Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Tuesday, 18 February 2014

A Tale of a Special Dog

Alkisahnya, di kampung tempat aku tinggal ni ada banyak anjing liar yang berkeliaran. Ada jugak dua tiga ekor yang selalu ber'jaga' di sekitar rumah aku. Menanti kalau-kalau ada makanan lebih atau rezeki untuk mereka. Kadang-kadang mereka tolong mak aku halau lembu-lembu yang pandai lompat pagar masuk ke halaman rumah dan merosakkan tanaman mak aku. Berjaga waktu malam untuk menghalau 'pencuri2' atau sesiapa yang berniat tidak baik terhadap kami sekeluarga. Dipendekkan cerita, di kalangan mereka, ada seekor yang berwarna hitam sepenuhnya yang selalu memerhatikan aku dari jauh. Dia tak berani datang dekat. Jadi selalunya kami hanya bertentang mata ja la dari jauh.

Pada suatu hari, aku baru balik dari sekolah. Masa tu aku kerja sebagai guru ganti di sekolah rendah. Tetiba aku dengar suara macam pelik. Suara kesakitan di celah-celah semak samun. Sekali aku tengok.. ndui naa.. si Kontot ba pulak (aku gelar dia si Kontot sebab ekor dia pendek, macam bun). Dia tengok aku dengan perasaan sayu. Rupa2nya si Kontot tak dapat nak bergerak. Aku panggil mak aku. Mak aku bawa ikan goreng untuk umpan si Kontot ni keluar. Yela.. takkan nak pegang.. kang kena gigit haru lak.. Perlahan-lahan si Kontot menghensot ke depan. Ya Allah, rupa2nya kaki belakang dia tak boleh gerak langsung. Lumpuh. Mungkin si Kontot dilanggar kereta dan itu membuatkan dia lumpuh separuh badan. Pastu aku dan mak aku guide dia menuju ke rumah kami yang tak berapa jauh dari tempat si Kontot bersembunyi. Jadi si Kontot tinggal la di bawah rumah kami.

Pada saat itu bermulalah nursing care untuk si Kontot. Setiap hari aku dan mak aku bagi dia makan. Bila time di makan, kena jaga betul2 sebab anjing2 liar yang lain akan membuli dia. Jadi si Alisa akan standby dengan kayu jolok mangga yang panjang bila si Kontot makan. Mula-mula si Kontot takut-takut ngan aku. Aku suap dia makan. I mean, aku dekatkan ikan goreng tu kat mulut dia sambil tangan ku berbalut plastik. Glove takdala... Dia takut mo dekat aku. Masa dia makan aku sapu2 lembut kepalanya guna daun mangga yang kering. Telinga dia turun ke bawah. Tanda seeokor anjing yang 'akur' dan sudah 'ditawan'. hehe.. Dia minum pun aku jaga. Dengan penjolok mangga yang panjang tuh. Dia pandang aku. Penuh sayu. MashaAllah.. pandangan matanya betul2 menusuk jantung aku. Seperti pandangan makhluk yang penuh dengan perasaan..

Semakin lama semakin dia percaya dengan aku. Dulunya dia takut dengan aku. Sekarang dia tunggu aku balik dari sekolah dekat pagar rumah. Bila dia nampak aku balik, dari jauh dia menghensot laju separuh badannya sambil muka dia terpancar sinar kegembiraan. Seperti biasa aku bagi dia makan. Kadang2 ada susu kotak sekolah yang aku bawa pulang untuk dia. Sambil2 dia minum aku usap lagi kepalanya guna daun kering. Sekali sekala dia toleh dan renung mukaku.. seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih atas semua yang telah kami lakukan untuk dia.

Pernah sekali dia jatuh ke tebing sungai. Belakang rumah aku nih ada sungai yang besar (Tapi aku ni tak pandai2 berenang). Ketika tu hujan lebat. Mak dan bapak aku bentang tikar kat tebing tu, umpan dia dengan ikan. Bila dia da naik sepenuhnya ke tikar, bapak dan mak aku angkat dia naik ke atas. Fuh.. tak tau macam mana dia leh jatuh. Nasib gak mak aku ada idea brilliant macam tuh. Mak tak bagi turun sebab hujan lebat. Mungkin mak tak nak anaknya jatuh sakit kut. Syukurla Kontot dapat diselamatkan. Kalau tak, bila air sungai naik tinggi, konfirm si Kontot ni hanyut dibawah arus sungai yang deras.

Ada gak kawan yang senasib ngan si kontot T_T

Makin lama, keadaan Kontot makin teruk. Aku sedih sebab aku tidak dapat buat apa pun. Dia tak dapat mengawal kencing dan berak seperti biasa. Pada masa tu aku sangat naif. Tak terpikir walau sedetik pun untuk bawa dia ke vet. Apa yang aku fikir ketika itu adalah untuk menjaga dia setakat yang aku mampu. Anus dan kemaluannya dihurung semut. Sebab bila di menyeret badannya ke hulu ke hilir, segala kotoran pun turut diseret olehnya. Aku sedih tengok. Aku cuba bersihkan dengan air tapi makin lama keadaan dia makin teruk. Selera makan dia pun makin kurang. Aku selalu bawa dia bercakap. Dia tengok ja muka ku. Aku tak kisah dia tak reply tapi aku mau dia tau yang aku nak dia sembuh seperti dulu. Aku tau dia faham apa yang aku cakap. Aku percaya yang sesetengah benda itu tak perlu dilafazkan dengan mulut, cukup untuk dirasai dengan hati dan perasaan. Aku perasan satu benda, pandangan mata dia pada hari tu sangat berlainan. Seolah-olah dia ingin bagitau yang dia akan pergi jauh.

Seperti biasa, setiap kali abis waktu sekolah, aku cepat-cepat balik. Dengan berbekalkan susu sekolah kegemaran si Kontot, aku bergegas pulang. Malangnya, tiada si Kontot tunggu di pintu pagar. Aku panggil-panggil mak tanya keberadaan si kontot. Nah.. apalagi, mencari la kami. Tidak berjumpa. Aku panggil-panggil nama dia. Anjing2 liar yang lain hanya memerhatikan gelagat kami. Setelah puas mencari, kelibat si Kontot langsung tidak kelihatan. Mak aku ada satu teori, mungkin si kontot jatuh di tebing dan dihanyutkan oleh arus sungai.

Malam tu sebelum tidur, aku teringat si Kontot dengan pandangan sayu terakhirnya tu. Menangis aku bila teringat pasal semua tu. Even sampai sekarang, masa menaip entri ni, hati aku masih lagi sedih memikirkan si Kontot. Hm.. tak sampai sebulan aku menjaga dia. Tapi kehadiran dia cukup istimewa dalam hati aku dan family aku. Anjing pun makhluk Allah SWT wahai pembaca blogku. Mereka pun punya perasaan. Pandai marah, pandai menyayangi, pandai takut, pandai membalas budi... jika kita layan mereka dengan baik, baik juga layanan yang mereka berikan. Mungkin kita tak nampak balasan dari mereka sekarang, tapi percayalah... semuanya akan berbalas di akhirat sana nanti. Semua yang kita buat sekarang ada balasannya. Mungkin sekarang si Kontot bahagia di alam sana dengan kesihatan yang sempurna. Semoga dia ingat dengan kami di sini. Sekurang-kurangnya dia ada ingatan mengenai kasih sayang yang ikhlas di dunia ini walaupun hanya untuk sementara waktu saja... :')

Teringat kisah Hachiko... ^^... You'll get back what you give

PS: Iya.. saya seorang muslim dan saya sayangkan makhluk Allah swt yang istimewa ini.. tiada sebab untuk saya membenci mereka. Langsung tiada...



 

No comments:

Post a Comment