Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Saturday 22 November 2014

Kenangan Di Bumi Seoul (Part 1)



Sepatutnya entry ni ditulis masa tahun lepas. Ni baru nak tulis.. malas kan update blog la katakan.. Hanya sesetengah benda ja la yang masih segar dalam ingatan. Tapi memang best pegi sana. Banyak benda baru tuk kita. Bukan sahaja dari segi teknologi, tapi juga dari segi sosial dan cara hidup mereka yang jauh berbeza dari kita di sini. Masa tu musim bunga, early spring. Malangnya, bunga2 masih belum berkembang. Yang ada cuma dahan-dahan pokok yang tidak berdaun @ togel serta cuaca sejuk yang sampai ke tulang sumsum. 

Percutian ni da lama dirancang, korang taula macam mana excitednya bila tiba masa yang ditunggu-tunggu tu. Aku pegi ngan 3 lagi kawan yang lain. Main redah ja ni. Takda tourist guide. Yang ada cuma peta2, risalah yang di download serta catitan2 yang meringkaskan cara perjalanan ke destinasi2 tertentu yang telah kami tetapkan. Terima kasih jugakla ngan blog2 yang berkongsi pengalaman mereka. Itupun sumber rujukan yang paling penting.


Nak fly-fly jenguk negara orang len ^^


Masa tunggu dekat flight kat LCCT tu pun aku da culture shock. Bukannya apa, banyak warga asing yang bekerja mencari rezeki kat sini. Sebenarnya mula2 aku ingat negeri Sabah ja yang banyak warga asing. Rupanya satu Malaysia pulak dei XD. Mungkin pintu rezeki mereka disini kan. Berbalik kepada cerita percutian. Korean Won terpaksa tukar kat KL sebab sebelum pergi ritu, Labuan kehabisan Korean Won. Kalau tukar tu lebih kurang 1000 Won bersamaan ngan RM 3 (Lebih kurang la). Sebenarnya kalau nak gi sana untuk makan angin dan ambil gambar, bawa RM 1000 pun cukup kut. Siap ada lebih lagi tu kalau balik Malaysia. Rasanya kalau pegi Indonesia, RM 1000 mungkin tak cukup sebab syurga shopping kan. Kalau duit tak cukup takpa, bawa RM siap2, nanti boleh exchange di sana. Ada kawan cakap tukar di Korea lebih untung dari tukar di Malaysia. Ada beza sikitla kut.
 
Tu dia duit won dan kad subway

Perjalanan kesana memakan masa 7 jam lebih. Bayangkan 7 jam dalam flight dan tempat duduk ekonomi, boring tahap gaban dalam tu wei. Mati kutu tak tau nak buat apa. Nak tidur pon leher sakit. Nak turunkan seat, kesian ngan penumpang kat belakang. Jadi apalah kerja Alisa? Baca2 majalah pastu tenung2 muka pramugari dan pramugara korea yg cun dan hensem itu. Haha,, series macam yang kita tengok dalam drama korea tu. Pastu excited lak dengar flight announcement yang dibuat dalam bahasa korea. Aihh.. jakun betul nih.. hihi. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.. akhirnya Alhamdulillah sampai gak di bumi Seoul. Masa sampai tu, jenguk kat bawah, wow… cantik landscape tengok dari atas. Bandar-bandar agak tersusun dengan elok. Masa ni kaki da cramp, jet lag ka namanya tu? Tak sabar nak keluar dari flight. Nak menghirup udara yang baru dan fresh.
 
Pandangan dari atas awan
Incheon Airport mareeee~~


Cramp kaki.. tapi muka tetap maintainn

Welcome to Incheon International Airport. Aha, airport dorang takda aircond. Pelik juga. Macam ada panas sikitla. Masa buat imigresen check up tu, gambar kena ambik on the spot. Tak tau apa rasionalnya. Nak tengok muka before and after kut. Mana tau kut2 ada yang buat plastic surgery. Haha,, Korea kan Negara yang paling banyak rekod plastic surgery. Kat airport tu la kitorang beli Kad Subway. Sesiapa yang nak pegi Korea, ada baiknya beli kad subway ni. Menyenangkan hidup. Kalau naik train pakai tu ja swipe dan duit dalam kad tu boleh topup menggunakan mesin yang terdapat kat semua subway station. Cuma bengongnya, lupa mo beli simcard korea. Mana adanya line celcom or orang kuning kat sana. Tapi kalau ada internet connection (mostly airport dan subway ada wifi) bolehla berhubung ngan family melalui wassup dan sebagainya. Keluar jak dari pintu utama airport, whhossshhhh~~~~~~~~~ sejuknyaaaaa laaa baaai…. Patutla dalam airport takda aircond. Lima minit jak kat luar airport tu, gigi da terketar-ketar, muka da pucat, tangan da beku. Apalagi, semua sweater dipakai. Bolehla daripada takda. Macam-macam aksi tunggu bas. Lari setempat atau peluk kawan sebab sejuk tu memang tak bole tahan. Lupa lak temperature masa tu berapa. Tapi memang sejuk sejuk sejuk sejuk gilababeng. Bas yang ditunggu pun tiba. Phewww~~~ bas takda aircond. Alhamdulillah. 


Kitorang menuju ke tempat penginapan, Banana Backpackers yang terletak di Jongro-Gu. Dah booking siap2 sebelum datang. Kalau nak cari tempat penginapan, search ja dekat internet. Banyak pilihan. Pilih2 ja yang mana satu ikut budjet atau keselesaan. Kalau kitorang, pilih Banana ni sebab murah. Macam 35000 Won satu kepala @ RM 45 semalam. Okla tu. Asal ada tempat tidur dan mandi, settle. Banana Backpackers ni best sikit sebab orang yang jaga tu pandai cakap English. Pastu ada dapur, heater, microwave, mesin basuh, iron yang digunasama oleh semua penghuni. 3 in 1, biscuits, gula2 boleh ambik sesuka hati sebab dorang akan topup bekalan semua setiap hari. Perjalanan dari Incheon ke Banana tu ambik masa lama jugak. Lebih sejam. Masa tu dah lebih kurang jam 5 petang. Mata mengantuk nak tidur, tapi takut terlepas stesen bas pulak. 

Tenung2 la kat luar. Tengok macam tak banyak kereta. Kalau ada kereta pun, suma kereta besar2. Macam grandis tu, kebanyakannya MPV. Tinted punyala gelap wei. Tak kena saman kut sini. Semua kereta pun macam tu. Sekali sekala nampak pelajar2 sekolah. Pakai skirt yang macam dalam drama tu. Mak Aiihhh~~ sejuk2 begini pakai skirt. Agaknya mereka sudah beradaptasi. Kitorang kan dari negara khatulistiwa. Pulau Labuan lagi tu yang hangat sepanjang tahun. Gara2 nervous takut telepas stesen, kitorang turun awal. Pastu jalan kaki sambil tengok2 peta kat mana letaknya Banana Backpackers tu. Ada gakla setengah jam berjalan. Dengan beg backpack, dengan cuaca sejuk, uish,, tabah siot ni orang Malaysia. Gigil2 sampai tak boleh nak bercakap. Hari pun makin gelap. Last2 jumpa jugak. Banana tu dekat belakang2 bangunan tinggi.. tersembunyi sikit. Syukurlah dapat jumpa. 

Check in terus. Orang yang jaga kaunter tu namanya chiu, muka tipikal korea la. Chiu hebat speaking English. Senang nak berkomunikasi. Waaaa~~ hangatnya tempat ni. Rasa macam ikan beku baru dikeluarkan dari esbuk dan baru mo mencair. Haha… Baru dapat rest atas tilam yang empuk. Ada dua katil double decker. Nak charge henpon. Aik, plug nya pelik semacam. Plug dia dua pin, bulat pastu takda suis on off. Sekali plug masuk terus on. Nasib ada traveler adaptor. Malam tu ingat nak keluar tengok2 bandar Seoul waktu malam. Meantime, rehat2 luk, kumpul tenaga dan haba dalam badan. Untuk makan malam, kitorang bawa makanan2 instant serta biskut2 ja. Pas makan kitorang keluar. Aish…. Sejuk2 waktu siang, sejuk 10 kali lagi waktu malam. Asap kabus pun kuar dari mulut kalau bercakap. Kitorang singgah kat convenience store yang buka 24 hours. Rasa macam tak mau keluar dari kedai tu, hangat~~~. 
 
Belek2 barang makanan, wow,, ada nasi instant. Tengok lagi, uik, sup sayur instant. Vegetarian food instant pun ada. Tengok dalam esbok, wadui, buah dia jual sebijik sebijik. Pisang sebijik, epal sebijik. Dan harganya sangatlah maahaaaall… pisang tu kalau tak silap macam 4000 won (RM 12), epal tak ingat. Sebab tu tak beli buah. Beli nasi instant ja. Nanti leh makan ngan makanan tin yang kitorang bawa. Jeles ckit ngan member yang non-muslim. Segala macam makanan boleh try. Haha.. even stall yang dekat tepi jalan pon, dorang jakla yg dapat makan. Aku ngan farhana perhati jak la sambil makan kasang2. Malam tu tak lama kitorang keluar. Sebab tak tahan ngan cuaca. Balik ja gi Banana, terus tidur. Penat.. hehe.. (to be continued..)

HIJRAH

Lama tak update blog. Nak cerita benda baru. Sekarang ni aku beralih arah. Dari wad lelaki ke wad bersalin. Sekarang tengah ambik kursus kebidanan untuk setahun. Susah juga nak minat, sebab memang tak minat mula-mula. Harapnya minat tu akan muncul nanti. Last aku pegang baby masa aku student nurse posting di wad obstetrik dan ginekologi. Mak aih... itu da dekat 10 tahun yang lepas. Sekarang pegang baby pun terketar-ketar. Takut terkasar dan mencederakan mereka dengan tak sengaja. Takut dorang jatuh. Kalau dorang nangis, aku panik da tak tau nak buat apa.... macam mana nak jadi mommy nanti ni alisa.... T_T

Thursday 20 February 2014

Tatkala di Ambang Maut

First time pulak update blog guna hp. Ok.. aku mengakulaa. Memang aku ni tradisional sikit. Aku lagi selesa online menggunakan laptop jika ianya berkaitan dengan menaip2 panjang2 nih. Takpa, aku cuba yang terbaik (sakit mata ea tengok keypad kecik nih.. haha)

Entri kali ni aku nak mulakan dengan "Bismillahirrahmannirrahim". Aku ingin bercerita pasal kematian. Pertama kali pesakit aku mati, aku tak dapat tidur malam tu. Wajah dia terbayang2 dan bila aku tidur aku bermimpi yang dia datang kat aku. Itu yang pertama kali la. Suda tengok banyak kali, jadi macam suda lali pulak. Kurang perasaan suda. Orang kata ala bisa tegal biasa. Sebenarnya itu tidak sihat pembaca blogku. Orang yang selalu dekat dengan kematian sepatutnya lebih waras akalnya. Semakin banyak dia nampak kematian, semakin berimanlah dia kerana merasakan kematian itu sangat hampir dengannya. Itulah yang aku nak ceritakan. Astaghfirullahalazim.. suda terlampau biasa sampai aku rasa ianya sebahagian daripada kerja aku. Sehinggalah suatu hari..

Pagi tu aku kerja macam biasa. Memandikan pesakit2 yang tidak berupaya untuk bergerak, yang boleh bergerak sikit aku letak dekat wheelchair dan tolak ke bilik air untuk mandi "kalau suda siap panggil nurse ya!".. Itu jala skrip umum Alisa. Ada seorang pakcik ni. Dia memang kerap masuk wad. Istilah yang kami selalu guna adalah "Regular Customer". Pacik ni ok jugakla.. Tak sesak nafas.. boleh berkata2.. siap bertanya bila dialisisnya lagi, yakni proses mencuci buah pinggang. Aku cakap nanti aku telefon unit dialisis tanya. Pastu dia cari anak dia. Aku katalah anak pacik pegi kantin rasanya. Pastu aku sambung balik kerja memandikan pesakit yang stroke, bertemankan seorang pelajar MA. Ada tiga yang mo dimandikan pada pagi tu.

Tidak disangka2 rupanya hari tu adalah hari terakhir pacik tu di muka bumi nih. Aku tersentap seketika. Sebelum tu langsung tak menampakkan tanda2 nak pergi. Selalunya kita bole agak.. contohnya.. sesak nafas makin teruk.. oksigen makin rendah.. badan jadi sejuk dan ada lagilah tanda2 lain. Yang ni langsung tiada.  Malah pemergian dia sangat cepat sampai CPR yang kami buat pun tidak berhasil. Aku blank. Bila anak dia balik dari kantin. Anaknya meraung. Isteri dia yang datang pastu pun menangis semahu-mahunya. Masa tu baru aku macam kena current sikit. Baru aku sedar Ya Allah. Betapa hampirnya aku dengan kematian. Baru tadi dia berkata2... sekarang hanya jasad kaku saja yang tinggal.. blank.. aku macam tidak percaya..

Selama aku bertungkus lumus membantu pesakit di ambang maut nih, belum pernah lagi aku jumpa yang dapat menyebut kalimah "Asyhaduallailahaillallah.. waasyhaduannamuhammadarrasulullah".. Ya Allah Ya Tuhanku... betapa panjangnya kalimah itu Ya Allah... Dapatkah aku menyebut kalimah tu Ya Allah sekiranya aku di tempat mereka. Jangan tertipu dgn cerita melayu  wahai saudaraku. Berlakon mati dengan betul2 mati itu sangat berbeza. Realitinya tidak seindah cerita yang kita tonton di tv. Bila sudah tiba saat genting.. aku sempat menyebut Allah saja. Dengan harapan pesakit tu akan ikut apa yang aku sebut. Sebut Allah... sepatah perkataan tu.. bila di ambang maut sangat susah wahai pembaca blogku. "Ingat Allah pacik, sebut Allah pacik!" Itu saja yang aku mampu buat untuk pesakit yang nazak. Hanya itu saja yang mampu aku buat... itu pun sangat susah.. untuk menyebut nama Allah pun sangat susah... :'(

Dan selalunya kalau pesakit nazak, dia akan meracau. Kata yang dia nampak hantu. Kiri kanan hantu. Hantu hitam tengah terbang atas katil. Malahan dua tiga hari sebelum kematian pun ada di antara pesakit yg melihat kelibat hitam yg mengerikan itu. Meremang bulu roma aku kalau pesakit cakap macam tu. Malaikat maut ka yang dia nampak tu? Wallahuallam. Dulu ustaz cakap syaitan pun akan ikut menganggu jiwa yang tgh nazak ni kan. Ada pesakit yang nampak nenek/datuk atau sesiapa yang dah meninggal dunia  datang melawat mereka. Ada pesakit yang tidak mengenali saudara atau sahabat handai. Ada pesakit yang rasa haus sangat2 dan kerap minta minum air.. ada yang rasa panas... Wallahuallam.. Bermacam2 dugaan yang mereka alami. Sebab tu aku selalunya suruh waris membacakan ayat2 suci Al-Quran dan bisikkan dua kalimah syahadah supaya mereka tenang menghadapi saat2 nazak. Tapi selalunya para waris akan menjeling dan tak kurang juga yang melenting bila nurse berkata sedemikian. Katanya macam kita mendoakan supaya si pesakit mati cepat. Astaghfirullahalazim... Kenapalah berfikir macam tu. Tak kesiankah dengan mereka. Jiwa mereka perlu kuat tatkala menghadapi saat kematian. Daripada meraung2 dan mengelilingi si pesakit yang tgh nazak, ada baiknya kita buat sesuatu untuk membantu dia. Ya Allah Ya Tuhanku.. takut rasanya bila fikir macam mana agaknya kalau suda sampai giliran kita.. Semoga Engkau permudahkan semuanya Ya Allah... :'(

Tuesday 18 February 2014

A Tale of a Special Dog

Alkisahnya, di kampung tempat aku tinggal ni ada banyak anjing liar yang berkeliaran. Ada jugak dua tiga ekor yang selalu ber'jaga' di sekitar rumah aku. Menanti kalau-kalau ada makanan lebih atau rezeki untuk mereka. Kadang-kadang mereka tolong mak aku halau lembu-lembu yang pandai lompat pagar masuk ke halaman rumah dan merosakkan tanaman mak aku. Berjaga waktu malam untuk menghalau 'pencuri2' atau sesiapa yang berniat tidak baik terhadap kami sekeluarga. Dipendekkan cerita, di kalangan mereka, ada seekor yang berwarna hitam sepenuhnya yang selalu memerhatikan aku dari jauh. Dia tak berani datang dekat. Jadi selalunya kami hanya bertentang mata ja la dari jauh.

Pada suatu hari, aku baru balik dari sekolah. Masa tu aku kerja sebagai guru ganti di sekolah rendah. Tetiba aku dengar suara macam pelik. Suara kesakitan di celah-celah semak samun. Sekali aku tengok.. ndui naa.. si Kontot ba pulak (aku gelar dia si Kontot sebab ekor dia pendek, macam bun). Dia tengok aku dengan perasaan sayu. Rupa2nya si Kontot tak dapat nak bergerak. Aku panggil mak aku. Mak aku bawa ikan goreng untuk umpan si Kontot ni keluar. Yela.. takkan nak pegang.. kang kena gigit haru lak.. Perlahan-lahan si Kontot menghensot ke depan. Ya Allah, rupa2nya kaki belakang dia tak boleh gerak langsung. Lumpuh. Mungkin si Kontot dilanggar kereta dan itu membuatkan dia lumpuh separuh badan. Pastu aku dan mak aku guide dia menuju ke rumah kami yang tak berapa jauh dari tempat si Kontot bersembunyi. Jadi si Kontot tinggal la di bawah rumah kami.

Pada saat itu bermulalah nursing care untuk si Kontot. Setiap hari aku dan mak aku bagi dia makan. Bila time di makan, kena jaga betul2 sebab anjing2 liar yang lain akan membuli dia. Jadi si Alisa akan standby dengan kayu jolok mangga yang panjang bila si Kontot makan. Mula-mula si Kontot takut-takut ngan aku. Aku suap dia makan. I mean, aku dekatkan ikan goreng tu kat mulut dia sambil tangan ku berbalut plastik. Glove takdala... Dia takut mo dekat aku. Masa dia makan aku sapu2 lembut kepalanya guna daun mangga yang kering. Telinga dia turun ke bawah. Tanda seeokor anjing yang 'akur' dan sudah 'ditawan'. hehe.. Dia minum pun aku jaga. Dengan penjolok mangga yang panjang tuh. Dia pandang aku. Penuh sayu. MashaAllah.. pandangan matanya betul2 menusuk jantung aku. Seperti pandangan makhluk yang penuh dengan perasaan..

Semakin lama semakin dia percaya dengan aku. Dulunya dia takut dengan aku. Sekarang dia tunggu aku balik dari sekolah dekat pagar rumah. Bila dia nampak aku balik, dari jauh dia menghensot laju separuh badannya sambil muka dia terpancar sinar kegembiraan. Seperti biasa aku bagi dia makan. Kadang2 ada susu kotak sekolah yang aku bawa pulang untuk dia. Sambil2 dia minum aku usap lagi kepalanya guna daun kering. Sekali sekala dia toleh dan renung mukaku.. seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih atas semua yang telah kami lakukan untuk dia.

Pernah sekali dia jatuh ke tebing sungai. Belakang rumah aku nih ada sungai yang besar (Tapi aku ni tak pandai2 berenang). Ketika tu hujan lebat. Mak dan bapak aku bentang tikar kat tebing tu, umpan dia dengan ikan. Bila dia da naik sepenuhnya ke tikar, bapak dan mak aku angkat dia naik ke atas. Fuh.. tak tau macam mana dia leh jatuh. Nasib gak mak aku ada idea brilliant macam tuh. Mak tak bagi turun sebab hujan lebat. Mungkin mak tak nak anaknya jatuh sakit kut. Syukurla Kontot dapat diselamatkan. Kalau tak, bila air sungai naik tinggi, konfirm si Kontot ni hanyut dibawah arus sungai yang deras.

Ada gak kawan yang senasib ngan si kontot T_T

Makin lama, keadaan Kontot makin teruk. Aku sedih sebab aku tidak dapat buat apa pun. Dia tak dapat mengawal kencing dan berak seperti biasa. Pada masa tu aku sangat naif. Tak terpikir walau sedetik pun untuk bawa dia ke vet. Apa yang aku fikir ketika itu adalah untuk menjaga dia setakat yang aku mampu. Anus dan kemaluannya dihurung semut. Sebab bila di menyeret badannya ke hulu ke hilir, segala kotoran pun turut diseret olehnya. Aku sedih tengok. Aku cuba bersihkan dengan air tapi makin lama keadaan dia makin teruk. Selera makan dia pun makin kurang. Aku selalu bawa dia bercakap. Dia tengok ja muka ku. Aku tak kisah dia tak reply tapi aku mau dia tau yang aku nak dia sembuh seperti dulu. Aku tau dia faham apa yang aku cakap. Aku percaya yang sesetengah benda itu tak perlu dilafazkan dengan mulut, cukup untuk dirasai dengan hati dan perasaan. Aku perasan satu benda, pandangan mata dia pada hari tu sangat berlainan. Seolah-olah dia ingin bagitau yang dia akan pergi jauh.

Seperti biasa, setiap kali abis waktu sekolah, aku cepat-cepat balik. Dengan berbekalkan susu sekolah kegemaran si Kontot, aku bergegas pulang. Malangnya, tiada si Kontot tunggu di pintu pagar. Aku panggil-panggil mak tanya keberadaan si kontot. Nah.. apalagi, mencari la kami. Tidak berjumpa. Aku panggil-panggil nama dia. Anjing2 liar yang lain hanya memerhatikan gelagat kami. Setelah puas mencari, kelibat si Kontot langsung tidak kelihatan. Mak aku ada satu teori, mungkin si kontot jatuh di tebing dan dihanyutkan oleh arus sungai.

Malam tu sebelum tidur, aku teringat si Kontot dengan pandangan sayu terakhirnya tu. Menangis aku bila teringat pasal semua tu. Even sampai sekarang, masa menaip entri ni, hati aku masih lagi sedih memikirkan si Kontot. Hm.. tak sampai sebulan aku menjaga dia. Tapi kehadiran dia cukup istimewa dalam hati aku dan family aku. Anjing pun makhluk Allah SWT wahai pembaca blogku. Mereka pun punya perasaan. Pandai marah, pandai menyayangi, pandai takut, pandai membalas budi... jika kita layan mereka dengan baik, baik juga layanan yang mereka berikan. Mungkin kita tak nampak balasan dari mereka sekarang, tapi percayalah... semuanya akan berbalas di akhirat sana nanti. Semua yang kita buat sekarang ada balasannya. Mungkin sekarang si Kontot bahagia di alam sana dengan kesihatan yang sempurna. Semoga dia ingat dengan kami di sini. Sekurang-kurangnya dia ada ingatan mengenai kasih sayang yang ikhlas di dunia ini walaupun hanya untuk sementara waktu saja... :')

Teringat kisah Hachiko... ^^... You'll get back what you give

PS: Iya.. saya seorang muslim dan saya sayangkan makhluk Allah swt yang istimewa ini.. tiada sebab untuk saya membenci mereka. Langsung tiada...



 

Monday 17 February 2014

Kisah di Sebalik Lagu Sandiwara Cinta

Lagu ni memang favourite aku. Sangat suka sampai nak main lagu ni kat piano. Tapi tak pandai dapat2 sebab tersangatlah malas nak praktisnyee. hehe... Mo dijadikan cerita ni. Pada hari itu saya bekerja shift malam. Ditakdirkan ada seorang pesakit ni nak pegi operation esok pagi. Jadi kena buat brannula untuk drip sebab kalau operation selalunya pesakit kena puasa kan. Jadi IV brannula tu la tempat nak masuk air kalau pesakit puasa. Macam yang ditunjukkan kat pic kat bawah entri ni.

Jadi, aku pergilah kat si adik tu dan cakap yang aku perlu buat brannula, i mean kena cucuk jarum untuk masuk air drip. Adik tu cakap okeh tapi muka nervous tu dia tak boleh sembunyikan dari aku. Jadi aku siapkan semua barang keperluan. Ikat tourniquette, pastu tepuk-tepuk tangan dia sikit supaya urat timbul. Nasib jugak orangnya putih melepak, senang nak nampak uratnya. Aku sapu alkohol swab. 
"Saya cucuk ni" aku cakap macam tu. Pastu tiba-tiba dia jadi nervous dan cakap..
"Sekejap nurse sekejap!! saya pasang lagu dulu. Aiiihh.. mana topi nih, mau tutup muka dulu, tidak mau tengok tu jarum!!" Pastu dia memasang lagu kat galaxy tab nya tuh dan menutup mukanya dengan topi. Lagu Sandiwara cinta sambil mendekatkan tabnya tu ke telinga, dia mula menyanyi 
"Aku tahu ini semua tak adil~~ aku tahu ini sudah terjadi~~~ bah nurse cepat cucuk!!! Mau bilang apaa aku pun tak sanggup~~~" sambil dia menyanyi dengan suara terketar2.. Alaammak... 4 tahun aku kerja ni first time pesakit menyanyi bila aku cucuk IV brannula. Nah, terus buat aku nervous. 
"Adik relax dik.. nanti pengsan pula.. ko buat kakak nervous pulak ni".. Adik jawab.. 
"Jangan bercakap nurse.. cucuk jak.. alasannya sering kali kudengar~~~" dia sambung nyanyi. Lucu juga dalam hati aku. Apalagi, aku cucuk jarum.. makin tinggi not suaranya (:p).. 
"ok sudah" aku cakap. "Aih? itu jak? sudah?" dia reply sambil dia buka topi tengok betul ka sudah atau belum. "A'ha, tapi kakak mo ambil darah untuk standby esok".. sambil aku menarik darahnya keluar. 
"Aiiihhhh...... ingat suda siappp,, kenapa nda bagitau ambil darah, suda saya buka topi saya. aihh!!" mengeluh si adik. "Jujurla sayaaaaangg aku tak mengapaaaa~~~" sambung nyanyi lagi dia, Ingat da habis. hehe. 
"Ok! siap" barula si adik calm down dan senyum-senyum sendiri. 
"Saya nurse ni first time masuk hospital, first time kena jarum, tu yang takut tu" dia terangkan ngan aku. 
"Ouh nda pa ba.. cuma kalau ada 10 orang cam kamu ni, susah juga kakak kamu ni nanti, haha!!" 

Tidak sangka pulak seluruh kejadian dilihat oleh semua pesakit yang lain. Dorang pun ikut tergelak tengok gelagat si adik nih. Aduhai.. so kepada pembaca di luar sana, jangan takut masuk hospital. Kami buat yang terbaik untuk anda dan berharap supaya anda cepat sihat dan balik ke rumah. Cuma kalau urat susah nak timbul tu, ehem,,,, nasib badanlah kena cucuk banyak kali.. hehe. Kalau boleh kami pun taknak jarum orang. Tapi ianya untuk kebaikan anda juga. ^^


Ni ha brannula yang aku maksudkan. Warna biru paling kecik untuk urat yang kecik (budak), yang pink sederhana, yang green yang besar. Tapi yang paling besar warna grey untuk kes2 yang kecemasan


















KEBABOOOMM!!!!!!



Okla kebabooom punya cerita cuma ada tiga ja yang saya ingat. Ini juga sebagai peringatan untuk para pembaca blog ku yang disayangi.

Kisah Pertama: Biasala kalau pengangkutan utama Labuan ke jeti menumbuk adalah bot kan. Lebih spesifik lagi speedboat. Adalah satu hari tu ada insan yang masuk wad saya sebab enjin speedboat meletup. Walla!!! meremang bulu roma aku. Yalah.. aku kan selalu naik speedboat kalau balik kampung. Menurut cerita pesakit tu, dia duduk paaaling dekat dengan enjin speedboat, yakni di belakang. Hm.. itulah port yang paling aku suka sebab kurang bumping kalau duduk kat belakang sebenarnya. Berbanding duduk dekat pemandu boat tu yang macam ala2 naik unta gila.. hehe.. jadi beringatla ye. Habis muka dan tangan pacik tu terbakar. Sengsara oo tengok org yang kulit terbakar. Muka tangan jadi bengkak, muncul blisters dan sangat sakit bila disentuh.

Kisah Kedua: Pacik kedua masuk wad gara2 sahabat sejatinya sorang tu. Pacik ni tengah isi minyak ke dalam boat (boat lagi~). Pastu si kawan pacik ni boleh boleh pulak pasang lighter nak merokok. Apalagi..... sekelip mata KEBABOOM daa... Terang benderang kawasan tu sekejap. Habis pacik punya muka, tangan dan badan kena api. Fuhh, ni lagi seksa dari kisah pertama tadi. Asal bab dressing/cuci luka mesti jerit2 punyala.. Tapi beberapa minggu aritu jumpa c pacik lagi, syukur Alhamdulillah... cantik suda kulitnya. Ada kulit baru suda tumbuh. INGAT!! minyak + lighter is a big NO NO NO!!!! 

Kisah Ketiga: Yang ni kisah baru-baru ni gak. Pacik ni tengah nak bakar sampah. Tak perasan ada botol perfume kat timbunan sampah tu. Apalagiii lai...BOOMM!!!!... meletup la. Kuat jugak sampai muka dan tangan terbakar. Memang azab. Aku tengok pun tak sanggup. Jadi peringatan untuk mereka-mereka di luar sana, jangan dibakar benda2 macam botol perfume, bekas spray nyamuk tu ka, botol spray cat atau apa2 botol yang ada vakum atau kedap udara kat dalam. Memang nahas la kalau meletup..

Sekadar perkongsian ilmu untuk anda semua. Ada baiknya kita mencegah sebelum terlambat. Sekian dulu untuk entri kali ni :)

Wednesday 12 February 2014

'Alarm' Dalam Mimpi

Saya selalu tertipu. Saya selalu ingat saya dah solat subuh padahal sebenarnya saya solat subuh dalam mimpi. Tak tahulah kenapa.. Saya tipu diri sendiri ke ataupun syaitan yang tipu. Dulu ustaz cakap waktu subuh ada banyak syaitan yang tahan kita dari bangun. Siap ada yang bagi extra blanket 'babs lagi'. Memang saya dah set alarm. Tapi selalunya saya akan tertidur tanpa disedari lepas mengoffkan alarm sendiri. 

Sehinggalah suatu subuh tu.. nak dijadikan cerita.. seperti biasa, saya off alarm dan terlena semula. Ngam2 masa tu hujan tengah turun dengan lebat. Sejuukk.. punya best tidur. Pastu, dalam mimpi tu saya ambik wuduk. Nak solat la kunun nih. Sekali datang seorang lelaki tua. Tak kenal dia dan tak pernah nampak pun dia sebelum nih. Dia tanya "Anak mo sembahyang ka?". Pastu saya jawab "Ya pacik". "Cuba anak pukul kayu ni" tangan pacik menunjuk ke arah tiang rumah. Saya pun pukullah. Pastu dia tanya "Sakit tak?". "Tak" saya jawab. "Pukul lagi kuat2 sampai rasa sakit" pacik tu sambung lagi. Apalagi saya pun pukullah. Sedap je tumbuk tiang tu sebab tak sakit. Pastu pacik cakap "Tak sakit sebab anak masih dalam mimpi, belum bangun lagi". Lepas dia cakap gitu terus aku terbangun. Astaghfirullahalzim~~~ Syaitan pun terkejut kut sebab saya tiba2 terbangun. Terus saya gi solat sebab jam da 6.30 am masa tuh. Hm... bila difikir balik.. seram jugak.. Sepalah pacik tu ya..... Pertama kali pulak bermimpi macam tuh. Naa alisa.. alarm berbunyi pasni jangan tertidur balik lagi lak.. Karang berjumpa lagi ngan c pacik dalam mimpi~~ ni kali dia mesti naik angin ngan ko :)