Wednesday, 20 April 2011
MAMPU bayar hutang??
Ni cuma pandangan aku la.. Mungkin kamu tidak setuju ka watever, tp, ya, ni blog aku, jadi suka hati aku la.. ;p. Aku rasa teda istilah hutang piutang di kalangan anak beranak nih. Sebagai contoh, seorang ibu/bapa itu meminjam wang anaknya. Memang dia gunakan istilah pinjam. Tapi sebagai anak, wajarkah kita menagih wang pinjaman ibubapa kita itu? wei wei wei,,, excuse me,, kalau dikira segala perih dan wang yang ibubapa kita gunakan tuk besarkan kita sampai kita jadi orang yang berguna, tak terbayar tu hutangnya walaupun sampai ke liang lahad. MAMPU ka bayar??? Aisseh,, potong la jari aku kalau kamu bilang kamu mampu bayar. Walaupun, ibubapa kita cuba bayar 'hutang' itu, kamu akan ambil ka?? Hmm,, terpulang la dengan kamu. Kalau aku, memadai la ada ibubapa di sisi aku. Tak payahla ingat apa2 'hutang' ka apa. Kehadiran mereka di sisi memang tiada apa yang dapat menggantinya. Tiada apa yang dapat membalas jasa kedua ibu bapa kita. Kalau aku, apa yang aku dapat buat adalah mendoakan mereka agar sentiasa sihat, dirahmati dihindari dari segala bencana setiap kali selepas solat. Hm.. tu ja la yang aku mampu. Nak bagi sebuah rumah yang besar?.. ehem2.. rasanya aku tidak mampu. Kalau aku ada anak suatu hari nanti pun, aku cuma nak dia hidup dengan baik & kalau boleh sentiasala mendoakan aku walaupun sekiranya aku tiada lagi di dunia ini. Kerana hanya itula amal yang tidak akan sesekali terputus biarpun jasad da lenyap d muka bumi ini... sekian terima kasey... hoho!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-->
No comments:
Post a Comment