Ada sesiapa tahu apa itu 'escort'?. Escort tu maksudnya mengiringi pesakit ke hospital lain untuk rawatan lanjutan. Since aku ni duduk dekat pulau, makanya, pengangkutan utama adalah samaada feri, bot bomba, kapal terbang, helikopter TUDM dan hmm.. setakat ni itu sajala yang aku tau. Nak dijadikan cerita, adalah aku terkena 'jackpot' menghantar pesakit ke Hospital Queen 1. Selalunya aku ni agak bertuah jugak bab-bab escort ni sebab ni escort aku yang ke-4 dalam tahun 2012 ni. Ada sesetengah kawan kerja selalu je terlepas 'peluang' escort ni. Takpa.. takpa.. kerja tetap kerja.
Pagi tu aku kerja shift pagi. Pagi tu agak sibuk juga. Aku dimaklumkan kes Esophageal Varices tu kena dihantar ke Queen, menaiki feri jam 1.30 pm. Gulp, sekali tengok jam, 12 tengah hari. Waduh, ini barulah last minute punya decision. Aku pergi prepare beg escort. Segala peralatan untuk resuscitation aku bawa. Drugs, segala tubings, solutions, mesin2 dan sebagainya. Tapi aku terlupa bawa Piriton & Hycort. Blood transfusion kena ongoing in ambulance. Since patient selalu ada blood adverse reaction, 2 drugs tu kenala bawa.. Tapi, aku terlupaaaa........ kelam kabut punya pasal.
Aku berlari balik ke rumah kejap. Nasib rumah tak jauh. Gi ambik dompet je. Takkan cikai2 tak bawa duit kan. Nanti tiket balik kena keluarkan duit sendiri dulu. Tapi, yang sentengnya, aku tak bawa baju spare sebab aku dengan yakinnya merasakan dapat balik malam tu, ambik last flight yang jam 8 malam. Aku straight pergi ED, tumpang pantry diorang tuk makan kejap sebab aku tau selama aku escort kes, memang takkan ada masa makan selagi urusan tak selesai. Hari tu sampai jam 1 pagi. Punya sengsara perut ani..
Jam 1.30 pm, feri bertolak. So far, dalam ambulance, pt stable. Blood transfusion in progress. Tiba2, patient demam. Temperature 38.2. Kena stop blood transfusion. Doktor order IV Piriton. Masa nilah aku perasan tak bawa Piriton. Nasib baik dalam ambulance ada drugs beg. Suma ubat ada.. hehe.. selamat Alisa. Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami sampai Queen dalam jam 6 pm. Di ED Queen, punya ramai doktor. Kiri kanan pun doktor. Macam dorang lagi ramai dari pesakit pulak. Jadi, kami ni menunggu la.. Menunggu big doktor datang. Sekali kena hantar pt ke atas bukit untuk endoscopy. Tapi sebelum tu kena tunggu injection Talipressin dulu. Nak menunggu Talipressin ni lebih dari setengah jam tau. Tiba2 uneventful situation occur. Pt muntah darah. Fresh blood.. more than 500 cc. Baru doktor2 ni kelam kabut. Inject Talipressin dan menggesa kami untuk hantar pesakit ke endoscopy room A.S.A.P.
Then, kami hantar pesakit ke endoscopy room. Sampai sana, ayoyoyoyoo.. Alisa juga yang kena marah. "Macam mana mau buat scope pt not stable. Intubate!!". Eeee... not my fault. Management kat ED lambat sangat sampai pt change condition. "You, staffnurse, pegi turun bawah bukit sana, ambik darah 2 pint, urgent!!". Jadi, aku ni pun berlarilah gi ambik darah kat Blood Bank. Sampai Blood Bank, kunci pulak. Lari gi ED ambik kunci. Lari gi Blood Bank lagi. Lab staff cakap, "Saya tak boleh bagi darah kalau u tak bawa cold box". Nah, berlari lagi Alisa ke ED pinjam cold box. Bila dapat darah, naik lagi atas bukit, gi endoscopy room. Ingatkan nak hantar darah je. Tak sangka doktor tu suruh aku pakai glove and assist dalam intubation... o maiiiiii Gooodddd....
Staffnurse ini, staffnurse itu, staffnurse prepare IV Mida infusion, staffnurse prepare IV Dopa infusion, staffnurse, kenapa darah tak run fast, staffnurse help in positioning... dan bermacam2 lagila ordernya. Aduih, nak gila aku kejap. I didn't know where the hell you put all your things. Yet, you still asking me to do this and that. Kalau lambat sikit kena marah. Napala aku tak pura2 pengsan time tu.. kihkihkih,, terfikir jugak idea yang bodoh time kekalutan. Dekat sejam lebih juga proses menstabilkan pt nih. Lepas da stabil, baru buat scope. Memang terserlah ada active bleeding inside. Doktor tu buat banding. Seronok jugak tgk live banding. Barula keadaan setel down. Nak hantar pt gi ICU atau ward, tapi full. So kami kena hantar pt balik ke ED sementara menunggu katil ada. Aku suda set, hantar ja pt ke ED, sumanya setel. Boleh rehat.. Gila punya penat nih.
Esophageal Varices. Sila baca sendiri ni penyakit apa ya..
Ni proses Banding untuk treat penyakit di atas
Proses perpindahan dari endoscopy room ke ED amatlah 'sengsara'. Dengan 2 infusion, cardiac monitor, tong oxygen yang maha berat. Tanpa segan silu aku menyuruh relatives pt tuk menolong memegang apa2 yang patut. Staffnurse ada dua tangan jek. Nasib baik diorang memahami. Sampai dekat ED, baru je nak pindah katil, tiba2 doktor tu jerit "Ok!! da ada katil dekat HDU, tak payah hantar cni, hantar terus HDU!" Wow.. aku tidak menyangka para doktor di ED bersorak kesukaan.. WHAT THE???!!!!!. Aku melepaskan keluhan yang amat panjang. Tak bagitau awal2. Ni namanya kerja dua kali. Jadi, kami menaiki lif, menolak pt, melalui ruang2 perjalanan yang sempit dan berliku2. Last2 sampai juga d HDU. Masa tu jam menunjukkan 10.30 malam. Sampai di sana, aku pass report dengan staffnurse incharge secara verbal. Case Note pt telah 'dirampas' oleh doktor2 yang banyak itu. Terpaksa aku cuba2 ingat segala apa yang terjadi. Pas settle, kami antar tong oxygen ke ED, segala equipment ke endoscopy room. Dan minta maaf ED, aku terlupa pulangkan kamu punya cold box.. hihihi... ada saaaaana di endoscopy room. :p
Yahh.. kerja selesai. Sekarang ni mau cari hotel untuk bermalam. Tak sempat balik malam nih. dekat 10 hotel cari, semuanya full house. Last2 ada jugak hotel available. Aku gi pasar malam beli baju T-shirt. Seumur hidup aku tak pernahnya aku beli T-Shirt "I love Sabah". Ni terpaksa la beli. Itu je baju yang dijual. Banyak kedai da tutup. Main tawar menawar lagi tu untuk dapatkan harga yang paling murah. Next tym Alisa, jangan lupa bawa baju spare. Berus gigi ngan colgate pun kena beli. Malam tu punya nikmat tidur. Dalam aircond lagi. Besoknya jam 6 kena pergi airport balik Labuan and kena keja lagi shift petang. Sampai Labuan dalam jam 8.30 pagi gitu. Fuuuuuhhh.. berakhirnya kisah escort yang ke-4 ini. Memang experience yang sangat2 berguna.
PS: Tak sempat nak salam isteri pesakit. Terlupa mau bagi kata2 semangat. Aku doakan dia dan suaminya tabah menghadapi dugaan Allah SWT. Amin....