First time pulak update blog guna hp. Ok.. aku mengakulaa. Memang aku ni tradisional sikit. Aku lagi selesa online menggunakan laptop jika ianya berkaitan dengan menaip2 panjang2 nih. Takpa, aku cuba yang terbaik (sakit mata ea tengok keypad kecik nih.. haha)
Entri kali ni aku nak mulakan dengan "Bismillahirrahmannirrahim". Aku ingin bercerita pasal kematian. Pertama kali pesakit aku mati, aku tak dapat tidur malam tu. Wajah dia terbayang2 dan bila aku tidur aku bermimpi yang dia datang kat aku. Itu yang pertama kali la. Suda tengok banyak kali, jadi macam suda lali pulak. Kurang perasaan suda. Orang kata ala bisa tegal biasa. Sebenarnya itu tidak sihat pembaca blogku. Orang yang selalu dekat dengan kematian sepatutnya lebih waras akalnya. Semakin banyak dia nampak kematian, semakin berimanlah dia kerana merasakan kematian itu sangat hampir dengannya. Itulah yang aku nak ceritakan. Astaghfirullahalazim.. suda terlampau biasa sampai aku rasa ianya sebahagian daripada kerja aku. Sehinggalah suatu hari..
Pagi tu aku kerja macam biasa. Memandikan pesakit2 yang tidak berupaya untuk bergerak, yang boleh bergerak sikit aku letak dekat wheelchair dan tolak ke bilik air untuk mandi "kalau suda siap panggil nurse ya!".. Itu jala skrip umum Alisa. Ada seorang pakcik ni. Dia memang kerap masuk wad. Istilah yang kami selalu guna adalah "Regular Customer". Pacik ni ok jugakla.. Tak sesak nafas.. boleh berkata2.. siap bertanya bila dialisisnya lagi, yakni proses mencuci buah pinggang. Aku cakap nanti aku telefon unit dialisis tanya. Pastu dia cari anak dia. Aku katalah anak pacik pegi kantin rasanya. Pastu aku sambung balik kerja memandikan pesakit yang stroke, bertemankan seorang pelajar MA. Ada tiga yang mo dimandikan pada pagi tu.
Tidak disangka2 rupanya hari tu adalah hari terakhir pacik tu di muka bumi nih. Aku tersentap seketika. Sebelum tu langsung tak menampakkan tanda2 nak pergi. Selalunya kita bole agak.. contohnya.. sesak nafas makin teruk.. oksigen makin rendah.. badan jadi sejuk dan ada lagilah tanda2 lain. Yang ni langsung tiada. Malah pemergian dia sangat cepat sampai CPR yang kami buat pun tidak berhasil. Aku blank. Bila anak dia balik dari kantin. Anaknya meraung. Isteri dia yang datang pastu pun menangis semahu-mahunya. Masa tu baru aku macam kena current sikit. Baru aku sedar Ya Allah. Betapa hampirnya aku dengan kematian. Baru tadi dia berkata2... sekarang hanya jasad kaku saja yang tinggal.. blank.. aku macam tidak percaya..
Selama aku bertungkus lumus membantu pesakit di ambang maut nih, belum pernah lagi aku jumpa yang dapat menyebut kalimah "Asyhaduallailahaillallah.. waasyhaduannamuhammadarrasulullah".. Ya Allah Ya Tuhanku... betapa panjangnya kalimah itu Ya Allah... Dapatkah aku menyebut kalimah tu Ya Allah sekiranya aku di tempat mereka. Jangan tertipu dgn cerita melayu wahai saudaraku. Berlakon mati dengan betul2 mati itu sangat berbeza. Realitinya tidak seindah cerita yang kita tonton di tv. Bila sudah tiba saat genting.. aku sempat menyebut Allah saja. Dengan harapan pesakit tu akan ikut apa yang aku sebut. Sebut Allah... sepatah perkataan tu.. bila di ambang maut sangat susah wahai pembaca blogku. "Ingat Allah pacik, sebut Allah pacik!" Itu saja yang aku mampu buat untuk pesakit yang nazak. Hanya itu saja yang mampu aku buat... itu pun sangat susah.. untuk menyebut nama Allah pun sangat susah... :'(
Dan selalunya kalau pesakit nazak, dia akan meracau. Kata yang dia nampak hantu. Kiri kanan hantu. Hantu hitam tengah terbang atas katil. Malahan dua tiga hari sebelum kematian pun ada di antara pesakit yg melihat kelibat hitam yg mengerikan itu. Meremang bulu roma aku kalau pesakit cakap macam tu. Malaikat maut ka yang dia nampak tu? Wallahuallam. Dulu ustaz cakap syaitan pun akan ikut menganggu jiwa yang tgh nazak ni kan. Ada pesakit yang nampak nenek/datuk atau sesiapa yang dah meninggal dunia datang melawat mereka. Ada pesakit yang tidak mengenali saudara atau sahabat handai. Ada pesakit yang rasa haus sangat2 dan kerap minta minum air.. ada yang rasa panas... Wallahuallam.. Bermacam2 dugaan yang mereka alami. Sebab tu aku selalunya suruh waris membacakan ayat2 suci Al-Quran dan bisikkan dua kalimah syahadah supaya mereka tenang menghadapi saat2 nazak. Tapi selalunya para waris akan menjeling dan tak kurang juga yang melenting bila nurse berkata sedemikian. Katanya macam kita mendoakan supaya si pesakit mati cepat. Astaghfirullahalazim... Kenapalah berfikir macam tu. Tak kesiankah dengan mereka. Jiwa mereka perlu kuat tatkala menghadapi saat kematian. Daripada meraung2 dan mengelilingi si pesakit yang tgh nazak, ada baiknya kita buat sesuatu untuk membantu dia. Ya Allah Ya Tuhanku.. takut rasanya bila fikir macam mana agaknya kalau suda sampai giliran kita.. Semoga Engkau permudahkan semuanya Ya Allah... :'(
-->
No comments:
Post a Comment