Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Thursday, 17 November 2011

Can I be a Chef??

Wow.. sekarang Msia da ada rancangan Masterchef sendiri. Mula-mula tengok macam takda perasaan sebab juri-jurinya terlalu skema. Skrip macam dihafal. Hm.. tapi, lama-lama, makin best pulak. Terus membara semangat mo memasak tu bah.. haha,, Siok bah tengok dorang masak. Bagi aku lah, memasak itu adalah seni. Bukan hanya pada appearance tapi juga pada rasa dan teksturnya. Tapi itula, aku ni budak sains. :p.. Bab-bab seni nih hancur merancur.. Takpa.. takpa.. slow2 kita belajar ye. Lama2 expert jugak tu. InsyaAllah.. Ehem, nak kongsi my favorite contestants kat Masterchef Msia. Ni ha yang kat bawah nih~~~ :-D All the best to both of them!!!!


Pilihan pertama



Omputih yang pandai cakap melayu is super hot.. haha,, sabar ja la Lisa.. Gambatte Nik!






Pilihan 2




Aha.. si adik yang berani mencuba. Good luck to you too ^^


Thursday, 11 August 2011

My terrible day ~.~

Ehem.. ni sebenarnya pengalaman hidup yang nak dikongsi bersama. Especially untuk kaum wanita. Tapi, kalau ada kaum lelaki pun baca, hm... takpala... teruskan membaca. Bukan senang nak jadi pompuan nih. Kali terakhir aku jumpa dia pun lebih kurang 3 tahun yg lepas. Lama da kan.. Aku betul2 ingat aku tak jumpa dia lagi sehinggalah bulan lepas.. Warrghhh!!!! berjumpa lagi aku ngan musuh lama, yakni si sesunggut.. eh... senggugut la... :p

Hari itu aku bangun jam 7 pagi. Ni semua sebab aku diberi masa office hour oleh sister. Kiranya nak bangun lambat ckit la kunun. Tiba-tiba aku rasa tidak 'siok'. Macam ada butterfly dlm uterus. Aku bangun. Cuba mencari2 ubat betet (tau tak apa tu betet?? tu ubat sapu dari Indon). Masa tengah mencari2 tu, aku rasa pening. Persekitaran menjadi gelap gulita. "Palui, mana ni ubat.. masa perlu, situla dia menyorok.". Aku terus meraba2 dalam kesamaran. Last2 jumpa jugak. Dapat ja betet, terus aku menghumbankan diri ke atas katil. Fuhh~~ baru best ckit. At least kalau pengsan, takdala atas lantai yang keras. 

Pandangan ku kembali jelas. Ku sapu betet di kepala dan hidungku. Sialan.. pedasnya ni ubat. Nyesal pulak taruk kat hidung. Kemudian, secara perlahan2 sakit di bahagian hypochondriac itu semakin menggila. Terasa urat2 semua kejang. Ya Allah.. ada lagi rupanya penyakit nih. Macam mana aku nak explain sakitnya nih ar. Antara 1-10, aku rate sakit nih sebagai 7.5. Rate 10 itu hanya untuk orang yang sakit beranak okeh. Sakitnya tu ada rhythm tau. Kejap kuat.. then surut.. then kuat lagi.. then surut.. Masa dia sakit kuat tu, aku tahan nafas sebab nak tahan sakit tu. Aku ajar pesakit aku untuk buat breathing exercise kalau sakit. Hampeh.. nurse ni pulak tahan napas, tak mo buat breathing exercise.

Peluh memercik keluar. Diibaratkan macam paip yang pecah.. Habis bedsheet & bantal basah bermandikan peluh. Baju tak payah cakap la. Yang hairannya, dalam peluh2 macam tu, aku menggigil kesejukan. Alamak, ni kipas volume 5 lagi.. Aku kuatkan diri tuk bangun & slowkan kipas. Adduih,, asal bangun ja, gelap penglihatan.. cepat2 aku baring balik. Uterus muscles terus menerus kejang. Air peluh berliter2 keluar. Kepala pun pusing & berdenyut2.. Sampai aku terpikir, bagus aku pengsan ja. At least tidaklah rasa sakit. Puas aku berguling2 di katil mencari posisi yang sesuai untuk mengurangkan kesakitan.

Masa ni jugaklah telinga rasa berdengung. Aku hairanla, time ni, aku berfikir macam2.. Macam2 terlintas difikiran. Pasal di kampung la, pasal apa benda nak dibeli esokla, pasal kerja la.. Semuanya macam keretaapi. Lalu di fikiran aku sekelip mata. Aku cuba tutup mata pun tidak boleh. Semua benda2 yang entah apa2 mucul di fikiran. Ianya diluar kawalan aku. Tak taula orang lain ada experience macam ni tak. Semuanya ni berlanjutan paling lama 30 minit. Tapi, nak tunggu 30 minit tu bagai 2 jam lamanya.

Selepas 30 minit, sakit pun makin kurang. Aku dapat rasakan darah panas kembali mengalir dalam badan. Peluh pun sudah menyejat. Sakit kepala pun makin menghilang. Ni antara the best moment in my life. Actually, kalau sambung tidur pun lagi bagus. Tapi tak dapat pulak, kena kerja.. Hari tu aku lambat gi punch card. 8.30am. Biarla.. bukannya selalu.. Ya Allah.. betapa bannyaknya tenaga diperlukan. Kalau sakit ini pun agak mengerikan, apaka lagi kalau melahirkan satu nyawa itu. Dengan pain score 10/10... membuatkan aku berfikir dua tiga kali.... x_x


Thursday, 21 July 2011

Al-Fatihah~

Apa yang paling menyedihkan aku sebagai seorang nurse ialah apabila pesakit yang masih muda meninggal dunia. Sebab tu aku tak boleh kerja di pediatrik (wad kanak2). Aku tak sanggup.. sungguh2 tak sanggup. Aku bukannya tak rasa sedih kalau pesakit yang tua meninggal. Sedih tu sedih jugak.. tp, sekurang2nya, mereka suda lama merasa hidup, pelbagai perkara sudah dilalui. Yang masih muda??? kadang2 anak yg masih kecil2 ditinggalkan.. isteri pun ramai yang suri rumah.. hm... bagaimanala agaknya kalau aku di tempat diorang.....

Ni kisah seorang pt yang baru pindah dari ICU ke wad aku. Kes Brain Death @ mati otak. Pt da lama kat ICU, menggunakan alat ventilator (alat bantu pernafasan). Keadaannya boleh dikasifikasikan sebagai 'critically ill'. Isteri dia yg sebaya aku tu lah yang menemaninya. Rakaman bacaan yassin dimainkan sepanjang masa.

Masa tu aku kerja malam. Ramai gak yang ill2 di wad aku time tu. Syukurla tiada admission sepanjang malam. Ditakdirkan, dalam jam 4 pagi, aku gi check dextrostic (kandungan glucose dlm darah). Alamak... 3.0 ja... pt hypoglycemia (sila cari di google apa itu hypoglycemia ;p). Aku pun beri 50cc D50%. Kawanku check blood pressure pt tp unrecordable. Mesin pun takleh baca.

Tiba2... alamak... pt jadi bradycardia. Heart rate 40... ECG line pun tak cantek... hampir2 asystole. Aku buat suctioning. Tak banyak secretion jgk. Aku tgk isterinya.. Isterinya senyum ngan aku. Ades, macamana nak cakap nih. Husbandnya ni da nak meninggal da. Pastu aku ckp ngan dia "tak bagus ni keadaan dia kak, kak takda nak ckp apa2 kat telinga dia?". Air muka si isteri berubah. Terus si isteri membacakan kalimah syahadah di telinga husbandnya. Tak lama selepas itu, ECG line showed asystole.. Sungguh cepat pemergiannya.

Kawanku tanya, "Nak ckp ke ngan isteri dia?".. "sy tak sanggup nak cakap kak, tnggu Dr ja la yg ckp" aku membalas. Tak lama kemudian, ku lihat kawanku menepuk2 bahu si isteri. Mungkin kak da ckp yg suaminya da takda. Terus ku lihat si isteri menangis.. Merah mukanya.. langsung tiada suara. Hanya air mata mencurah2 keluar. Adduuyaii... aku nda sanggup. Saja ku sibuk2 buat benda lain. Kalau aku ada sana, dengan aku2 sekali menitiskan air mata. Al-fatihah untuk arwah...


 Ni maksudnya 'asystole' - no heart activity


Ventilator (alat bantuan pernafasan).. hm... kesian kan. kalau tengok depan mata lagi kesian.. *_*

Tuesday, 19 July 2011

Hikayat 2 Minggu Di Palace Hotel (Part 3)

Hari Kelapan (25.06.2011 bersamaan Hari Sabtu)

Outing!!Outing!!Outing!! Hehe... besh2.. takdala telinga merah dengar ceramah. Tapi, iyala... kehangatan sinar suria pada ketika itu cukup membuatkan orang brtukar warna kulit. Sudahla semalam terlupa beli sunblock. Bah, nda pa la.. Semangat fantastic tu tetap membara... cehh... ^o^ Congratz tuk Biro Sukan atas sukaneka yang sgt best. Tapi, sayang, istana pasir tu nda jadi sbb tak cukup masa.. Baru ingat nak buat istana phoenix.. hehe...

 We are Fantastic 10 ^o^

Mirah2 membawa kebertuahan.... 

Oh ya.. petang tu gak ada kuliah mengenai Rasuah.. Giler salute ngan penceramah tu ar.... sesapa yg tengok dia gerenti tak berani makan2 suap nih... ;p Malam itu kami praktis menari untuk persembahan penutupan. Fantastic 10 bergabung dengan Super 9 (Itukah nama kumpulan kamu tu?? keliru suda...**). Koreographernya, si Puan Fifi, ahli kumpulan aku jugak.. Hebat ar Fifi.... Thumbs up!! Aku yang tak pernah menari ni pun, buleh2 jugak jadinya.


Hari Kesembilan (26.06.2011 bersamaan Hari Ahad)

Mintak maaf ku pinta kepada penceramah2 sekalian. Aku ni kira durhaka jugakla... Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Dulu rajin mencatat maklumat. Sekarang hanya tajuk kuliah saja yang ku tulis. The rest 'k.o.s.o.n.g.'..........Aku begitu struggle untuk tidak terlentok.. Lebih2 lagi semasa kuliah Kawalan Rahsia Kerajaan. Mak aihhhhhhhhhh...... suara flat yang mendayu2 itu benar2 membawa aku ke alam yang lain. Hm... bila exam ek?? oo.. ari khamis nih.. lama lagi.. nanti nak print out suma lecture notes..


Hari Kesepuluh (27.06.2011 bersamaan Hari Isnin)

Tiada apa yang mau dikatakan... Kuliah Sistem Perakaunan Negara dan Total Quality Management itu benar-benar....................................................................... Tahan Alisa... Tahannnnnn.......... Jangan diikutkan perasaan. Ya..ya.. aku tengah menahan diri la ni. Kalau tidak, dah lama aku melelehkan air liur dalam kuliah. Ditakdirkan, pada ketika ini, aku diserang sakit-sakit badan terutamanya bahagian pinggang ke bawah. Ni gara-gara sukaneka la nih. Seksa oo.... Nak naik turun tangga macam satu azab. Time nak sujud pun terpaksa ubah style. Harap2 la solat aku tu sah. Addeii.... macam mana nak menari nih......


Hari Kesebelas (28.06.2011 bersamaan Hari Selasa)

Aku menjadi MC lagi. Wow... aku nak berkongsi rahsia nih.. Kalau aku jadi MC, serta merta mata aku jadi segar bugar. Ajaib..ajaib.. Ni kes takut tak perasan penceramah da abis ceramah la nih. Tangan ligat menulis. Menulis apa?? Tulis pantun khas untuk penceramah.. haha... Sebabnya, aku suka penceramah tu. A nice young chinese lady with nice smile... ^_^. Pandai berjenaka pulak tu. Ni pantunnya:

Berlesung pipit manis senyumannya,
Penampilan profesional sumber inspirasi,
Pelbagai pengalaman dikongsi bersama,
Untuk panduan peserta induksi.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Terima kasih kami ucapkan,
Kerana puan sudi bertamu.

Pernah nampak tak perkataan 'ULANGKAJI' dalam hikayat 1,2,3??? Macam teda kan?? Memang hakikatnya tidak pernah pun aku ni ulangkaji. Pada malam itu, aku mula merasakan bahang exam. Nasib baik rumetku telah photostat lecture notes. Aku pun menumpang baca la. Gilakkkkkkkkkkk........... banyaknya mau dibaca. Mataku naik juling suda nih. Kunun2nya mau bangun jam 4 pagi untuk study. Hampeh.... janji dengan diri sendiri suda dimungkiri... *_*


Hari Keduabelas (29.06.2011 bersamaan Hari Rabu)

Cilakakkkkkkkk............ esok mo exam suda.. tadi subuh tak bangun tuk ulangkaji pun. Addesss.. macam mana nih~~ Okeh2 Alisa.. jangan panik. Ada 3 lectures hari nih. Tumpukan perhatian supaya kau tidak perlu ulangkaji 3 tajuk ni okeh. Kurang sikit benda nak dibaca. OKEH! aku bersemangat balik. Aku mencatat segala-galanya. Sampailah di satu tahap, dimana enjin yang membara itu telah padam serta merta. Kata penceramah tu, "Tajuk2 ceramah hari ini tidak akan keluar exam esok".. cits.... terus mataku terkulai layuuuuuuuuu~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ T__T

Malam itu, aku study tak ingat dunia. Semuanya ditelan. Esok kasi muntahkan ja balik. Dengan ditemani rumetku, aku dapat gak study sampai jam 2 pagi. Sambil2 itu, sempat gak aku berpesbuk untuk mengelakkan mata mengantuk. Dua cawan nescafe suda diteguk. Ternyata aku tewas jugak pada jam 2 pagi. Mataku sudah bulau. Otakku sudah beku. Last2, aku menuju ke katil empuk untuk dibuai mimpi. Masa tu jugak, sedikit demi sedikit maklumat yang aku hafal tercicir satu persatu...


Hari ketigabelas (30.06.2011 bersamaan Hari Khamis)

Jeng jeng jeng... hari penentuan telah pun tiba. Masa sarapan pun study. Turun tangga pun study. Sempat lagi membuat discussion di luar bilik peperiksaan. Masa jawab soalan objektif, aku pasrah.............. Soalan susah nak mamfus. Ada jugak aku menggunakan kaedah a,b,c,d,e,f,g,h,.... z. Mana yang Z, itulah jawapan. Punya lama da tak guna kaedah itu. 

Part esei pulak, aku tersenyum ^__^. Muahahahaha.......... apa yang aku spot suma keluar. Gilak ar. Ni namanya Allah nak tolong. Syukur Alhamdulillah. Lancar jak jawab. Masa diperuntukkan 2 jam 30 min. Aku 40 minit da siap. Tapi, segan pulak mau keluar. Nanti orang kata mintak puji pulak. Lepas siap, aku duduk diam2. Menarik2 lapis meja untuk dijadikan selimut. Sejuk ea aircond time tu. Tengok kiri, tengok kanan.. Orang lain masih lagi menjawab. Tiba2 aku terdengar ada orang hantar paper. Oo.... rumetku rupanya.. Hehe... barulah aku ada keberanian tuk keluar jugak.... Syukur ya Allah.... Dapat jugak aku jawab soalan esei itu... :)

Petang itu, kami berlatih berabis untuk tarian. Perghh... best siot. Lebih2 lagi dengan kawan2 yang sporting semua. Semestinya satu kenangan yang paling terindah dalam hidupku. Upacara penutupan malam itu, sangat best. Semuanya berjalan ngan lancar. Fantastic 10 menjadi The Best Group of Induksi.. Hehe.... Bannggaaaaaa~~~~~~~~


With my fantastic group


 Yeyeah~~~ Miss you all guys ^_^


 Fifi & Fida.. Purple team...


Tahniah atas performance yang sungguh hebat~~


Hari keempatbelas (1.07.2011 bersamaan Hari Terakhir)

Uuuuu..... sedehnya dah nak habis. Macam nak extend induksi pun ada. Masa sesi salam2 tu, nasib baik air mataku tidak tumpah. Tak taula bila lagi dapat jumpa ngan you all nih. To John, Chan, Sharon, Fifi, Fida, Faiz, Chin and Jessica, hope we will reunite again.. ^__^ Thank you very much for the most FANTASTIC moments in my life ever~~~~~~~~~ Miss you all........... truly, madly, deeply doo........ ^_^ Che kara kachee kachee!!!



Friday, 8 July 2011

Hikayat 2 Minggu Di Palace Hotel (Part 2)

Hari Keempat (21.06.2011 bersamaan Hari Selasa)

Bermulanya zaman persekolahan balik. Kuliah pun bermula. Tapi, aku sangat hairan, pelik dan ajaib. Aku sangat segar. Langsung tidak mengantuk walau sedikit pun. Ish.. ish.. ish.. pelik pelik... Aku mendengar kuliah dengan penuh minat. Mencatat apa2 maklumat yang patut. Sampaikan aku kagum dengan diri sendiri. Hahaha,,,,,, <-- angkat bakul. Kawan sebelah tanya, "awak tak mengantuk ke Alisa?". Dengan yakinnya aku menjawab "Langsung tidak..".. Perrrghhhh~~~~

Hari Kelima (22.06.2011 bersamaan Hari Rabu)

Sebenarnya, malam sebelum rabu ini aku tidak sabar2 untuk kuliah seterusnya. Gilak ar.. Ini barulah penjawat awam yang cemerlang, gemilang dan tembirang... haha,, Kuliah pada hari ini juga sangat aku suka. Lebih2 lagi pasal motivasi. Salute ngan pnceramah. Langsung tak mengantuk. Pada hari ini juga, aku telah menjadi MC, dengan baju kurung moden favouriteku... putih berseriii~~~ ayu~~~ (kunun). 

Hari Keenam (23.06.2011 bersamaan Hari Khamis)

Bermulanya titik hitam dalam hikayatku. Disebabkan tajuk2 kuliah pada hari itu agak 'flat', aku mula merasakan adanya batu di atas kelopak mataku. Ku tahan..ku tahan.. ku tahan...tringat cerita Mr. Bean yg meletakkan kayu mancis utk menongkat matanya. Sabar Alisa... kau kan penjawat awam yang cemerlang. Aku tahan.. Dulunya aku mencatat info2 yang berguna.. Sekarang hanya lukisan not2 taugeh, laut serta bukit bukau yang terbentang luas dan tidak dilupa jugak signature2 Alisa yang bermacam2 bentuk. Ditambah pulak dgn kerisauan public speaking pada malam ini. Tajuk sudah ada... tapi, perasaan gementar tetap ada. Menyebabkan kuliah pada hari tersebut seperti angin sepoi2 yang lalu dengan damai. Tp, utk pengetahuan para pembaca, aku tidak tidur masa kuliah okey.....

Malam tu, kami ada public speaking. Disebabkan aku ni malas tuk mencari info baru, aku cuma ceritakan pasal wad. Da namanya nurse kan. Apa2pun mesti berkaitan dengan wad. Sampaikan hotel tersebut 'hospital' pulak. Syukurla malam itu perjalanan public speaking lancar sahaja.. o iya.. aku sakit mulut sbenarnya malam tu sebab terlalu byk ketawa dek cerita kawan2 yang lucu lebih2 lagi public speaking si Reynold yang bertajuk 'Bulu'.. wakakaka... nyesal tak rakam time tu...

Hai Ketujuh (24.06.2011 bersamaan Hari Jumaat)

Yaha!!! Sesapa pun akan suka Hari Jumaat. Satu kuliah shj.. Malam pulak boleh bergelak ketawa lagi tgk public speaking group kedua, termasuk si rumetku. So, Hari Jumaat ini tidak banyak cerita.. Sempat jugak jalan2 di Wisma Merdeka bersama kawan2 pada tengahari itu. Esok adalah Hari Sukaneka.. Yahuuu~~~ tp, the saddest thing is, aku terlupa beli sunblock di Wisma Merdeka tengahari tadi. Habisla kau sunburn Alisa...

.................. continue Part 3..............

Hikayat 2 Minggu Di Palace Hotel (Part 1)

Hari Pertama (18.06.2011 bersamaan Hari Sabtu)

Yuhu!! tidak sabar rasanya nak berjumpa ngan kawan2 lama yang kebetulan mengikuti kursus yang sama. Sampai di airport KK, menunggu sahabat karibku yang tidak pernah2 jemu mengambil dan menghantar aku ke airport <-- my daddycool ;). Tetapi, oleh kerana traffic jam, jam 6.30 pm baru sampai di Palace Hotel. Sekali tenguk, wuisssh... roomate ku adalah kawan sekerja ku dulu. Besh2..

Malam itu, seperti biasa, ada sesi ice breaking. Wah... lama tak jumpa kawan2 universiti dulu. Sekali di satu sudut, kelihatan seseorang yg sgt aku kenali. Waduh2... kwn ku yg seorang ini suda begitu 'sihat' sekali... hehe.. Nda pa. Mungkin sebab senang hati di sisi isteri tersayang.

Sesi Ice breaking agak membreakkan tulang temulang. Group aku diberi nama Fantastic 10 (Weewiiiitt....).  Aku sama group sama housemateku di Labuan. Byk jugak event yang kami kalah pada malam itu. Tapi, aku cakap "Nda pa... hero kalah dulu..." hehe...
Pada malam itu juga, jawatan kami semau ditarik. Tiada istilah pegawai etc, yang ada cuma 'kanak-kanak' riang yang dikumpulkan bersama. Actually it feels good to be kid again... wahahahha....... :D. Sesi tamat kira-kira jam 11 malam. Malam itu aku tidak dapat tidur..... Jgn ditanya kenapa ya..... :p

Hari Kedua (19.6.2011 bersamaan Hari Ahad)
Pada hari kedua ini, kami diberi tugas untuk mencipta lagu Induksi, cipta logo kumpulan, motto serta carta organisasi. Setiap orang juga diberi tugas biro2 yang tertentu. Aku?? ehem, semestinya dalam biro yang paling tidak byk kerja, Biro Pensyarah dan Perhubungan Awam. Petang itu, kami buat sesi brainstorming and braintornadoing. Akhirnya, kami berjaya mencipta satu lagu yang diberi tajuk "Insan Gemilang". Mujurla ketua kumpulan, c John, pandai memetik gitar. Menambahkan lagi perasa lagu kami yang segar dari ladang. Pada malam itu jugak, logo kumpulan dilukis (Phoenix tu idea aku ye.. <-- mau juga..)

Sesi makan tengahari, o yeah bebeh... makanan sedap2 belaka... banyak pilihan. Yang paling aku suka adalah sup2 serta pencuci mulut yang sngguh menyelerakan. Aku nda ingat berapa kali pergi ambil makanan. Perrrghhh......bagi aku, 'hm.. inilah masanya mau tambah berat badan...". Logo hampir siap, begitu juga carta organisasi. Ada juga kami train2 nyanyi lagu sama2. Tidak semena-mena aku menjadi konduktor terjun.

Hari Ketiga (20.06.2011 bersamaan Hari Isnin)

Hari persembahan lagu, carta dan yell kumpulan. Aku cakap ngan ketua kumpulan. "John, tidak mengapa jadi kumpulan yang kedua atau ketiga, asal jangan yang pertama atau terlalu dibelakang".... Ditakdirkan si John pergi mencabut no giliran.. Nah~~ No 1 juga dipilihnya. John2.... sudah ku bilang tadi kan.. Nervous jugak siot jadi kumpulan pertama yang membentang. Kami pilih kaler theme merah. Synonim ngan lambang phoenix yang merah menyala. Alhamdullillah, segalanya berjalan ngan lancar. Cuma aku menyesal ckit bagi John cakap sorang2. Kan bagus kalau kami bagi tugasan untuk membentang.

 Posing sebelum pembentangan


 Cantik tak logo kami??? hehe....

Aku jadi wakil kumpulan tuk menjadi juri jemputan. Sempat juga aku menjeling markah kumpulan kami di tangan juri rasmi yang duduk di sebelah ku. "Wow... tinggi jugak markah logo sama lagu nih.. ada can mau menang nih..." cetus hatiku. Nda pa Alisa.. sabar2... hehe....

Aku ni kira kuat instinct jugak la rasanya. Kumpulan kami jadi juara dalam kategori lagu ngan carta kumpulan. Bagus2.. Bole jadi pembakar semangat sebab 1st day hari tu agak down ckit. Punya siok masa tu. Susah mau digambarkan. Hadiahnya ialah, setiap pagi kami kena ke depan untuk menyanyikan lagu kami yang telah  menjadi lagu rasmi induksi bg kursus ini. Hahaha,,, not bad huh~~ Malam tu excited sangat. Nak tidur pun susah... ^o^

 ................... hari keempat dan seterusnya... to be continued....................

Saturday, 18 June 2011

My second home

Hm... asik2 cerita pasal kejadian dekat wad. Korang tak mau ka tengok macam mana rupanya tempat yang aku selalu ceritakan tu?? Masa awal2 dulu asik mimpi kerja di wad ja. Siang kerja, malam pun kerja (dlm mimpi).. aissh.. telinga pulak asik terdengar bunyi mesin "tididit tit, tididit tit......". Masa bangun dari tidur, aku nervous sendiri. Alamak, vital signs belum diambik lagi. Padahal, time tu aku off day.. Hahaaiii... Asal bangun ja badan lenguh2 sebab bekerja terlalu kuat dalam mimpi. Betapa sotnya aku ** . Sampai begitu sekali penangan wad aku nih. 

Adalah masa tidak berapa sibuk, sempat jugak aku pigi snap2 pic untuk pembaca2 sekalian. Aku rasa la, wad aku adalah antara wad yang paling cantik, kemas dan ceria di dunia.. hoho,,, thank you to 5S. Walaupun 5S bikin penat, tapi, hasilnya tetap boleh dibanggakan.


 Ruangan entrance yang sentiasa mengalu2 kan kedatangan patient


 Cantik kan? Masa ni tak ramai patient. Jadi, katil pun kosong ja......


 Aku ni suka kaler oren sebenarnya, tapi kalau oren untuk wad, hmmm.. macam terlalu striking la pulak....


 Yeah, ada rasa2 macam di taman tak? Cantik kan sticker bunga matahari kat tepi tu?? Aku yang pilih... ^_^


Sudut 5S yang paling cantik.. hehe,, siap ada taman mini lagi tu


 Nah~ Aku yang buat nih... kiut kan....


Ya warga Wad Melor 1!! Sila hafal susunan fail dari Fail 1 sampai Fail 20... :p


Sila ikut cara handwashing yang betul. Bersama kita membunuh kuman2 durjana.. Yeah~

Friday, 17 June 2011

Aiyoo.. salah konsep la pacik......

Diabetes.. diabetes.. diabetes.. ramainyala yang diabetes.. kalau ada yang diabetes masuk wad tahap dextrostic (gula) boleh mencecah 26 mmol/L. Normalnya 4-6 mmol/L. Kan ke jauh bezanya tuh..... Ada sesetengah patient sampai mesin tak bole baca. Yang keluar hanya bacaan "HI", bukan hai hai bye bye ya.. tapi "HIGH". Tak tercapai akal mesin tu tuk baca tahap gula yang terlalu tinggi. Mesin pun pining....

Besakla, Alisa mesti ada kisah nak kata pasal diabetes nih. Al-kisah si pacik, tahap gulanya 22 mmol/L. Selepas sejam kemudian, aku pigi check lagi. Turun ke 18.2 mmol/L. "Wah... bagusla pacik, gula turun suda...." kataku, saja nak bagi pacik happy ckit. "Iya nurse, mungkin sebab pacik pigi berak tadi.." jawab pacik pula.. Aik, aku heran. Gula ngan berak... ada kaitan ka?? hmm... puas aku pikir2, aku korek otakku yang paling dalam. Mana tau pensyarah pernah sebut dulu, cuma aku yg ja slalu tidur time kuliah. Pikir punya pikir punya pikir punya pikir... Aisshhhhh.... mana ada kaitan.... Sia-sia ja aku pikir. Pacik ni keliru tahap tertinggi nih. Pastu aku terangkan ngan pacik.

"Pacik, tu tiada kaitan pacik. Kencing manis teda kaitan dengan apa yang keluar pacik, yang ada kaitan yang masuk ni hah" sambil aku berlakon makan dengan gelojoh. Pandai jugak aku ni berlakon... ;p. "Ooh, yaka nurse.... la... begitu ar..." kata pacik. Sambil tu ku lihat isterinya ketawa tak abis2 dari tadi... hahaha,,, pacik. pacik... salah konsep suda nih... jauh tersasar... Nasib baik nurse suda bawa pacik ke alam nyata balik.... hehe... ^o^

Thursday, 16 June 2011

Another death story...

Hari ni aku kerja shift pagi.. setelah berjaya memboloskan diri dalam ketraffikan yg melampau di selekoh sekolah itu berjaya juga sampai sebelum jam 7 pagi. Ceh... macam la hospital tu jauh dr rumah.. :p. Masa masuk wad, aku tengok lain macam. Aku rasa aku tau.. another death happened...Aku tanya kwn ku yg kerja shift malam. "Siapa?" soalan ringkas dan padat. "Si pacik A" kawanku membalas. Kawanku ni macam tau2 ja aku maksudkan apa. 

Arwah pacik A suda lama menderita kanser. Arwah pacik masuk semalam. Aku sangat terkejut masa arwah masuk wad. Keadaannya sangat kurus, muka cengkung serta matanya hampir terbeliak gara-gara terlalu kurus. Dahulu, pacik masih lagi ok sebab pacik ni memang biasa keluar masuk wad. Sekarang ni jauh bezanya. Pandangan matanya sangat tajam. Mintak maafla aku cakap. Aku sangat takut untuk memandang matanya. Ada dia tanya aku semalam, dipandang tepat ke muka aku "Nurse, bila sy buleh makan?". Aku jawab "Pacik, saya tnya dulu nurse incharge yang jaga pacik ya, nanti dia tanya dokor bila pacik buleh makan ya.." Aku mintak maaf sekali lagi. Aku memang tidak boleh tengok mukanya. Aku sangat takut + kesian yang amat sangat.

Berbalik kepada shift pagi td, aku lihat isterinya dtg ke kaunter utk mengucapkn trima kasih atas jagaan kami semua. Isteri arwah balik2 minta maaf kalau diorang ada mnyusahkan kami. Bengkak matanya menangis. Dia hulurkan tangan untuk salam aku. "Alisa, terima kasih Alisa sebab jaga pacikmu, mintak maaf kalau menyusahkan Alisa ya.." sambil dia menangis. Bukan salamnya yang ku sambut. Terus aku peluk macik ni. Aku bisikkan kata2 semangat supaya dia lebih tabah menghadapi semua ini. Macik cuma mengangguk lemah.

Tiba2, macik brperangai pelik. Menyebut perkataan 'kan, kan, kan, kan, kan" berulang-ulang. Mula2 aku ingatkan dia brcakap dlm telefon. Tapi, dia bercakap dgn diri sendiri. Ku lihat saudaranya cuba menenangkan macik. Masih lagi dia sebut "kan, kan, kan, kan, kan....". Ya Allah... kesiannya aku tengok.....Masa tubuh arwah suaminya diusung keluar, macik panggil "bang, bang, bang, bang..." sambil tangannya cuba menggapai tubuh arwah suaminya yang sudah terbujur kaku tu. Ramai sudaranya cuba menenangkan macik. hmm.. aku hanya dapat saksikan saja. Langsung tidak dapat buat apa2... tanpa disedari, air mataku keluar juga akhirnya..... T_T . Al-fatihah untuk arwah~

Nyanyian Syahdu Di Kala Bedmaking

Rutin setiap pagi di wad adalah menukar cadar patient. Kalau ada 18 katil tuk ditukar cadar... 18 la... Tidak termasuk lagi pacik2 yang memerlukan sponging especially yang stroke @ fracture. Semuanya kena bwat dlm masa sejam. Sebab jam 8 adalah masa doctor's round. Kalau ada student buleh jugak membantu staffnurse2 yang da 'tua' nih.. haha :D. Tapi ditakdirkan, pagi itu tiada student.. :(

Jadi, aku dgn kwanku la yang buat bedmaking nih. Adalah si pacik nih, muka monyok ja. Besala.. nurse Alisa nih penyibuk ckit. :p. "Pacik, napa pacik?? ada sakit mana2 ka? sedeh ja muka...." Pacik jawab "Tidakla... kalau sakit tua, apa ubatnya nurse?" Perrghhh... hebat jugak soalan pacik. Aku senyum. Pastu aku jawab, "semua org akan tua juga pacik, saya pun akan tua jugak... kalau suda tua nih, byk kena jaga.. jaga makan, jaga ubat2 suma...". Kawan aku pun ikut sama mnjawab. Pacik pun ketawa.. fuhhh.. at least pacik ceria la ckit.

"Pacik ni nurse ada12 org anak" pacik kata. "Huiyoo.. byknya anak pacik" aku jawab pulak. "Tapi, sumanya kerja jauh2, banyak di KK, kawin sama orang KK" pacik nmpak sedeh balik. "Kalau begini, pacik mau nanyi lagu P Ramlee la..". Tidak disangka-sangka, pacik betul2 menyanyi..
~hendak ku nangis......... tiada.... berair mata........ di mana.... kan ku cari ganti...... serupa denganmu..........~

Mendayu2 pacik nyanyi.... "wah.... pandai pacik menyanyi ar.." aku puji pacik. Pacik senyum2 bila dipuji. "Dulu masa anak pacik kawin, pacik ada karoke lagu2 P. Ramlee.. Banyak lagu pacik nyayi..".. Hehe... pacik nampak gembira balik bila sebut perihal anaknya kawin. Hmm.. hari ni hari last day pacik nampak nurse Alisa di wad. Kalau nurse terjumpa pacik lagi di lain hari, harapnya pacik dalam keadaan sihat walafiat.... ^_^


Tuesday, 14 June 2011

Heart VS Brain

Aku ada patient yg mnderita stroke @ CVA. Tahap infarction. Maksudnya agak teruk jugakla. Isterinya yg menjaga pacik ni. Masa aku berbual ngan macik ni, barula aku tau rupa-rupanya macik ni isteri kedua pacik & da kawin hampir 14 tahun da. Isteri pertamanya tinggal di semenanjung dengan anak-anak sekali. So, tinggallah pacik sama makcik sini Labuan. Aku suka dengar macik ni pnggil suaminya 'sayang'.. pacik tak bole brcakap, hanya gerak2 mata saja. Aku pun makcik panggil 'sayang'.. alala.... beshnya dengar... ^_^.

Semalam masa aku bagi pacik minum susu melalui Ryles Tube (Tiub yang masuk melaui hidung pastu directly ke perut), banyak makcik ni berbual sama aku. Seperti biasa, aku mendengar dan mndengar :). Macik ckp:
"Sayang, macik d rumah berdua saja sama pacikmu. Kalau macik balik kerumah, macik sunyi betul.." macik melepaskan keluhan yang sgt berat. "Dahla macik tiada anak..... kalau balik rumah mesti macik menangis. Pacik sajala kawan macikmu berbual. Pacik tidak pernah tinggikan suara sama macik sebelum dia jatuh sakit. Sekarang, rumah tu sunyi betul... sampai macik rasa tidak mau balik rumah suda... tiada siapa2 di rumah pun sayang.....".. aih... sayu ja suara macik... Aku rasa dia menahan sebak tu.. Suaranya tersekat2... sambil2 tu di usap2nya tangan suaminya. Macik sambung lagi "Anak2nya tidak sanggup tengok pacikmu sengsara. Dorang rela pacik balik kepada Allah dengan aman. Macik pun rela pacik balik kepada Allah dengan aman....". Macik menangis....

Aku diam... sebenarnya aku menahan air mata.SHIT!! Alisa... ko mo menangis depan keluarga pesakit... Mana profesionalisme kau? Hati aku macam diragut2.... Hati aku menjerit2 berkata "Jadilah anak angkat macik nih... jadila anak angkat macik nih... kesian dia tiada anak.... jadilah... jadilah...". Ishh... alisa..alisa..alisa.. Pastu otak aku menjerit pulak "Hoi,, kau ni dahla mak bapak kau selalu tinggalkan, asik merantau ja kerja... balik kampung pun jarang2, telepon pun jarang2, ada hati kau nak ambik mak angkat??? pikirla ckit lisa ooi!!".... Aku menarik nafas panjang.... haiiiiiiiii..... apalah nasib nurse yg emotional nih...........

Selepas aku berjaya menahan kolam air mataku daripada brhamburan, aku pun memberi kata2 pujukan. Aku ni tidakla berapa pandai memujuk. Tapi, sekurang2nya bolehla menyejukkan hati orang yang tengah berduka. Hm... itu ja la yang aku mampu buat. Last2 tidak terkeluar juga ayat minta dijadikan anak angkat.. aku rasa aku tidak layak.... Biarla aku diberi imej sebagai jururawat sahaja.... Jururawat yang sentiasa membantu dengan senyuman yang tidak pernah hilang walau sepenat manapun kerjanya....

Sunday, 12 June 2011

New Watch!!

Recently, aku gi kedai jam nih. Mula2 mau tengok2 saja... Last2, trbeli la satu.. Tapi, bukannya bole pakai masa keja pon. Nanti susah pulak nak buat handwashing.. T_T. Neway, da beli nice white watch. White jugak pilihan..... da namanya nurse...

Yeah! my little bear jd modelnya... ^_^

Wednesday, 8 June 2011

Pemergian yang menyayat hati~

Okeh, aku da janji untuk ceritakan satu kisah di wad aku kan. Alkisahnya begini, seorang pacik berusia lewat 40an masuk ke wad aku. Keadaannya sangat lemah, brcakap sepatah pun memerlukan kudrat sepenuhnya. Sepanjang dia di wad, isteri serta anak lelaki sulungnya la yg menemani, tak kira siang atau malam. Sayu ja ku lihat anak lelakinya membaca yassin, solat pun di tepi ayahnya yang sakit. Di akhir solatnya, lama dia mmbaca doa, pasti dia mendoakan supaya ayahnya dipermudahkan dalam mengharungi penyakit yang masih belum dikenalpasti itu. 

Kadang2, kalau anak prempuannya datang, pun turut membacakan ayat2 suci. Sampaikan kalau aku masuk dalam bilik pacik tu, aku rasa macam berada di majlis membaca Al-Quran pulak. Cukup mendamaikan. Hm... pasti pacik telah mendidik anaknya dengan baik. Berlainan dengan sesetengah kes, di mana, hanya tangisan yang memenuhi ruang udara. Tapi, anak bongsu pacik umur baru 10 tahun. Mungkin dia tidak mengerti yang ayahnya sakit kuat. Masa aku tolak trolley, c adik ni siap buka pintu untuk aku dan berkata "silakan masuk nurse". Budak2.... belum paham lagi.

Satu hari ni, aku incharge pacik ni. Tiba2 dalam jam 4 petang gitu, pacik ni takda respons. Mata hanya memandang ke atas siling saja. Isteri dia kata, sebelum tu dia ada brcakap lagi. Then, tiba2 pacik mengetap gigi dan mengeluarkan bunyi yang pelik. Keluarganya jadi panik. Isteri pacik cakap "Bukan dia ni nurse, syaitan ni nurse!! ni semua perbuatan khurafat nih!! Ya Allah, Engkau bantulah suamiku Ya Allah!!". Oh ya, aku terlupa nak cakap. Keluarga pacik ni percaya yang pacik ni kena buatan orang. Apabila aku mendengar prkataan 'syaitan', tidak semena-mena bulu roma tengkukku brdiri tegak. Teringat kes2 histeria time skola dulu. Macik tu sambung lagi "Apa ditengok di atas tu bang, tiada apa-apa bang, syaitan saja tu!". Lagila aku seram sejuk. Anaknya makin menguatkan bacaan ayat2 suci ke telinga ayahnya. Aku panik. Kalau nurse panik, perkara yang paling sesuai dilakukan ialah telefon doktor incharge. Yah, serahkan kepada yang pakar.

Sepuluh minit pastu, c doktor datang. Masa tu pacik da calm down tapi mata masih tak berkedip2 tengok di atas. "Pacik, pacik, nama siapa?". Tidak disangka2 pacik menjawab "Ali" (Bukan nama sebenar). Alamak , pacik menjawab pulak. Pastu, ku lihat c doktor menghadiahkan satu jelingan yang cukup tajam ke arah ku. Terima kasihla dr. "Dr, tadi pacik takda responds. Betul!". Aku menegakkan keadilan. Sepa lagi kalau bukan diri sendiri. Tidak lama kemudian, pacik kembali mengetap gigi dan membuat suara yang pelik. Barula c doktor percaya nurse nih. Selepas anaknya membacakan ayat2 suci di telinga ayahnya, pacik calm down balik. Lagilah menguatkan kepercayaan keluarganya. Barulah c doktor list out kan plan2 yang patut. Sampai 4 pages tu..

Bila ada masa lapang, aku berborak jugak dengan isteri pacik. Apa juga yang aku tanya, mesti berkisar ke perbuatan dikenakan orang dan sebagainya. Aku cuma mendengar. Aku tidak boleh berkata "ya" kerana professionku, dan aku juga tidak bole berkata "tidak" sebab khuatir akan menyinggung perasaan keluarganya. Jadi, aku cuma jadi pendengar. Harap-harap macik akan berasa lebih selesa selepas meluahkan perasaan risaunya. Tapi, jika betulla pacik dianiaya orang, aku harap Allah menguatkan semangat pacik dalam mengharungi penderitaan ini.

Beberapa hari kemudian, pacik meninggalkan keluarganya untuk selama-lamanya. Bukan masa shift aku. Kawanku yang incharge masa pacik meninggal bercucuran air mata masa pacik meninggal. Lebih2 lagi bila anaknya kata "Abah, aku byk dosa dgn abah, ampunkan dosaku abah". Anaknya tidak berhenti membaca Yassin semasa pemergian pacik. Kalau aku ada masa tu, mesti aku pun ikut menangis jugak. Aku tidak sanggup tengok reaksi ahli keluarganya. Pacik sempat buat CT scan sebelum meninggal. Dalam CT scan tu macam ada ketumbuhan di dalam otak pacik dan itula punca bagi penyakit pacik. Aku berdoa agar Allah menempatkan roh pacik di kalangan orang yang beriman... Amin....

7 KEMAAFAN DARIKU

Maafkan aku,
Aku ni cakap boleh tahan jugak lajunya. Kalau brcakap ngan kawan semenanjung yg baru kenal, trpinga2 jugak jadinya. Dengan loghat kota belud yg tidak dapat disembunyikan, perrghh... msti c kawan akan ckp "hah? apa awak cakap tadi?". Minta maaf la ya...

Maafkan aku,
Aku ni sahabat tikus mondok @ suka tidur. tidak boleh mendengar guruh di langit atau hujan turun mncurah2, gerenti aku lompat ke katil standby untuk Zzzz. Bagi aku, rugi kalau tidak mnghayati waktu2 begini. Itulah slh satu punca lambat bangun kalau keja pagi. Tapi, kalau kerja shift malam, aku tak tidur pulak. Hm.. dah kerja kan... tanggungjawab untuk orang lain pulak. Untuk diri sndiri ketepikan dulu... <-- ayat tu ba...:p

Maafkan aku,
Aku ni malas mau masak. Bukannya 'tidak pandai'. Tapi malas. Suka pulak aku kalau orang masakkan. Sebenarnya, aku ni boleh tahan jugak memasak (ceewah..), cuma malas tu ba.. addeyy.. tiga kali ba ku ulang prkataan malas... abisla kalau dapat mak mertua yang cerewet...

Maafkan aku,
Aku ni jalan taklah ayu. Terbawa2 cara jalan kat wad. Laju ja. Lebih2 lagi kalau jalan sorang. Malas mau tgk kiri kanan. Jadi, kalau tetiba ada orang panggil nama aku, dan aku suda jauh ke depan, alalala.... malas suda mau pusing kepala taw. Jadi, aku minta maafla awal2...

Maafkan aku, 
Aku ni tdur pndai brcakap. Sesiapa yang pernah tdur sebelah aku tu taula.. Jgn heran kalau aku kasi kejut ko malam2, pastu cakap "cuba kau tinguk di ceiling tu, mcm ada muka orang oo".. Sila jangan layan. Itu cuma perangai buruk aku yg dari dulu tak pandai hilang2.. ehem,, siapa pernah jadi roomate aku tu ar?? mintak maaf byk2 la ya.. Bikin takut kamu ja.... hahahaha,,,, :D

Maafkan aku,
Semua orang aku layan dengan baik. Tak kira, lelaki @ prmpuan. Jadi, kalau ada yang tersalah paham layanan baik aku tu, mintak maafla ya.. Jangan salah tafsir kerana kelak diri sndri akan merana. Sori,, sori,, soriiii....... my bad......

Maafkan aku,
Aku ni pelupa tahap professional. Terutamanya nama2 kawan @ muka2 kawan time sekola rendah/ menengah. Adduih... Kdg2 rasa bersalah pulak. Tapi, aku akan cuba mengorek otak aku ni dalam2 ckit untuk mengembalikan ingatan. Kenapa la ya? aku selalu lupa tempat parking..... T_T

TAPI,

Aku boleh jadi pendengar yang baik jika kamu memerlukan....

Aku boleh memberi nasihat sekiranya kamu ingin mendengar...

Aku boleh menghulurkan bantuan jika khidmatku diperlukan...

Aku boleh menghiburkan kamu dengan alunan muzikku...

 DAN aku akan menganggap kamu sebagai kawan baikku sekiranya kamu menganggap aku sebagai kawan baikmu juga... 

Friends??? Yeah~ tenkiu....  ^_^_^

Monday, 6 June 2011

Segannya aku....

Inilah uniknya jadi nurse nih. Kita sebenarnya jalankan tugas sahaja, tapi kesannya dengan orang lain sangat mendalam, tak kiralah dari aspek positif ataupun negatif. Hmm...aku pun hairan, napalah pacik ni jadi sangat rapat dgn aku. Kalau nurse lain yg dtg, dia akan cakap "mana nurse yg kurus2 tu?". Ntahla.. ni semua selepas aku & rakanku memandikan pacik yang aku rasa dah lama tak mandi kot. Sebab keadaan perutnya yang sangat besar (sebab ada cecair yg terkumpul @ 'busung' <--pnggilan orang kampung2), susah untuk dia bergerak. Aku ni rasanya tegas jugak. Pacik taknak mandi, tapi, paksa juga mandi. Mengerang kesakitan c pacik spnjg prosedur mandi tu. Tp, slps habis mandi, pacik cakap "Terima kasih nurse". Alhamdulillah, usaha dihargai.. :-)

Masa aku keja pagi pulak, anak perempuannya yang jaga. Sempat jugak ku berbual-bual (<- misi yg banyak mulut ;p). Kakak tu cakap, bapaknya nak bagi aku duit, sebab dia suka dengan aku. Tp, malangnya beg duitnya tertinggal di rumah. Alamak, terkedu aku skejap. Biar benar pacik nih....

Semalam aku kerja malam pulak. Anak pacik panggil aku untuk bagi ubat. Dibilangnya, kalau aku yang bagi, dia mesti makan. Apa lagi la aku nih. Mengeluarkan teknik memujuk yang masih thp newbie, dpt jugak abiskan semua ubat malam tu. Nganga ja mulut pacik, pasrah ja aku suapkan ubat dgn susu. 

Dalam jam 3 pagi, pck panggil aku, panjang lebar penjelasannya. Dihulurnya sekeping not merah. Alamak.. Addey... pacik nak aku jaga dia sepanjang hari kalau anaknya pergi kerja. Alala... Aku explain la.. "Pacik, saya kerja sampai jam 7 saja. kalau masa shift saya memang saya ada di wad jaga pacik". Pastu, pacik nampak sedeh pulak.. Addoi na. Untuk pengetahuan tuan2/puan2, aku ambik ja duit tu sbb pacik bersungguh2 mau bagi dengan aku. Tapi, kat belakang, aku bagi balik dengan anaknya. Aku cakap, nurse tak boleh terima nih. Semuanya adalah kerja nurse jugak. Segan pulak aku bila pesakit bagi saguhati macam tu. Semoga pacik cepat sembuhlah ya... ^_^

Saturday, 4 June 2011

Respect please~

Kenapa senyuman saya selalu disalahtafsirkan.. saya seorang nurse, tak kira se'sweeet' mana pun senyuman yang dibagi, itu adalah kerana kerja. Tapi, sesetengah orang ni suka menafsirkan yang bukan-bukan. Dan apabila pesakit menjadi terlalu rapat (terutamanya pesakit yg masih single+lelaki), jangan berasa hairan kerana saya akan cuba menjarakkan diri dari anda. Mungkin saya akan cuba elakkan sentuhan @ kurangkan senyuman. Paling senang pun selalunya saya pakai mask ja bila bercakap dengan anda. Tolongla.. Sila hormati nurse anda. kerana saya sangat menghormati anda. Biarla nurse anda bekerja dengan aman....... T_T

Saturday, 28 May 2011

Jahatnya aku~

Lepas balik dari kerja petang, time punch card. Oops!! aku trserempak dgn ex-pesakit yg jatuh hati ngan aku dulu. Alamak... nak buat apa nih... Aku sebenarnya nak buat2 tak nampak. Tapi, tak jadi pulak coz dia tegur aku.
"Hai, nurse.. nak balik suda?"
"Hai, eya, mau balik suda.." Aku senyum pastu jalan laju2.. besakla.. nurse mana bulih jalan slow2. Dia nak cakap lagi tapi, aku buat2 muka penat & nak balik cepat (<-- jahat kan aku). Jadi, perbualan hanya dua ayat itu sahaja.
Mintak maafla.. tapi, nurse memang nak balik cepat coz jam da 10 pm. Nak kejar konsert AF daa....

PS: Jgn jatuh hati dengan nurse anda. anda yg akan keciwa nnt. Mereka cuma menjalankan tugas sahaja.. ;)

Aku dan Naga

Alkisahnya, aku kena bagi injection untuk seorang pesakit nih. Kat bahu. Ngam2 kat bahunya ada tattoo naga yg besaaaarrrrrrrrrr (sila imagine kebesarannya... ;p). Kaler ijau. Aku dgn 'pro'nya bg injection. Sunyi sepi je keadaannya. Ramai pulak yg tgk. TUP!! idea dtg...Aku cakap,
"Alamak,, sori ncik... sy trcucuk mata naga......."
Keadaan yg seriyes tadi brtukar jadi hilaian ketawa yg tak ingat dunia.. hehe,,,, anak2 dia pun suka... sori ar, misi buat lawak bodoh lagi.... ^_^

Hmm.. lebih kurang camni ar... tp, yg ni masih fresh lg.. yg dia punya tu kaler da pudar2an...

Wednesday, 25 May 2011

Etika seorang pelawat~

KEPADA PARA PELAWAT YANG BUDIMAN:

1. Janganla pasang lagu di hp/mp3/laptop KUAT2 (pesakit lain nak rehat/tido). Nez pun taknak dengar jugak, walaupun anda tgh pasang lagu faizal tahir (my fav). Sbb akan mengganggu pesakit2 yg lain.

2. Janganla jam 2 @ 3 pagi pun dtg melawat. Walaupun anda pegawai @ ahli2 parlimen. Sila patuhi masa melawat. Anda pun pastinya tidak suka jikalau orang bertandang ke rumah anda ketika anda tdk brsedia menerima tetamu.

3. Janganla duduk d katil yg kosong.. penat suda misi brcakap benda yg sama. Walaupun ada tag dilarang duduk, tetap juga dibuat. Sehari smpai 10 kali tegur. Lau sebulan, tak ke suda mencecah 300 kali. Di samping itu, jika ada kes baru masuk, misi2 trpaksa menukar cadar yg baru kerana cadar telah kotor.

4. Janganla membawa baby/kanak-kanak masuk wad. adakah anda tahu bhwasanya wad mmpunyai byk penyakit2 brjangkit. TIBI, MRSA, pneumonia n bermacam2 lagi (takkan takut dgn H1N1 ja kot..). Semua ini adalah untuk kebaikan anak2 anda. Anak2 kecil kurang daya ketahanan badan.

5. Janganla asik MEMANDANG misi buat keja. Dari ujung kepala hingga ke hujung kaki. Misi buat kerja pun nda selesa. Kalau sorang tgk takpa lagi, ni kalau smpai 5 @ 10 org,, addey... macam artis pulak rasa..

6. Janganla sampai 5/6 kali tnya keadaan pesakit. Kalau anda mempunyai 10 org adik beradik dan sepuluh2nya bertanya pada masa yang berlainan, mcm mana misi nak buat kerja. Misi hanya bercakap benda yang sama saja. Sila bertanya kepada penjaga yang sentiasa menjaga pesakit kerana mereka lebih tahu dan mempunyai direct kontek dgn doktor semasa ward round.

7. Janganla tarik kerusi dari katil lain ke tempat pesakit yang anda lawati. Satu katil cuma perlu ada 1 kerusi sahaja. Nanti, pelawat2 lain jeles, dan mereka juga akan menarik kerusi. Last2, misi juga yg kena tarik kerusi balik ke tmpat asal.

8. JANGAN MENGORAT nurse @ student2 nurse yang tengah bertungkus-lumus bekerja.. Sikap anda itu hanya akan merendahkan pandangan kami terhadap anda.

9. Sekiranya sedara/kawan anda masuk wad sbb diabetes, jgn pulak anda bawa epal, oren,  bskut tiger, mknn2 manis dan sebagainya kerana tndakan anda hnya mnyebabkn mereka lbh lama d wad. Begitu juga dgn pskt darah tinggi.

10. Sila patuhi arahan security. Jgn pula ckp "kami yg byr gaji kau!" adedey.... sian mereka. mereka hnya mnjalankn tugas.

11. Ni ha yg paling penting ladies n gentlemen: janganlah sekali melawat tu seramai rombongan FOOTBALL TEAM ataupun SEANGKATAN BAS. Lebih2 lagi d hujung minggu. Nez paham anda baru saja balik dari knduri kawin dsbginya. Tapi, fahamila perasaan pesakit2 lain bila melihat betapa ramainya manusia dalam wad (ala-ala konvoi). Yang sesak nafas makin sesak nafas, yang tinggi tekanan darah makin tinggi tekanan darah gara2 tak dpt rehat. Pesakit pun selalu cakap yg dorang pun x dpt nak menolak lawatan anda semua. Jadi, paham2 la ya....

Orite~ apa yang ku tulis ini adalah brdasarkan seciput pengalamanku mnjadi nez d hospital wad. Kalau la da bertahun2 kerja, konfirm list ini akan mnjadi lebih panjang. Jadi, sekiranya anda pergi melawat sahabat/keluarga anda, ingat2 pesanan sy auk.. hehe,, jgn sebab nez tidak tegur, tidak bermaksud mereka tdk kisah, tp sbnrnya mereka suda tidak larat tuk bercakap benda yg sama beratus2 kali... PEACE world! :)

Tuesday, 24 May 2011

Budi bahasa budaya kita

Hari ni wad agak sibuk jugak la.. Nasib baik aku sempat menyelitkan 10 minit untuk bersarapan (itu pun da jam 10.30am). Pastu kerja diteruskan sampai terskip lunch. Lepas abis duty (3.30pm), baru dpt lunch. Memang lumrah di wad, kalau pesakit boleh balik rumah, kalau boleh nak balik masa tu jugak. Kita ni kena uruskan banyak lagi benda sebelum hantar pesakit balik. Syukurla, pesakit2 yang balik hari ni menunggu dengan penuh kesabaran (yang penting terangkan dengan senyuman yang palinggg manis <-- trick yang alisa selalu guna ;p). 

Nak kongsi satu cerita nih. Al-kisahnya, hari ini ada 4 kes surgical masuk wad untuk operation esok. Hampir kesemuanya masuk dalam masa yang sama. Jadi, agak kelam kabutlah dalam penyediaan katil dsb. Tambahan pula, bahagian cubicle belakang tengah di cat, so tak boleh la nak letak pesakit kat sana. Jadi, adalah salah seorang pesakit ni, sambil mencekak pinggang bertanya "mana katil aku nih?". Walhal, dia baru ja sampai, bukannya kami biarkan dia 10 minit berdiri di kaunter. Aku masih berfikir, katil tu tak bole, katil ni tak bole.. Pastu, dia tanya lagi "mana nih?!", dengan nada yang tidak sabar. Addey.. Selepas tu, student berikan dia seluar hospital, dia cakap "aku tak mau pakai nih!" sambil menunjuk-nunjuk ke arah seluar tu. Dia nak sarung.. Okeh, fine.. aku boleh bagi 10 helai sarung pun takpa. Tapi, at least, cakapla elok skit.. 

Aku tak boleh kalau orang cakap kasar macam tu. Rasa macam hati ditoreh-toreh. Mungkin sebab aku pun dikira agak lemah-lembut jugak la (yaka?? haha,,). Jadi aku suka orang cakap dengan baik jugak.. Penat je orang buat slogan "budi bahasa budaya kita" kalau tak diaplikasikan... ^_^

Saturday, 14 May 2011

Bertuahnya kita..

Alkisahnya, aku ni ada seorang pesakit kanser tahap terakhir. Kiranya dia pun da kenal da semua nurse dekat wad aku tu sebab dia pun kerap kena admit wad. Diagnosis dia Nasopharyngeal Carcinoma (NPC). Sepa2 tak pernah dengar nama kanser nih, sila rajin2 pi google. Secara ringkasnya, NPC ni melibatkan sel sel kanser yang bermula di bahagian dalam rongga hidung dan pharynx dan seterusnya merebak ke kawasan2 lain contohnya paru2, mata, otak.. pendek kata semua tempatla. Dah namanya kanser. Aktiviti sel2 ambnormal ni memang susah dikawal. 

Pesakit ni pulak dulunya menolak rawatan chemotherapy kerana tidak dapat menanggung kesakitan dan kesan sampingan drpd chemotherapy tersebut. Jadi, sekarang dia dikira Palliative Care atau kata lainnya 'memberi ubat utk mengurangkan kesakitan hinggalah ke ujung nyawa'. Means, tiada apa2 yang boleh dibuat. Sebab tu la aku sebagai jururawat ni pun, tak sanggup melihat dia bertarung nyawa mcm tu. Isteri dia yang cantik & muda sentiasa menemaninya, dari dulu sampai skrg. Tak pernah ditinggalkan walau sekejap. Oh ya, pskt aku nih masih muda lagi, dalam 30-an gitu. Rasanya takda anak lagi. Ndak berani pulak ku tanya. 

Disebabkan penyakitnya nih, muka pesakit itu telah berubah, gara2 sel kanser yang makin membesar. Mukanya dan lehernya bengkak, pipinya terkopak dan sampai boleh nampak gigi, pastu ada cecair2 yang keluar dari luka di mukanya dan kadangkala boleh terhidu bau yg kurang menyenangkan. Matanya pun hampir terkeluar. Makanan pun susah ditelan. Kalau korang tengok, mesti korang rasa sangaaat kasihan. Selalu isterinya tarik langsir. Yalah, asal ada pelawat2 nih, mesti tengok suami dia macam tengok alien. Aku benci betul, mau ja aku gi marah (tp, nda buleh pulak). Pastu, ada jugak pelawat tanya aku, "penyakit apa tu nurse?" confidentiality is the most important thing here. Jangan harap la aku nak bgtau.

Pesakit aku ni dulunya peramah. Dia siap berbual2 ngan aku. Tanya aku org mana etc. Kalau bab2 ambik darah, dia tidak pernah mongomel. Biarpun cucuk berpuluh2 kali (sbb urat dia ni Maha Susah mau cari - kesan dr chemo). Skrg ni, tiada satu perkataan pun keluar dari mulutnya. Dia diam seribu bahasa. Cuma yang kedengaran suara batuknya. Aku rasa keadaan dia jauh lebih merosot berbanding dulu. Kesian.. kesian.. kesian.. itu ja la yang aku buleh ckp. Bertuahnya kita yang sihat gini... Bersyukurla kita ya. Sesetgh orang yg kurang bernasib baik bertarung nyawa dengan kanser atau penyakit yg seumpama dengannya. Kita ni, ala.. demam ckit, selesema ckit.. da mengomel2.... Bersyukurla kita wahai saudaraku sekalian... Ucaplah Alhamdulillah....

Friday, 6 May 2011

Life is getting tougher, me is getting better... (yaka? haha..)

Da belajar 2nd book of piano lesson. Makin susah.. dengan shift yang tidak menentu nih, makin susah mau selitkan masa untuk praktis. Nasib baikla minat tu sangat mendalam. Kalau tak minat, dah lama da buku tu berhabuk. Hoho.. hm.. aku tengok lagu last dalam buku 2nd nih ialah Canon in D. Dulu pernah belajar nih lagu smpai habis (by myself). Tapi dalam buku ni versi lain. Takpa la. Learning is a continuous process. Tp, napa la ya.. depan teacher, mcm ngok ja.. haha,, lau sendiri2 belajar, lagu yang susah pun bole dapat. Tapi ambik masa lebih sebulan la... Macam mau berhenti ja ambik kelas. Tapi, macam sayang pulak. Lagipun, teacher baik dengan aku. Selalunya 45 minit masa kelas tu, byk dihabiskan dengan brborak ja.. Pasal kesihatan.. Nasib la anak murid nih nurse, bulih jugak menyumbangkan tips2 kesihatan.. hehe,, bah, nda pa la.. kasi habis ja la lesson sampai buku ketiga.. ^^

Saturday, 23 April 2011

Kisah syahdu di sebuah masjid..

Pada suatu hari, hatiku tergerak untuk pergi menunaikan solat Maghrib & Isyak secara berjemaah di masjid. Ni semua sebab aku rasa iman aku ni semakin tipis, mungkin lebih tipis daripada kulit bawang. Jadi, niatku pergi ke masjid ni cuma satu, mendengar ceramah agama selepas solat Maghrib tu. Sebabnya aku tau, hati aku ni sangat sensitip. Kalau mendengar ceramah2 sedemikian, hatiku akan cair dan aku berharap aku akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Jadi, aku pun memandu ke masjid yang jaraknya agak jauh dari rumah aku. Tapi, sebab ada kreta, agak mudahlah kan. Semasa memandu, ku terdengar azan berkumandang, mungkin dilaungkan oleh bilal dari surau2 yang berdekatan. Sebenarnya aku boleh ja pergi surau yang terdekat. Tapi, entahla, aku telah membulatkan hati tuk pergi ke masjid tu. 

Sesampainya aku di masjid, aku parking kereta, then, aku hairan. Alamak, kenapa hanya kereta aku sahaja. Tempat parking kereta tu kosong. Hanya aku saja. Hati aku berdetik "Mungkin masjid tutup kot.." (aku rasa ni bisikan syaitan). Lepas tu, hatiku menjerit2 menyuruh aku menukar gear reverse dan terus balik rumah (mungkin ini pun pujuk rayu syaitan juga). Aku hampir2 terpedaya dan nak reverse, tiba2 ku terlihat ada 2 @ 3 buah motorsikal yang tengah parking nun jauh di sana. Ooh.. ada orang rupanya. Aku membatalkan niat dan terus mematikan enjin keretaku. Tanpa berlengah lagi, aku terus masuk ke dalam masjid. Sempat jugak ku intai di ruangan jemaah lelaki, ku lihat ada 3 @ 4 orang tengah menunaikan solat sunat. Fuh,, lega.. ada jugak orang.

Aku pergi ke tempat jemaah perempuan. Ku lihat kiri.. ku lihat kanan.. alamak lagi.. aku sorang ja. Takpa. Mungkin tak lama lagi akan ada jemaah lain yang datang. Aku cuba memujuk hati sendiri. Aku pun menunaikan solat sunat sebelum bilal melaungkan iqamah. Selepas solat sunat, aku duduk.. tengok kiri.. tengok kanan.. Kemudian, iqamah kedengaran. Hatiku mula gusar memikirkan tiada jemaah perempuan yang lain. Aku berharap ada la yang muncul. Aku bukannya takut solat sendirian, tapi aku menjangkakan akan adanya jemaah perempuan walaupun bilangannya mungkin sedikit. Aku kesiankan masjid nih. Semasa bulan ramadhan, ia sentiasa dikunjungi. Tak kira siang dan malam. Bulan2 yang lain pulak, sunyi sepi.

Tiba-tiba aku berasa sebak. Sebab aku pun tergolong dalam kumpulan itu. Mengunjungi masjid pada bulan ramadhan sahaja. Memikirkan aku telah melupakan masjid selain dalam bulan ramadhan, sebakku makin menjadi2. Tiba2 air mataku tumpah. Aku menangis semahu-mahunya. Air mata memang tidak dapat di tahan lagi. Aku berasa sangat bodoh dan jahil. Tatkala imam menyuruh jemaah merapatkan shaf, aku bangun dengan lemah. Sepanjang solat maghrib itu, aku menangis. Tidak pernah sekali pun aku begitu beremosi ketika solat. Aku takut dengan azab Allah SWT. Aku malu dengan Nabi Muhammad SAW. Begitupun Nabi begitu memuliakan umatnya, tapi aku??!! aku hanyut dengan kesibukan duniawi. Menunaikan solat sendiri yang khusyuknya entah ada atau tiada. Aku berterusan menangis. Memohon keampunan daripada Allah SWT. Berdoa denganNya supaya aku yang hina ini diampuniNya. Aku berharap akan adanya jemaah lain yang akan solat bersama dengan aku. Seorang pun jadilah. "Ya Allah, Engkau berikanlah aku saudara walaupun seorang untuk bersama-sama solat berjemaah, supaya hatiku lebih senang kerana ada juga hambaMu yang mengunjungi rumahMu ini selain aku". Itu lah yang aku ulangi di dalam hati. Tatkala ku rukuk, air mata bercucuran jatuh. Pabila ku sujud pula, air mataku mebasahi sejadah. Begitulah keadaannya sehinggalah imam melafazkan salam. Semasa Imam berzikir dan membacakan doa, aku masih tetap dengan doaku agar dikurniakan saudara untuk solat berjemaah. Tapi hampa.. tiada juga saudara yang ditunggu.

Selepas itu, imam memberi ceramah mengenai golongan umat Nabi yang memasuki syurga. Aku mendengar dengan tekun. Banyak jugak ilmu yang ku dapat. Pada masa ini, air mataku sudah kering. Aku pasrah dengan segala ketentuan Allah SWT. Kalaupun aku ditakdirkan untuk berseorangan ketika itu, aku pasrah.

Tidak lama kemudian, aku terdengar bunyi pintu dibuka. Lantas ku menoleh, Ya Allah!! Maha Suci Engkau Ya Allah!! Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Doa hambamu yang hina ini pun Engkau kabulkan. Ku lihat ada seorang gadis muda dengan telekungnya masuk dan duduk agak jauh dari aku. Aku tidak putus2 memanjatkan kesyukuran. Air mataku mau keluar lagi tapi ku tahan. Aku sangat gembira sebenarnya. Tidak putus2 senyuman di bibirku. Doaku dimakbulkan juga. Ku lihat gadis tu menunaikan solat Maghrib. Kemudian, bersama2 tekun mendengar ceramah agama. Pabila masuk waktunya, azan Isyak berkumandang. Sungguh merdu laungannya. Cukup syahdu hingga dapat meruntun jiwa sesiapa yang mendengarnya. Mau jugak ku tengok si bilalnya, tapi, takpala... lain kalila..

Aku tidak menunggu saudaraku itu datang rapat kepada ku. Aku yang mengangkat sejadah dan letak di sebelahnya. Aku senyum. Dia pun senyum. Kami menunaikan solat jemaah bersama2. Aku berasa sangat tenteram. Memang lain daripada menunaikan solat sendirian di rumah. Selepas habis solat, sempat jugak kami berbual sekejap. Rupa2nya dia dari bandar, singgah sebentar kat masjid untuk solat. Hm.. apa-apa pun aku sangat bersyukur dengan semua kurniaanNya. Tatkala ku pergi ke tempat parking kreta, hatiku berbunga lagi. Ku lihat ncik city da ada kawan kat kiri dan kanan. Aku tersenyum dan bersyukur kepada Allah SWT. Aku memandu kereta pulang dengan gembira. Dan aku berazam selepas ini, aku akan lebih kerap mengunjungi masjid. Azam aku yang tertinggi pulak ada satu; menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid. Sebab aku rasa, kalau waktu orang jaga pun tak ramai yang pergi masjid, inikan pula waktu subuh. Jadi, aku tanamkan azam nih, InsyaAllah..... ^_^