Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Wednesday, 20 April 2011

Kisah si pacik tua..

Nak jugak kongsi crita nih. Di wad aku, adalah sorang pacik tua yang most of the time bersendirian, tiada yang menemani. Disebabkan pacik ada hypertension, diabetes suma, jadi pacik ni kena masuk wad seminggu sebelum operation dia. Just untuk kasi stabilkan blood pressure etc. Umur lebih daripada 65 aku rasa. Ada suatu malam tu, kira-kira jam 7 gitu, pacik ni dilawati oleh ahli keluarganya, adalah lebih kurang 6-8orang. Ramai la yang mengunjungi pacik nih. Dalam hati aku, "hmm.. ada jugak saudara pacik ni rupanya..". Tidak semena2 pacik ni berubah. Mengamuk. Dimakinya semua orang. Pastu, bercakap yang bukan2 pulak tu. Pastu, sibukla ahli2 keluarga nya ni mintak nez bagi ubat tidur @ penenang. Dorang tak mau yang makan punya. Keluarganya request yang injection supaya effect cepat. Amboi2.. pacik tu dahla tua, nak bagi ubat yg kuat2 pulak. Kang ada yang tidur terus, mampu??. Aku nasihatkanla keluarga pacik ni supaya jgn sekali melawat tu ramai2. Sebab most of the time, pacik ni okeh ja dekat wad. Mungkin dia tgk orang berkerumun ramai2, tu yang perangai bertukar tu. Selepas beberapa jam kemudian, baru pacik ni 'reda' skit. Syukurla.... :)

Keesokan harinya, aku kerja pagi. Pacik ni da okeh. Tak marah2 lagi. Jadi, aku beranikan diri tuk tanya. "Pacik, kenapa pacik semalam marah2?? pacik marah ngan siapa sbnrnya?" (<- nez penyibuk :p). Pacik jawab "aa? yang mana misi?". Alamak pacik ni mcm lupa pulak. "Ndak ba pacik, semalam, napa pacik mengamuk?" Pastu dia jwb "ooo... semalam ka.. hm.. smlm pikiran pacik tidak menentu. Bukannya apa, bini pacik ni suda meninggal, anak2 pun jarang tengok pacik di sini. Pacik sorang saja.. suma anak2 sibuk kerja suma. Tu yang pacik marah2 dorang tu..."

Hm.. sian pacik kan. Pacik marah sbb pasal lain, anak2 ingat pacik mengamuk tak tentu pasal pulak. Kalau aku nda sibuk, bulih jugak temankan pacik berbual. Aku betul2 harap buleh bgtau anak2 dia yang pacik ckp gini, tapi takut dibilang penyibuk pulak. Nda pa la pacik, ari ni pacik punya operation, arap2 lepas operation semuanya okeh, jadi pacik buleh la balik rumah... :)

No comments:

Post a Comment