ni da okeh. Tak marah2 lagi. Jadi, aku beranikan diri tuk tanya. "Pacik, kenapa pacik semalam marah2?? pacik marah ngan siapa sbnrnya?" (<- nez penyibuk :p). Pacik jawab "aa? yang mana misi?". Alamak pacik ni mcm lupa pulak. "Ndak ba pacik, semalam, napa pacik mengamuk?" Pastu dia jwb "ooo... semalam ka.. hm.. smlm pikiran pacik tidak menentu. Bukannya apa, bini pacik ni suda meninggal, anak2 pun jarang tengok pacik di sini. Pacik sorang saja.. suma anak2 sibuk kerja suma. Tu yang pacik marah2 dorang tu..."

Hm.. sian pacik kan. Pacik marah sbb pasal lain, anak2 ingat pacik mengamuk tak tentu pasal pulak. Kalau aku nda sibuk, bulih jugak temankan pacik berbual. Aku betul2 harap buleh bgtau anak2 dia yang pacik ckp gini, tapi takut dibilang penyibuk pulak. Nda pa la pacik, ari ni pacik punya operation, arap2 lepas operation semuanya okeh, jadi pacik buleh la balik rumah... :)

MAMPU bayar hutang??

Ni cuma pandangan aku la.. Mungkin kamu tidak setuju ka watever, tp, ya, ni blog aku, jadi suka hati aku la.. ;p. Aku rasa teda istilah hutang piutang di kalangan anak beranak nih. Sebagai contoh, seorang ibu/bapa itu meminjam wang anaknya. Memang dia gunakan istilah pinjam. Tapi sebagai anak, wajarkah kita menagih wang pinjaman ibubapa kita itu? wei wei wei,,, excuse me,, kalau dikira segala perih dan wang yang ibubapa kita gunakan tuk besarkan kita sampai kita jadi orang yang berguna, tak terbayar tu hutangnya walaupun sampai ke liang lahad. MAMPU ka bayar??? Aisseh,, potong la jari aku kalau kamu bilang kamu mampu bayar. Walaupun, ibubapa kita cuba bayar 'hutang' itu, kamu akan ambil ka?? Hmm,, terpulang la dengan kamu. Kalau aku, memadai la ada ibubapa di sisi aku. Tak payahla ingat apa2 'hutang' ka apa. Kehadiran mereka di sisi memang tiada apa yang dapat menggantinya. Tiada apa yang dapat membalas jasa kedua ibu bapa kita. Kalau aku, apa yang aku dapat buat adalah mendoakan mereka agar sentiasa sihat, dirahmati dihindari dari segala bencana setiap kali selepas solat. Hm.. tu ja la yang aku mampu. Nak bagi sebuah rumah yang besar?.. ehem2.. rasanya aku tidak mampu. Kalau aku ada anak suatu hari nanti pun, aku cuma nak dia hidup dengan baik & kalau boleh sentiasala mendoakan aku walaupun sekiranya aku tiada lagi di dunia ini. Kerana hanya itula amal yang tidak akan sesekali terputus biarpun jasad da lenyap d muka bumi ini... sekian terima kasey... hoho!!!

Sunday, 17 April 2011

Are you deaf @ dumb?

Tidak terlintas untuk aku menulis cerita ini, tetapi, aku sangat sangat tidak senang hati sekiranya tidak berkongsi cerita ini dengan orang lain. Niat aku cuma satu, kepada lelaki-lelaki di luar sana, sila jangan berkelakuan seperti 'orang gila' dan kepada perempuan2 pula, sila gunakan otak anda. Orang selalu cakap, cinta itu buta. Buta? iya ka? Ka itu cuma pernyataan yang dibuat oleh orang yang membabi buta dalam bercinta demi menutup kesalahan mereka. There's NO such thing like cinta itu buta. Hanya orang2 yang bercinta itu yang buta dan membiarkan semuanya berlaku kerana mengikut perasaan semata-mata. Cinta buta yang 100% mengikut perasaan itu hanya layak diberikan kepada Tuhan yang Maha Esa. Malangnya, cinta agung inilah yang selalu dilupakan oleh manusia yang jauh mementingkan cinta sementara itu. Alamak, berfalsafah la ba pulak.. hehe,, :p

Ni hah kisah yang aku nak kongsikan nih. Adalah sorang pesakit nih, masuk wad sebab kena menjalani emergency operation. Sepanjang dia di wad, tunangnya la yang menemankan dia 24 jam. Memandangkan pesakit ini agak 'pemarah' (mintak maaf sebab guna perkataan ini), niatku untuk bertanyakan pasal ahli keluarganya yang lain terbantut. Yalah, sepala yang nak pergi bersembang dengan pesakit yang bagi warning time aku inject dia hari tu. Malas la den.. Jadi, tunangnya yang kecik ni la yang menemankan dia selalu. 

Adalah satu hari tu, tunangnya ni tengah memotong kuku si pesakit ni. Pastu, doktor datang untuk buat ward round. Jadi, kawan kerja ku nih mintak si tunang ni keluar kejap sementara doktor nak check pesakit nih. Can you imagine that?? Buleh2 ja si pesakit ni tengking prmpuan tu suruh dia habiskan kerja memotong kuku dia. Depan semua orang tu. Aissey.. Terkulat2 si tunang ni menyambung kerjanya. Ishh.. tulungla.. mak bapak aku da berpuluh tahun kawin, tidak pernah sekali pun aku tgk bapak aku tengking mak aku. Wadeii.. bengisnya, tuhan jak tau. Kejadian kedua, time bagi ubat, si tunang ni yang beri dia makan ubat. Tak tahula macam mana, tiba2 ada ubat terjatuh, pastu si pesakit ni cakap "Sial!!"... o mai god.. sialnya ni lelakiiiiii!!!. Aku sangat geram.. Macamana la ni perempuan bole tahan dengan perangai gitu. Ni baru tunang nih, lum kawin lagi. Kalau aku, sori, banyak lagi lelaki lain yang lebih baik. Kalau orang tak pandai menghargai kehadiran kita, tak payah dok bodoh2 setia ngan dia. Janganla jatuhkan martabat diri sendiri. Kalaupun hanya dia ja lelaki yang tinggal di dunia nih, lebih baik aku tinggal di hutan, tak payah kawin. Daripada seksa diri sendiri, lebih baik cinta itu diberikan dengan Tuhan yang kekal abadi. Jadi, sila ambil iktibar dengan cerita ini. Aku bukan mau mengaibkan sesapa, aku cuma mengharapkan agar tiadala lagi kejadian seperti ni terjadi. Bukannya apa, entah apa sebabnya, aku yang sakit hati sendiri.... <--menyibuk hal orang ja ni budak :p

Monday, 11 April 2011

The forgetful me~

Today I went to pasar. Adalah masa dekat pasar ikan, dari jauh ku terlihat ni macik. Aik, macam pernah ku lihat mukanya. Tapi di mana ya?? Otak ku ligat berpikir. Ku lihat macik tu senyum melihat aku. Alamak, konfirm ni mesti dia kenal aku nih. Pikir,, pikir,, punya byk brpikir (nasib baik otak tak meletup), tidak jugak ku dapat ingat. Macik ni makin lama makin dekat. Alala.. come on lisa. Think2!! Nah, senyuman macik menampakkan giginya suda nih. Aku senyum, pastu, secara spontan tangan ku hulurkan tuk salam. "Macik, sy mcm prnah nampak macik la sblm nih..". aku membuka cerita dgn kekoknya. "Iya, macik pun mcm prnah nmpak kau ini.." aissey, rupa2nya macik pun tidak ingat aku.. Lega sikit dalam hati. Sekali tu ilham muncul "Oooh, macik ni mak pesakit sy kan, c xxxxx bin xxxxx!". Nah, dengan bin nya sekali ku ingat. Pastu macik ckp "Iya, nez ba pulak ni.." Baru la aku senang sikit nak bercerita. Adalah jugak ku bertanya khabar anaknya. Dibilangnya suda bole berjalan. Hm.. senang hati jugak mendengar. Sbnrnya aku tidak lupa, cuma ingatan tu suda tertanam dalam sikit dan ambil masa tu dikorek keluar.. hehe,, perkara yang sama berulang setiap kali aku terjumpa pesakit atau keluarga pesakitku di bandar. Lisa2.. kuatkan ingatan ckit..

Thursday, 7 April 2011

My very first love letter~

During my third year in university, I was attached in one of the psychiatric hospital. At first, yalah, takut2 jugak.. haha,, mata ni melilau kiri kanan, takut if suddenly ada orang peluk dari belakang. But it was a great experience. Besides, I received my first love letter (ya, when I said first, I mean 1st, im not kidding,, haha,,). This 24 years old guy (a handsome chinesse guy ^^..) got admitted due to schizophrenia. Poor guy, born in a broken family in which became one of the contributing factors to his illness. The parents got separated and the mother was too busy working, as well as the brother. Being abandoned, alone, (kesian kan..), had made him going into depressed and went schizophrenic. In ward, he didnt talk much. But he never refused whenever I asked him to join in carrom playing. He was very good at carrom (ya,, aku pun.. hehe,,). We used to be a good team together. 

One day, he gave me a flower, maybe he plucked it somewhere in the garden, and yeah,, a love letter.. I said, OMG!! I was shocked, and at first I was scared to death. Luckily, he was a gentleman, respect others and not doing sembarangan thing. That was why we managed to be friend (I told him that I will get married soon <-- big liar :p). He seemed to understand that but he still keep on giving me flower and letter every morning. I like his handwriting. Very neat and nice type, almost like mine. Yeah, never mind la.. as long as he happy.. FYI, I still have the letters. What do you expect, that was the first time a guy (handsome one) said the he fall in love with me. (For sure, I will keep the letter.. haha,,). My last day of attachment, I didnt see him to say goodbye. Nyesal **. I did that because I was too afraid that he would be very sad, but indeed, I made him sadder (<-- is there such word??). Hm.. macam mana dia sekarang ya?? Hope he will be fine. Actually, if he was not my patient, maybe I.... hahaha,,, who knows,, only God knows why~~ (kidrock) :p Orite, that's all for now...

Nice handwriting...^^

Wednesday, 6 April 2011

Autumn in my heart (My piano version)

Since I was quite busy with all the auditing thing, it took me about 2 weeks to learn this beautiful song (Requested by my friend). This song is the main theme for the famous korean drama Autumn in My Heart, composed by Yiruma ^_^. I used to watch this drama with my fellow friends when I was "young".. hehe,, it was a very wonderful memories though. There was a time when I skipped my extra classes just to watch this drama. This is just a short version. If you want to see the long version, feel free to watch it in YouTube, played by other great pianists.. :) If you want the sheet music, let me know ya~



Sunday, 3 April 2011

Got this from one of my patient.. ^^

Ni emel yang patient antar kat aku selepas dia keluar dari wad. Hm.. very sweet lor. Yang paling best, statement paling last tu... hahaha,, thank you for this wonderful poem.. ^_^ Hope i will be like that for the rest of my career.. Here we go..

A Nurse is more, Why?
Though nobody, can say why, for sure,
Nurse's desire, for service, is pure.
Not for themselves, it has to be for others.
A life dedicated, to their sisters and their brothers.

A Nurse is more, How?
Through reserves, of strength, care and love,
Nurses take their lead, from the power above.
Above and beyond, their duty comes first.
Their patient's needs paramount, before even hunger and thirst.

A Nurse is more, When?
When we need them the most, at our times of ill,
Nurses come through, with their care and goodwill.
When we feel we can't go on, and wish, to give up the ghost.
That's when our Nurses, give it their most.

A Nurse is more, Where?
In the hospital, the battlefield, the clinic and hospice,
Nurses are there, in the ER, the OR, the workplace, and medical office.
Where we are, to go for our care, thankfully, we find Nurses there.
Aging, sick, fearful, weary, we turn to Nurses, and know they care.

A Nurse is more,
A Nurse is more, much more than all we've said, or all we can say,
other than, to acknowledge the Nurses, who so brighten our day.
In gratitude, we thank Nurses, their willingness to serve, we find so appealing,
bringing to us, their comfort, wisdom, compassion and healing.

but most important...the smile~ like Ms Alisa...hehehe

When you care for other people..

Bukannya nak bermegah diri, cuma nak share dengan yang lain.. :). Apa pun yang anda lakukan, buatla dengan sejujurnya kerana itu adalah lebih baik daripada mengharapkan balasan semata-mata. Nak kongsi sikit pengalaman hidup yang sedikit nih. Dulu, ada orang pernah tilik tapak tangan aku (ehem.. juz tuk suka2 saja, jangan percaya sepenuhnya, boleh syirik..). He said, saya akan bekerja kuat hingga ke hujung nyawa kerana terdapatnya satu garisan yang bersambung (langsung tdk trputus) d tapak tgn aku. Bekerja kuat seumur hidup.. (hahaha,,) Well, mungkin la.. Aku sgt devoted dengan kerja. Apapun kerja yang pernah ku buat, aku pasti akan buat brsungguh2. Lepas SPM ari tu, aku kerja d sebuah restoran sebagai waitress. Wah... kira rajinla jugak.. haha,, customer2 pun muka yg sama ja selalu dtg.

Selepas 2 minggu kerja, bos da bagi kepercayaan tuk handle money dkt kaunter. Tapi, satu yg aku tak tahan. Customer2 tua+miang yg datang ke restoran ku masa tu sgt2 mengurangkn motivasi aku. Tak lama lepas tu, I quit. I could not handle this matter anymore. Golongan2 yg miang ni makin hari makin melampau. Hm.. tp kesian my bos, dia nda bagi ku berhenti. Last2 ku mintak bapa pegi jumpa bos tuk ckp yg aku nak resign.. Berakhirla riwayat ku d restoran itu.

My second job was very challenging. Jadi guru ganti ajar budak2 yg comel & manja di sek rendah. Ajar matematik, tapi kadang2 ajar kemahiran hidup jugak. Kalau aku replace kelas cikgu yg ada hal, selalunya aku tak mengajar.. hahaha,, selalunya, aku akan buat dancing, singing dan melukis2 kartun. Suka oo budak2 esp yg tahun 1 melukis doraemon & surprisingly, ada jugak aku dpt mencungkil bakat melukis di klgn murid2ku. Tapi, yang headachenya, budak2 ni anggap aku mcm kakak pulak. Rapat betul. Kelas aku dinanti2kan sbb kelas aku la kelas yg dorang bole bising2.. aku pun nda dpt kawal kdg2. Kalau tahun 2, lembu2 yg tgh meragut rumput d luar lebh menarik perhatian drpd kelas math ku. Pernah dulu ku cuba kaedah lain. Ku reka sebuah jam dinding yang besar, bertemakan spongebob, yg jarumnya boleh berpusing2 (time tu nak ajar pasal clock). Buleh2 ni bergaduh gara2 mau main dengan jam yg ku buat tu. Cantik sgt kot jam aku nih..(:p). Sampai ada yg menangis2.. Pening kepala gue. Last aku langsung nda bawa tu jam ke kelas suda.
Innocent Year 2 students (In front of camera.. ;P)

Owh, pernah juga aku menangis sekali dua kala d kelas gara2 dorang x dengar ckp (malu juga bila ingat wei). Pernah ku bawa kek lapis sarawak tuk dorang. Berebut2 ni ba.. addei.. tp agak tersentuh jugak bila slh sorang murid ckp "cigu, cigu, cigula cigu yg pertama kali bagi kek sama kami". Tp, yg part yg paling tdk dpt dlupakan ialah pada hari guru. Aku bertugas tuk menjual bunga ros tuk murid2 tuk diberi kpd guru kegemaran mrk. Aku mmg tak sangka, aku yg bungkus tu bunga, aku jugak yg dpt paling byk bunga masa tu.. Haha,, kad2 lagi, hadiah2 lagi. Suma ku simpan jadi kenangan (thank you my murids2). Walaupun aku pining2 ajar kamu, kamu jugala penawar hati cigu. Smpai sekarang ada murid ku yg menelefon, brmesej atau berchatting d fesbuk ngan aku. Canggih budak2 zaman sekarang nih.
Year 3 (yg mmbuatkn aku brkata,, adededededehhhhhh... **)

 Year 4, guru kelasnya ialah aku.. bwahaha,,

Year 5, kdg2 ja masuk kelas dorang nih..

Itu suda lebih setahun berlalu, tp dorang tetap ingat pada aku juga. Hm. That's why i said, when u care for other people, they will care for u too. Orite my murids, rajin2 la belajar ya.. cigu doakan sumanya lulus dengan cemerlang.. Tu crita d sekolah, my next job is more challenging. Jadi lecturer dekat kolej. Kalau ditengok, aku ni mmg ada jodoh dgn kerja mengajar ni kan..haha,, nda pa la.. next time aku crita psl kehidupan aku mengajar budak2 yg da besar & aku nak bagi perbezaan antara mengajar d sek ren n kolej... ^^
 Antara kad2 chomel yg ku dapat

 Sejak bila nama aku jadi Lasiah?? Ni mesti tahun 1 nih.. haha,, super cutie~