Sekarang ni banyak kolej2 swasta yang menawarkan nursing course. So, peluang tuk menjadi nez sgt cerah. Tyme aku jadi lecturer dulu, soalan standard yg akan aku tanya dalam kelas yang pertama, "why u choose to be a nurse?". Jawapan standard students aku pulak "sbb banyak peluang pekerjaan..". Ya, aku taula. Kalau pegi Arab Saudi, sebulan bole dpt 12K. Hmm, my dear student, I expect to hear "I was born to be a nurse!" (Ada ka gitu?? ehe~). Well, aku pun dulu bukannya bercita2 untuk menjadi nez jugak. Haha,, Semua keluarga da tau, rasanya cikgu2 pun semua tau, cita2 aku adalah untuk menjadi seorang doktor (kunun~). Masa darjah 1 dulu pun, aku tulis 3 pilihan pekerjaan (1.Doktor 2.Peguam 3.Guru). Nah,, teda satu pun yang sangkut. Alkisahnya aku pilih nursing ni pun sebab pointer matrix ku nda sampai 4.00. Jadi, aku pilih ja kerjaya yang berkaitan ngan medical, iaitu nursing. Masa 1st dapat result SPA, happy jugakla. Tapi, dalam setahun aku study nursing di UNIMAS setiap pagi selepas bangun dari tidur, hampir setiap pagi.. aku bertanya dengan diri sendiri "wei,, ko kan mau jadi duktur, napa pulak kau jadi nez nih??". Aiyaa.. setahun tu geng.. dalam dilema la katakan. Kadang-kadang ada jugak ku menangis mengenangkan cita2 yang terkubur. Tapi sekarang da lain cerita. Betul kata orang, tuhan tak bagi apa yang kita mahu, Dia bagi apa yang kita perlu. Aku bersyukur sangat sebab tak jadi dr sbb macam nda siok pula. Nez lagi seronok. Banyak masa bole bersama ngan pt, bercerita ngan pt, jaga dorang baik2 sampai dorang sihat. Bila berjauhan dari keluarga nih, pt la yg menjadi keluarga. Aku tidak mengharapkan balasan atau apa2 pun, tapi, kalau ada pt yang ckp "terima kasih nez", wahh... rasa dunia macam aku yang punya pulak.. haha.. Terima kasih tuhan sebab menjadikan aku salah seorang daripada white angel... ^__^
-->
No comments:
Post a Comment