Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Sunday, 17 April 2011

Are you deaf @ dumb?

Tidak terlintas untuk aku menulis cerita ini, tetapi, aku sangat sangat tidak senang hati sekiranya tidak berkongsi cerita ini dengan orang lain. Niat aku cuma satu, kepada lelaki-lelaki di luar sana, sila jangan berkelakuan seperti 'orang gila' dan kepada perempuan2 pula, sila gunakan otak anda. Orang selalu cakap, cinta itu buta. Buta? iya ka? Ka itu cuma pernyataan yang dibuat oleh orang yang membabi buta dalam bercinta demi menutup kesalahan mereka. There's NO such thing like cinta itu buta. Hanya orang2 yang bercinta itu yang buta dan membiarkan semuanya berlaku kerana mengikut perasaan semata-mata. Cinta buta yang 100% mengikut perasaan itu hanya layak diberikan kepada Tuhan yang Maha Esa. Malangnya, cinta agung inilah yang selalu dilupakan oleh manusia yang jauh mementingkan cinta sementara itu. Alamak, berfalsafah la ba pulak.. hehe,, :p

Ni hah kisah yang aku nak kongsikan nih. Adalah sorang pesakit nih, masuk wad sebab kena menjalani emergency operation. Sepanjang dia di wad, tunangnya la yang menemankan dia 24 jam. Memandangkan pesakit ini agak 'pemarah' (mintak maaf sebab guna perkataan ini), niatku untuk bertanyakan pasal ahli keluarganya yang lain terbantut. Yalah, sepala yang nak pergi bersembang dengan pesakit yang bagi warning time aku inject dia hari tu. Malas la den.. Jadi, tunangnya yang kecik ni la yang menemankan dia selalu. 

Adalah satu hari tu, tunangnya ni tengah memotong kuku si pesakit ni. Pastu, doktor datang untuk buat ward round. Jadi, kawan kerja ku nih mintak si tunang ni keluar kejap sementara doktor nak check pesakit nih. Can you imagine that?? Buleh2 ja si pesakit ni tengking prmpuan tu suruh dia habiskan kerja memotong kuku dia. Depan semua orang tu. Aissey.. Terkulat2 si tunang ni menyambung kerjanya. Ishh.. tulungla.. mak bapak aku da berpuluh tahun kawin, tidak pernah sekali pun aku tgk bapak aku tengking mak aku. Wadeii.. bengisnya, tuhan jak tau. Kejadian kedua, time bagi ubat, si tunang ni yang beri dia makan ubat. Tak tahula macam mana, tiba2 ada ubat terjatuh, pastu si pesakit ni cakap "Sial!!"... o mai god.. sialnya ni lelakiiiiii!!!. Aku sangat geram.. Macamana la ni perempuan bole tahan dengan perangai gitu. Ni baru tunang nih, lum kawin lagi. Kalau aku, sori, banyak lagi lelaki lain yang lebih baik. Kalau orang tak pandai menghargai kehadiran kita, tak payah dok bodoh2 setia ngan dia. Janganla jatuhkan martabat diri sendiri. Kalaupun hanya dia ja lelaki yang tinggal di dunia nih, lebih baik aku tinggal di hutan, tak payah kawin. Daripada seksa diri sendiri, lebih baik cinta itu diberikan dengan Tuhan yang kekal abadi. Jadi, sila ambil iktibar dengan cerita ini. Aku bukan mau mengaibkan sesapa, aku cuma mengharapkan agar tiadala lagi kejadian seperti ni terjadi. Bukannya apa, entah apa sebabnya, aku yang sakit hati sendiri.... <--menyibuk hal orang ja ni budak :p

No comments:

Post a Comment