Zaman sekarang semua dah berubah. Apa-apa kerjaya pun semua ada cabarannya yang tersendiri. Guru kena teruk jugak zaman sekarang. Ingatkan jururawat lah yang selalu dicaci sampai ada yang melabel jururawat itu sebagai pelacur. Astagfirullahalazim.... mulia sangatkah kita sampai melabel mereka sebagai pelacur. Pelacur kalau bertaubat pun boleh menjadi ahli syurga. Tak takut kah dengan pembalasan Tuhan. Ingat! Tuhan itu Maha Adil. Jangankan kerana mulut badan sendiri yang binasa. Benarlah kata orang dulu-dulu. Lidah itu lebih tajam daripada bilah pedang.. biarpun ianya tidak bertulang.. namun ianya anggota manusia yang dapat menjerumus manusia itu ke dalam lembah kehinaan.
Berbalik kepada kisah tadi kan... para guru naik turun balai polis kerana aduan daripada ibu bapa yang 'sangat sayangkan' anaknya sampaikan kena rotan gara2 tak buat kerja rumah pun inginkan perhatian dari seluruh rakyat Malaysia. Minta maaf bila saya cakap... ianya seperti inginkan publisiti murahan. Saya tak tau la apa nak jadi. Suatu ketika dulu pun kerjaya jururawat dikecam hebat gara2 tersebarnya gambar bayi yang berlumuran darah kerana IV line yang tercabut. Weiyoo... sedarlah manusia... tercabut IV line itu adalah kejadian yang paaaaaling biasa terjadi. Kamu tersentap sebab nampak darah tu je kan?. Saya akui tak semua orang boleh melihat darah. Itu semua perkara biasa wahai pembaca blogku. Bila da tercabut.. darah la yang keluar. Kalau darah tak keluar maksudnya IV line dia tak bagus la. Ubatnya tak masuk dalam darah tapi masuk dalam tisu. Entahlah.. nak terangkan pun tak tahu korang faham atau tidak. Pokoknya disini, sukar untuk kita FAHAM sebab kita TIDAK DI SITUASI berkenaan dan kita bukan di posisi yang membolehkan kita komen seperti kita tahu segalanya. Padahal fikiran kita terhad kepada gambar tu je.. gambar tu jeeeeee.... fahamlah wahai sekalian makhluk...
Seorang adik perempuan saya adalah guru dan seorang adik perempuan lagi adalah bakal guru. Macik2.. pacik.. kebanyakannya guru. Bapa saya sendiri pun kerja sebagai cc kat Pejabat Pelajaran Daerah. Saya sendiri pun pernah jadi guru sekolah rendah sementara sebelum dapat tawaran jururawat nih. Jadi, saya sangat memahami tugas mereka. Tahu tak, ramai guru yang mendapat darah tinggi, stroke dan tak kurang jugak yang mendapat penyakit mental dan depression. Sepuluh tahun akan datang saya tak dapat bayangkan.. Budak-budak zaman sekarang yang tak boleh dirotan mungkin jugak ada di kalangan mereka yang jadi guru di masa hadapan nanti. Bersiap sedialah kamu semua. Silap2 jeling kat student pun kena saman.. :p..
Kepada para jururawat, biarlah apa orang nak cakap. Pelacur ke.. anjing ke.. apa ke.. Kalau mak bapak dorang sakit.. pelacur2 dan anjing2 ni jugaklah yang akan jaga. Nak jumpa seorang anak yang sanggup tukar pampers dan cuci berak mak bapak dorang pun sangat payah. Walaupun gaji tinggi dan pangkat bertingkat-tingkat. Bila bab tukar pampers.. semua lari entah ke mana. Jaga mak bapak sorang pun tak sanggup. Inikan jururawat yang kena jaga 20 - 30 mak bapak orang. Sampaikan mak bapak sendiri kat kampung pun payah nak jenguk. Hm... apa juga mo diherankan. Jangankan guru atau jururawat, Pak Guard pun kena tendang gara-gara menjalankan tugasnya. Apa nak jadi ngan dunia nih. Hampir semua jadi gila. Bila kita jadi normal, macam kita pulak yang gila. Biarlah.. yang penting Allah SWT lebih tahu niat kita. Tetapkan niat untuk menjalankah ibadah.. InsyaAllah... biarlah dicaci didunia.. biarlah hina di mata manusia.. dunia itu sementara.. akhirat juga penentu segalanya..
PS: Ya Allah... Engkau lindungilah dan kuatkanlah semangat setiap insan yang berkhidmat untuk masyarakat di dunia ini... Amin ya rabbal alamin~
-->
No comments:
Post a Comment