Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Wednesday, 22 August 2012

AIDILFITRI menjelma lagi!!

Wednesday, 11 July 2012

When I love~

When I fall in love,
I don't care, 
How much your weight is,
How much money in your pocket @ bank,
Don't care about your past,
The car that you drive,
What your job is,
How you look like,
Your hairstyle,
Don't care who were your ex's either,
Where you come from,
Your race,
Your favorites,
Don't care about your obsession towards everything,
Don't mind if you prefer your bed more than me,
No SMS from you for weeks still tolerable,
No phone call.. still never mind,
Date once in blue moon is still OK
.
.
.
.
.
However,
I do care if,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
You lied to me..
Or,
Tried to make fool of me..
.
.
.
.
.
I gave you all my trusts..
.
.
.
.
.
100%
.
.
.
.
.
.
But sorry,
Really sorry..
If you lied to me,
It became..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
0%..

Wednesday, 20 June 2012

Teramatlah Salah Faham Nyer

Ni semua kejadian masa aku masih lagi student nurse dulu. Ada 3 ja la.. banyak sebenarnya, tapi nda ingat :p

Kejadian 1
Besaklah aku kan student yang agak skema sedikit. Sedikit jak nda banyak. Aku ditugaskan untuk menilai Pain Score sorang pacik tua nih.

Aku: Pacik, kekuatan kesakitan pacik ni macam mana? Kalau saya bagi numbur 1 sampai 10, 1 sakit sikit, 2 lebih kuat sakit dari numbur 1, 3 laagi kuat sakit dari numbur 2, 4 laaaaaaaagi kuat dari numbur 3 dan numbur 10 yang paling sakit kuat. Pacik punya sakit numbur berapa?
Pacik: (*Berfikir sejenak.........). 1 kali pacik sakit, 2 kali makin kuat, 2 kali pacik sakit 3 kali makin kuat, 3 kali pacik sakit 4 kali makin kuat... saaaaaampai 10 kali pacik sakit 9 kali makin kuat.
Aku: Duh~ (*nda dapat berkata apa-apa)

Kejadian 2
Aku mengupdate Intake & Output Chart. 

Aku: Pacik, berapa sudu pacik makan hari ini?
Pacik: Satu sudu satu ringgit lima puluh sen pacik beli di kantin luar sana.
Aku: Hmmpph.. (*nak ketawa tapi tahaaaaaaan jek)

Kejadian 3
Aku menginterview pesakit yang baru masuk wad.

Aku: Pacik, pacik dulu pernah ada Tibi ka?
Pacik: Ada.. TB kaler, TB hitam putih pun masih ada d rumah.
Aku: *Haaaaahaahha... (<-- dalam hati jek la... maintain professional... kihkihkih..)

*Macam-macam ragam la manusia nih kan. Warna-warni kehidupan la katakan.... ^^

Monday, 18 June 2012

My Name is Alisah

Dulu pesakit tak kenal nama sebab name tag displays nama tu font nya kecik ja. Jadi susah nak nampak. Cuma sekarang nih diwajibkan pula untuk jururawat membuat tag nama yang macam budak sekolah tu. Ala... yang background hitam tu baa. So font, memang besar, dari jauh dah boleh baca name tag tu.

Adalah satu hari tu aku gi tempat katil pacik nak tukar botol Normal Saline untuk bladder irrigation. Bladder irrigation tu adalah proses untuk men'cuci' dan mem'flush' pundi kencing bila mana pesakit mempunyai kencing yang berdarah, istilah medicalnya hematuria. 

Masa nak tukar botol NS tu, pacik tu baca nama aku. "ALISAH... ooo... Alisah namanya..." kata pacik. Tidak semena-mena isterinya menyampuk "Apa yang dibaca tu?". Jawab pacik "Nda, nama nurse ni Alisah". Pastu makcik jawab dengan nada yang tinggi "Hah, biarlah nama orang Alisah, apa mau baca-baca nama orang". Terkejut pacik tu. Aku senyum jek... Alamaaakk... ni kes jeles ke nih. Aku menyebabkan suami isteri berkonflik kejap. Pastu pacik jawab dengan nada yang agak merajuk "Hmmph, sebut nama nurse aku pun nda buleh". 

Lucu tengok adegan tu. Kalau dah berusia nih, lain pulak cara merajuknya ye. Comel pulak... Semoga pakcik cepat sembuh dan jangan sebut nama perempuan lagi ek. Nanti kena marah lagi.... ^_^

Friday, 8 June 2012

10 Steps In My Financial Management

Kalau dapat gaji tu, kenalah plan awal2 untuk mengelakkan kebankruptan sebelum next gaji. Ni 10 benda yg mesti disetel sebelum fikir hal2 lain. Mana yang baik jadikan teladan, mana yang tak baik jadikan sempadan. Hehe..


NO 1

Kereta punya loan mesti dibayar dulu. Nanti tak pasal2 dapat surat cinta dari Bank. Lamanya lagi loan keta ni nak abis.... 2019,, hmm 2019.. 2019.. 2019..... kyaaaiiiii~~ lamanya lagi...



NO 2

Sewa rumah. Gambar di atas ni hiasan semata. Since aku ditugaskan menjadi tuai rumah, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk bank in sewa rumah setiap bulan dan memaklumkan tuan rumah melalui SMS. Selalunya SMS berbunyi "Kak, duit rumah sudah bank in".. <-- setiap bulan pun SMS sama


NO 3

Lepas da bayar No 1 dan No 2, barulah fikir saving. Actually saving ni sepatutnya gi No 1. Tapi kalau buat saving dulu, and kalaula ya.. kalaula... terlari budget, saving ni kena korek gak last2.. ndada gunanya. Hehe.. sorila.. aku pakai pic oink2.. cute ba..



NO 4

Benda ni... benda ni laaa.... aishh...... bayar tiap2 bulan, tapi connection korang tau la macam mana.. Since aku takda TV, internet ni je la yang meng'connect'kan aku ngan outside world.



NO 5

Dulu bayar murah je, lama kelamaan piano lesson punya fee mencecah 100 per month. Minat punya pasal, takpala.... berkorbanlah sikit...



NO 6


Aha!! kredit paling penting. Takut kalau ada emergency call dari hospital, nak call back kenalah ada kredit. Lebih2 lagi time escort kes ke Queen, kredit adalah element yang paling penting..



NO 7 
Kerana dirimu begitu berharga.. Hehe... da namanya perempuan. Beauty product mestilah penting. Tak perlu yang mahal. Asalkan sesuai ngan kulit kita, stick with that product. Kadang2 aku gi manicure, pedicure & facial spa. Tapi, tau2 la... kerja staffnurse nih, manicure tak tahan lama. Kena selalu buat handrub and handwashing kan. Guna alcohol handrub lagi. Jadi selalunya, kalau cuti baru aku buat manicure ;)



NO 8

 Health product is a must. Selalunya aku ambik Elken Spirulina (since jarang makan sayur), vitamin C and Fish Oil (Untuk mengurangkan kolesterol level). Apa salahnya, beli supplement kan. Dengan kerja yang sibuk dan shift yang tak menentu, it's worth to buy some. Kerana kesihatan itu amatlah berharga..



 NO 9


Hihihi,, makanan diletak di No 9 ba.. Nda hairanlan si Alisa ni cekeding je.. Aku tidak memilih bab-bab makan nih. Apa2 ja pun okeeey... Paling suka Mee Sup and Ice Lemon Tea ^o^



NO 10

MISCELLANEOUS THINGS
Ni termasuk la servis kereta, bil elektrik dan air, upah potong rumput, air skyblue yang kitorang order tiap2 bulan, magazines, baju and kasut baru (;p), belanja itu.. belanja ini... dan bermacam2 lagiiii.... 


Ok, itu saja setakat ini. Korang macam mana pulak?? Mesti lain dari list aku ni kan.. Tapi, selalunya hujung2 bulan tu sememangnya waktu yang menyesakkan nafas. Hehe.. Anyway, tq for reading.. Berjimat cermatla kita semuanya k.... :)

Wednesday, 6 June 2012

Young Boy with Complete Heart Block

"JACKPOT".. again.. Bertuah sungguh. Untuk bulan Jun, kali kedua aku gi Queen Hospital untuk escort. Kes kali ini sangat sadis. 25 years old boy with complete heart block. Sedih kan? Aku ada adik seusia dengan dia dan dia ada abang seusia dengan aku. Mesti dorang rapat macam aku rapat ngan adik aku. Sepanjang di wad, abangnya nih yang temankan. Papah gi tandas sebab adiknya tak berdaya untuk berjalan. Sayu gak hati tengok. Berat mata kita memandang, berat lagi.. aaa.. sambung sendiri... Doktor kata mungkin kat Queen, diorang akan letak 'pacemaker'. Kalau di kampung aku, orang panggil 'bateri' untuk jantung. Pacemaker membantu jantung untuk mendapatkan ritma yang sepatutnya. Dia akan adjust kalau jantung berdegup terlampau perlahan ataupun pantas.


Rupa si Pacemaker

Boleh tengok kat Chest X-Ray

..dan secara mata kasar..


Masa escort, aku berbual ngan dia. Dia da stop smoking beberapa tahun yang lepas. Tapi, dari wajah dia tu, aku tau dia masih susah untuk menerima kenyataan yang dia menghidapi penyakit 3 serangkai: penyakit jantung, hypertension dan diabetic. Kalau ditengok dari saiz badan, dia taklah obese sangat. Berat dalam 50 kg, tinggi mungkin around 165-170 cm. Kadang-kadang, perkataan 'takdir' tu agak susah untuk diterima. Tapi, syukurlah, sebab dari pandangan mata aku, mak dan ayah dia sangat tabah dan dari golongan baik-baik. Cakap bersopan-santun dan perkataan Assalamualaikum dan Terima Kasih selalu diucapkan. Mula-mula aku ingat ayah dia tu ustaz. Tergelak si adik bila aku cakap macam tu. Ayah dia kerja kat Shell rupanya.

 Perjalanan so far so good. Cuma Alisa ni mabuk laut kalau naik feri yang kecik. Terumbang-ambing doh.. Hampir-hampir muntah. Nasib baik perjalanan merentasi laut 40 minit je. Pesakit ok jee.. Misi pula yang nak pengsan. Sampai di Queen, si adik dimasukkan ke dalam CCU. Aku suka tengok CCU Queen. Cantik, luas dan ramaaaaiii staff. Sila imagine ke'ramaian' yang aku maksudkan. Kiranya urusan selesai by 4.30 pm.

Malam tu aku ngan doktor stay kat hotel berdekatan ngan Centre Point. Sempat jugak gi beli kasut. Alisa ni susah ckit kalau bab-bab shopping kasut. Bukan 1, tapi 2 yang dibeli.. hahaha.... rambang mata deh... ingat nak beli lagi, tapi nasib baik banyak kedai da tutup sebab da hampir jam 10 masa tu. Ok la, ada sudah souvenir untuk escort kali ini. New cute+white shoes for a cute nurse (<-- perasan :p).


Love your heart.. 
It works 24 hours/day even since you were in your mother's womb ;)

Monday, 4 June 2012

Kisah Escort Yang Syahduuu~~

Ada sesiapa tahu apa itu 'escort'?. Escort tu maksudnya mengiringi pesakit ke hospital lain untuk rawatan lanjutan. Since aku ni duduk dekat pulau, makanya, pengangkutan utama adalah samaada feri, bot bomba, kapal terbang, helikopter TUDM dan hmm.. setakat ni itu sajala yang aku tau. Nak dijadikan cerita, adalah aku terkena 'jackpot' menghantar pesakit ke Hospital Queen 1. Selalunya aku ni agak bertuah jugak bab-bab escort ni sebab ni escort aku yang ke-4 dalam tahun 2012 ni. Ada sesetengah kawan kerja selalu je terlepas 'peluang' escort ni. Takpa.. takpa.. kerja tetap kerja.

Pagi tu aku kerja shift pagi. Pagi tu agak sibuk juga. Aku dimaklumkan kes Esophageal Varices tu kena dihantar ke Queen, menaiki feri jam 1.30 pm. Gulp, sekali tengok jam, 12 tengah hari. Waduh, ini barulah last minute punya decision. Aku pergi prepare beg escort. Segala peralatan untuk resuscitation aku bawa. Drugs, segala tubings, solutions, mesin2 dan sebagainya. Tapi aku terlupa bawa Piriton & Hycort. Blood transfusion kena ongoing in ambulance. Since patient selalu ada blood adverse reaction, 2 drugs tu kenala bawa.. Tapi, aku terlupaaaa........ kelam kabut punya pasal.

Aku berlari balik ke rumah kejap. Nasib rumah tak jauh. Gi ambik dompet je. Takkan cikai2 tak bawa duit kan. Nanti tiket balik kena keluarkan duit sendiri dulu. Tapi, yang sentengnya, aku tak bawa baju spare sebab aku dengan yakinnya merasakan dapat balik malam tu, ambik last flight yang jam 8 malam. Aku straight pergi ED, tumpang pantry diorang tuk makan kejap sebab aku tau selama aku escort kes, memang takkan ada masa makan selagi urusan tak selesai. Hari tu sampai jam 1 pagi. Punya sengsara perut ani..

Jam 1.30 pm, feri bertolak. So far, dalam ambulance, pt stable. Blood transfusion in progress. Tiba2, patient demam. Temperature 38.2. Kena stop blood transfusion. Doktor order IV Piriton. Masa nilah aku perasan tak bawa Piriton. Nasib baik dalam ambulance ada drugs beg. Suma ubat ada.. hehe.. selamat Alisa. Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami sampai Queen dalam jam 6 pm. Di ED Queen, punya ramai doktor. Kiri kanan pun doktor. Macam dorang lagi ramai dari pesakit pulak. Jadi, kami ni menunggu la.. Menunggu big doktor datang. Sekali kena hantar pt ke atas bukit untuk endoscopy. Tapi sebelum tu kena tunggu injection Talipressin dulu. Nak menunggu Talipressin ni lebih dari setengah jam tau. Tiba2 uneventful situation occur. Pt muntah darah. Fresh blood.. more than 500 cc. Baru doktor2 ni kelam kabut. Inject Talipressin dan menggesa kami untuk hantar pesakit ke endoscopy room A.S.A.P.

Then, kami hantar pesakit ke endoscopy room. Sampai sana, ayoyoyoyoo.. Alisa juga yang kena marah. "Macam mana mau buat scope pt not stable. Intubate!!". Eeee... not my fault. Management kat ED lambat sangat sampai pt change condition. "You, staffnurse, pegi turun bawah bukit sana, ambik darah 2 pint, urgent!!". Jadi, aku ni pun berlarilah gi ambik darah kat Blood Bank. Sampai Blood Bank, kunci pulak. Lari gi ED ambik kunci. Lari gi Blood Bank lagi. Lab staff cakap, "Saya tak boleh bagi darah kalau u tak bawa cold box". Nah, berlari lagi Alisa ke ED pinjam cold box. Bila dapat darah, naik lagi atas bukit, gi endoscopy room. Ingatkan nak hantar darah je. Tak sangka doktor tu suruh aku pakai glove and assist dalam intubation... o maiiiiii Gooodddd....

Staffnurse ini, staffnurse itu, staffnurse prepare IV Mida infusion, staffnurse prepare IV Dopa infusion, staffnurse, kenapa darah tak run fast, staffnurse help in positioning... dan bermacam2 lagila ordernya. Aduih, nak gila aku kejap. I didn't know where the hell you put all your things. Yet, you still asking me to do this and that. Kalau lambat sikit kena marah. Napala aku tak pura2 pengsan time tu.. kihkihkih,, terfikir jugak idea yang bodoh time kekalutan. Dekat sejam lebih juga proses menstabilkan pt nih. Lepas da stabil, baru buat scope. Memang terserlah ada active bleeding inside. Doktor tu buat banding. Seronok jugak tgk live banding. Barula keadaan setel down. Nak hantar pt gi ICU atau ward, tapi full. So kami kena hantar pt balik ke ED sementara menunggu katil ada. Aku suda set, hantar ja pt ke ED, sumanya setel. Boleh rehat.. Gila punya penat nih.


Esophageal Varices. Sila baca sendiri ni penyakit apa ya.. 


 Ni proses Banding untuk treat penyakit di atas



Proses perpindahan dari endoscopy room ke ED amatlah 'sengsara'. Dengan 2 infusion, cardiac monitor, tong oxygen yang maha berat. Tanpa segan silu aku menyuruh relatives pt tuk menolong memegang apa2 yang patut. Staffnurse ada dua tangan jek. Nasib baik diorang memahami. Sampai dekat ED, baru je nak pindah katil, tiba2 doktor tu jerit "Ok!! da ada katil dekat HDU, tak payah hantar cni, hantar terus HDU!" Wow.. aku tidak menyangka para doktor di ED bersorak kesukaan.. WHAT THE???!!!!!. Aku melepaskan keluhan yang amat panjang. Tak bagitau awal2. Ni namanya kerja dua kali. Jadi, kami menaiki lif, menolak pt, melalui ruang2 perjalanan yang sempit dan berliku2. Last2 sampai juga d HDU. Masa tu jam menunjukkan 10.30 malam. Sampai di sana, aku pass report dengan staffnurse incharge secara verbal. Case Note pt telah 'dirampas' oleh doktor2 yang banyak itu. Terpaksa aku cuba2 ingat segala apa yang terjadi. Pas settle, kami antar tong oxygen ke ED, segala equipment ke endoscopy room. Dan minta maaf ED, aku terlupa pulangkan kamu punya cold box.. hihihi... ada saaaaana di endoscopy room. :p

Yahh.. kerja selesai. Sekarang ni mau cari hotel untuk bermalam. Tak sempat balik malam nih. dekat 10 hotel cari, semuanya full house. Last2 ada jugak hotel available. Aku gi pasar malam beli baju T-shirt. Seumur hidup aku tak pernahnya aku beli T-Shirt "I love Sabah". Ni terpaksa la beli. Itu je baju yang dijual. Banyak kedai da tutup. Main tawar menawar lagi tu untuk dapatkan harga yang paling murah. Next tym Alisa, jangan lupa bawa baju spare. Berus gigi ngan colgate pun kena beli. Malam tu punya nikmat tidur. Dalam aircond lagi. Besoknya jam 6 kena pergi airport balik Labuan and kena keja lagi shift petang. Sampai Labuan dalam jam 8.30 pagi gitu. Fuuuuuhhh.. berakhirnya kisah escort yang ke-4 ini. Memang experience yang sangat2 berguna.

PS: Tak sempat nak salam isteri pesakit. Terlupa mau bagi kata2 semangat. Aku doakan dia dan suaminya tabah menghadapi dugaan Allah SWT. Amin....

Sahabat Sejati

Hari tu ada kes nearly drowning masuk. So, misi ni gi korek cerita la. Rupa-rupanya, si pacik ni hampir lemas sebab selamatkan kawan dia. Dari dengar cara dia cerita, memang haru biru jugakla situasi time tu. Masa tu si pacik ngan kawan gi memancing. Kawan si pacik ni kekebasan kaki then jadi panik & struggle tuk mengelakkan diri dari kelemasan. Pacik yang pandai berenang ni pigila menyelamatkan si kawan ni. Dalam usaha menyelamat, pacik jadi penat dan dia pulak yang jadi kebas. Kawan da selamat, pacik pulak yang tenggelam. Fuh~ jadi terbalik kisahnya, kawan yang diselamatkan ni pulak yang menyelamatkan pacik.

Masa di wad, pacik mengalami masalah buah pinggang. Mungkin disebabkan hypoxia (kekurangan oxygen) buah pinggang pacik mengalami kerosakan. Betapa besarnya pengorbanan pacik dan betapa sayangnya dia dengan kawan dia kan? Hm... actually, aku terfikir........ kalau aku di situasi pacik, apa yang akan aku buat masa melihat kawan sendiri hampir lemas ek???? Aku tak pandai berenang. Sumpah!! walaupun belakang rumah di kampung ada sungai, tak pandainya aku nak berenang ea... Jadi, aku akan fikir alternatif lain. Mesti ada jalan punya, insyaAllah.. Jadi takkannya aku gi terjun menyelamatkan orang sedangkan nyawa sendiri konfirm melayang.



 Alisa pandai berenang atas katil je.. kihkihkih..



Lepas seminggu pacik dibenarkan pulang. Harap-harap pacik dikurniakan kesihatan yang baik sebagai balasan tindakannya yang murni itu. Bila tahu ada kisah macam ni, baru aku terfikir.. hm.. rupanya masih ada lagi istilah sahabat sejati di dunia yang makin reput ini.. So, world still has nice people... very nice one... :)


Tuesday, 10 January 2012

My cutest teddy bear :)

Ni nak share crita time aku jadi student dekat pediatric medical dekat Sarawak General Hospital (SGH). Masa tu aku menemankan kanak2 menonton Power Rangers di bilik TV, aku telah berkenalan dengan seorang budak lelaki comel (macam teddy bear.. :'), umur dalam 7 tahun. Dia sakit Factor VII deficiency. Maksudnya, dia tak boleh mengalami pendarahan sebab sukar untuk stop pendarahan tu. Dia cerita abangnya meninggal sebab pendarahan otak. Kesian kan... sebab ni penyakit genetik. Case note dia amatlah tebal..

Okeh, aku selalu temankan dia main dan tengok TV. Crita Power Rangers yang sama ditengok berulang2. Sampai kami buleh miming dialog and actionnya.. Haha.. lucu.. Dia suka eye contact ngan aku. Dia kata aku cantik sebab ada tahi lalat dekat dagu. Dia kata kawan2 aku yg lain tak cantik.. (haha,,). Dia selalu rampas pen aku, dengan harapan aku akan kejar dia. Kalau aku nak pegi lunch, dia bagi masa 20 minit ja. Bila nampak aku, dia sangat-sangat happy. Suka pukul2 aku.. Bila aku tanya bila besar nak jadi apa, dia cakap nak jadi pencuci kereta... hehe... Comel betul~

Last day attachment dekat wad, aku ampir menangis. Dia nampak macam mau menangis, tapi dia dpt tahan. Pengalaman hidupnya menjadikan dia kuat. Very strong boy. Dia cium tangan aku. aku bagi dia cium pipi aku, tapi dia malu. Aku paling tidak dapat lupa kata2 akhir dia sama aku.. dia ckp,

"Mun kamek sakit agik, muntah2 sm sakit dada, kamek mauk datang hospital Kuching supaya kamek dapat nangga muka kitak lagi"... :'(

Pastu aku cakap, "Mana buleh, badan mesti sihat". Tapi dia berkeras jugak mau sakit supaya dapat jumpa aku lagi.. uwaaaa..... sedihnya time dia cakap begitu. Last day, aku tak bagi apa2 pun ngan dia. Aku menyesal tak bagi dia hadiah. At least, dia happy ckit. Dia betul2 attached dalam hati aku. Sampai sekarang aku masih ingat dia. Aku harap dia sentiasa diberkati Tuhan. He is such an adorable boy... Please God, blessed him with health and happiness... pleaseeeeeeee.... >_<

Friday, 6 January 2012

Freaking Exam~

Okey, siriusly, aku tak suka exam. Exam membuatkan waktu makanku tidak menentu, tidur tidak mencukupi, otak sangat2 congested dengan info2 dan macam2 lagi la. So, masa awal2 ambil piano lesson dulu, aku cakap tak mau exam sebab nak main piano untuk hobi2 saja. Tapi lama kelamaan aku rasa, 'rugi ea tak ambik exam'.. tu kan kayu pengukur tahap kecekapan kita. Makanya, hari ini aku beritahu teacher yang aku nak take part in this year punya piano exam. Sbb hanya exam yang membuatkan aku rajin praktis piano. Sejak tiga menjak, macam makin malas pulak mau praktis. Orite Alisa, jangan nerbes2 time exam nanti ar. Jangan tersilap tekan key.. mengamuk nanti teacher tu.. hehe...

Owh, nak share my new piano book.. ^_^ Blue kaler lg..


Wednesday, 4 January 2012

Antara Realiti dan Khayalan

Orite, post ni khas untuk anda2 yang mempunyai perangai yang sama mcm aku. Ya.. ya.. paham.. aku tau korang cuba untuk melawan tapi kudrat yg kita ada amatlah tidak mencukupi (:p). Hanya kita2 saja yg memahami. Hehe... Jadi, jika anda berjumpa dengan spesis2 yg seperti ni, jangan cepat melatah, fahami anatomi dan fisiologi mereka, barulah kehidupan akan menjadi lebih ceria... 

Peristiwa pertama:
Aku: LI, cuba kau tengok dinding tepi aku ni...
LI: Apanya?? teda apa2 pun
Aku: Cuba kau tengok betul2.... macam ada muka orang aku nampak nih... astaga... ada muka orang nih....
LI: Uih... jgn kau begitu Alisa, jangan kau kasi takut aku..
Aku: Makin lama makin hilang nih.. nda pa la.. perasaan aku ja mungkin.. 
 (..actually time last dialog tu aku da sedar aku mengigau.. hahaha.. nak cover ckit... aku pun sambung tidur.. sian kawanku, ditakut2kan oleh kwn yg bangang ni....:p)

Peristiwa kedua:
Aku: Aik, malam2 kau mengemas baju??
Yani: Ya, besuk kan mau balik suda..
Aku: Kesiannya kau..... balik besuk.. kemas baju lagi... siannya.... (.. Napa la dialog aku time mengigau nih sgt2 la out of d box?? haha...)
Yani: Iya... nda pa... tidurla.. (<-- ni kwn yg tahu aku pndai mengigau... Lap you yani...)

Perstiwa ketiga:
Yung adalah adik aku. Kalau dia dtg Labuan, dia selalu tinggal kat bilik aku ja.. so, kongsi katilla katakan..... Tersebutlah kisah di suatu malam...

Aku: Yung, kenapa kau tidur dekat betul dengan aku?
Yung: Ah? kenapa?
Aku: Nda.. buleh ka kau tidur jauh2... aku rasa ada haba panas keluar dr badan kau. Jauh2 kau tidur a...
Yung: Begini? (Sambil menjarakkan badannya dr aku)
Aku: Jauh lagi.... (tiba2 aku perasan yang aku mengigau... pastu spt biasa.. cover2 line....)
Aku: Hmm.. mengantuk aku tau.. (terus sambung tdur.... hehehe..)

Peristiwa keempat:
Hah.. yang ini tiada dialog, cuma dialog di dalam hati.. Time ni yung tdur sebelah aku. Aku tak tau kenapa, tapi aku mau tendang yung sampai jatuh katil (Gilar ar punya jahat aku.. hahaha..). Aku berdialog dgn minda aku. Buat apa kau tendang orang bodoh.. Aih.. punyalah stress aku menahan perasaan mau menendang tu ba.. Last2, aku trsedar dan senyum2 sendiri... punya sowtt....

Sebenarnya ada byk peristiwa. Cuma ini yg suda ditapis dan sesuai utk bacaan umum. Sbnrnya kejadian2 di atas tu cuma trjadi kalau ADA ORANG time aku tidur ja.  Who's going to be my husband?? (abisla... hahahaha.. setiap mlm kena brdialog ngan aku). Kalau sorang2 tak prnah pun. Pelik.. Aku boleh tau apa aku ckp.  I can remember each words clearly. Macam semi-conscious la katakan. Tp, nasib baik aku bukan jenis yang brjalan time tidur.. Ni lagi teruk.. ari tu ada patient yang terjun bangunan sebab mimpi ngeri... Fuh~~ punya stunt.. hihi.. sib baik patient tu ok and bole balik rumah on the next day.. ^_^