Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Friday, 8 June 2012

10 Steps In My Financial Management

Kalau dapat gaji tu, kenalah plan awal2 untuk mengelakkan kebankruptan sebelum next gaji. Ni 10 benda yg mesti disetel sebelum fikir hal2 lain. Mana yang baik jadikan teladan, mana yang tak baik jadikan sempadan. Hehe..


NO 1

Kereta punya loan mesti dibayar dulu. Nanti tak pasal2 dapat surat cinta dari Bank. Lamanya lagi loan keta ni nak abis.... 2019,, hmm 2019.. 2019.. 2019..... kyaaaiiiii~~ lamanya lagi...



NO 2

Sewa rumah. Gambar di atas ni hiasan semata. Since aku ditugaskan menjadi tuai rumah, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk bank in sewa rumah setiap bulan dan memaklumkan tuan rumah melalui SMS. Selalunya SMS berbunyi "Kak, duit rumah sudah bank in".. <-- setiap bulan pun SMS sama


NO 3

Lepas da bayar No 1 dan No 2, barulah fikir saving. Actually saving ni sepatutnya gi No 1. Tapi kalau buat saving dulu, and kalaula ya.. kalaula... terlari budget, saving ni kena korek gak last2.. ndada gunanya. Hehe.. sorila.. aku pakai pic oink2.. cute ba..



NO 4

Benda ni... benda ni laaa.... aishh...... bayar tiap2 bulan, tapi connection korang tau la macam mana.. Since aku takda TV, internet ni je la yang meng'connect'kan aku ngan outside world.



NO 5

Dulu bayar murah je, lama kelamaan piano lesson punya fee mencecah 100 per month. Minat punya pasal, takpala.... berkorbanlah sikit...



NO 6


Aha!! kredit paling penting. Takut kalau ada emergency call dari hospital, nak call back kenalah ada kredit. Lebih2 lagi time escort kes ke Queen, kredit adalah element yang paling penting..



NO 7 
Kerana dirimu begitu berharga.. Hehe... da namanya perempuan. Beauty product mestilah penting. Tak perlu yang mahal. Asalkan sesuai ngan kulit kita, stick with that product. Kadang2 aku gi manicure, pedicure & facial spa. Tapi, tau2 la... kerja staffnurse nih, manicure tak tahan lama. Kena selalu buat handrub and handwashing kan. Guna alcohol handrub lagi. Jadi selalunya, kalau cuti baru aku buat manicure ;)



NO 8

 Health product is a must. Selalunya aku ambik Elken Spirulina (since jarang makan sayur), vitamin C and Fish Oil (Untuk mengurangkan kolesterol level). Apa salahnya, beli supplement kan. Dengan kerja yang sibuk dan shift yang tak menentu, it's worth to buy some. Kerana kesihatan itu amatlah berharga..



 NO 9


Hihihi,, makanan diletak di No 9 ba.. Nda hairanlan si Alisa ni cekeding je.. Aku tidak memilih bab-bab makan nih. Apa2 ja pun okeeey... Paling suka Mee Sup and Ice Lemon Tea ^o^



NO 10

MISCELLANEOUS THINGS
Ni termasuk la servis kereta, bil elektrik dan air, upah potong rumput, air skyblue yang kitorang order tiap2 bulan, magazines, baju and kasut baru (;p), belanja itu.. belanja ini... dan bermacam2 lagiiii.... 


Ok, itu saja setakat ini. Korang macam mana pulak?? Mesti lain dari list aku ni kan.. Tapi, selalunya hujung2 bulan tu sememangnya waktu yang menyesakkan nafas. Hehe.. Anyway, tq for reading.. Berjimat cermatla kita semuanya k.... :)

No comments:

Post a Comment