Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Wednesday, 6 June 2012

Young Boy with Complete Heart Block

"JACKPOT".. again.. Bertuah sungguh. Untuk bulan Jun, kali kedua aku gi Queen Hospital untuk escort. Kes kali ini sangat sadis. 25 years old boy with complete heart block. Sedih kan? Aku ada adik seusia dengan dia dan dia ada abang seusia dengan aku. Mesti dorang rapat macam aku rapat ngan adik aku. Sepanjang di wad, abangnya nih yang temankan. Papah gi tandas sebab adiknya tak berdaya untuk berjalan. Sayu gak hati tengok. Berat mata kita memandang, berat lagi.. aaa.. sambung sendiri... Doktor kata mungkin kat Queen, diorang akan letak 'pacemaker'. Kalau di kampung aku, orang panggil 'bateri' untuk jantung. Pacemaker membantu jantung untuk mendapatkan ritma yang sepatutnya. Dia akan adjust kalau jantung berdegup terlampau perlahan ataupun pantas.


Rupa si Pacemaker

Boleh tengok kat Chest X-Ray

..dan secara mata kasar..


Masa escort, aku berbual ngan dia. Dia da stop smoking beberapa tahun yang lepas. Tapi, dari wajah dia tu, aku tau dia masih susah untuk menerima kenyataan yang dia menghidapi penyakit 3 serangkai: penyakit jantung, hypertension dan diabetic. Kalau ditengok dari saiz badan, dia taklah obese sangat. Berat dalam 50 kg, tinggi mungkin around 165-170 cm. Kadang-kadang, perkataan 'takdir' tu agak susah untuk diterima. Tapi, syukurlah, sebab dari pandangan mata aku, mak dan ayah dia sangat tabah dan dari golongan baik-baik. Cakap bersopan-santun dan perkataan Assalamualaikum dan Terima Kasih selalu diucapkan. Mula-mula aku ingat ayah dia tu ustaz. Tergelak si adik bila aku cakap macam tu. Ayah dia kerja kat Shell rupanya.

 Perjalanan so far so good. Cuma Alisa ni mabuk laut kalau naik feri yang kecik. Terumbang-ambing doh.. Hampir-hampir muntah. Nasib baik perjalanan merentasi laut 40 minit je. Pesakit ok jee.. Misi pula yang nak pengsan. Sampai di Queen, si adik dimasukkan ke dalam CCU. Aku suka tengok CCU Queen. Cantik, luas dan ramaaaaiii staff. Sila imagine ke'ramaian' yang aku maksudkan. Kiranya urusan selesai by 4.30 pm.

Malam tu aku ngan doktor stay kat hotel berdekatan ngan Centre Point. Sempat jugak gi beli kasut. Alisa ni susah ckit kalau bab-bab shopping kasut. Bukan 1, tapi 2 yang dibeli.. hahaha.... rambang mata deh... ingat nak beli lagi, tapi nasib baik banyak kedai da tutup sebab da hampir jam 10 masa tu. Ok la, ada sudah souvenir untuk escort kali ini. New cute+white shoes for a cute nurse (<-- perasan :p).


Love your heart.. 
It works 24 hours/day even since you were in your mother's womb ;)

No comments:

Post a Comment