Boucing Multi-Colored Bow Tie Ribbon -->

Saturday, 14 May 2011

Bertuahnya kita..

Alkisahnya, aku ni ada seorang pesakit kanser tahap terakhir. Kiranya dia pun da kenal da semua nurse dekat wad aku tu sebab dia pun kerap kena admit wad. Diagnosis dia Nasopharyngeal Carcinoma (NPC). Sepa2 tak pernah dengar nama kanser nih, sila rajin2 pi google. Secara ringkasnya, NPC ni melibatkan sel sel kanser yang bermula di bahagian dalam rongga hidung dan pharynx dan seterusnya merebak ke kawasan2 lain contohnya paru2, mata, otak.. pendek kata semua tempatla. Dah namanya kanser. Aktiviti sel2 ambnormal ni memang susah dikawal. 

Pesakit ni pulak dulunya menolak rawatan chemotherapy kerana tidak dapat menanggung kesakitan dan kesan sampingan drpd chemotherapy tersebut. Jadi, sekarang dia dikira Palliative Care atau kata lainnya 'memberi ubat utk mengurangkan kesakitan hinggalah ke ujung nyawa'. Means, tiada apa2 yang boleh dibuat. Sebab tu la aku sebagai jururawat ni pun, tak sanggup melihat dia bertarung nyawa mcm tu. Isteri dia yang cantik & muda sentiasa menemaninya, dari dulu sampai skrg. Tak pernah ditinggalkan walau sekejap. Oh ya, pskt aku nih masih muda lagi, dalam 30-an gitu. Rasanya takda anak lagi. Ndak berani pulak ku tanya. 

Disebabkan penyakitnya nih, muka pesakit itu telah berubah, gara2 sel kanser yang makin membesar. Mukanya dan lehernya bengkak, pipinya terkopak dan sampai boleh nampak gigi, pastu ada cecair2 yang keluar dari luka di mukanya dan kadangkala boleh terhidu bau yg kurang menyenangkan. Matanya pun hampir terkeluar. Makanan pun susah ditelan. Kalau korang tengok, mesti korang rasa sangaaat kasihan. Selalu isterinya tarik langsir. Yalah, asal ada pelawat2 nih, mesti tengok suami dia macam tengok alien. Aku benci betul, mau ja aku gi marah (tp, nda buleh pulak). Pastu, ada jugak pelawat tanya aku, "penyakit apa tu nurse?" confidentiality is the most important thing here. Jangan harap la aku nak bgtau.

Pesakit aku ni dulunya peramah. Dia siap berbual2 ngan aku. Tanya aku org mana etc. Kalau bab2 ambik darah, dia tidak pernah mongomel. Biarpun cucuk berpuluh2 kali (sbb urat dia ni Maha Susah mau cari - kesan dr chemo). Skrg ni, tiada satu perkataan pun keluar dari mulutnya. Dia diam seribu bahasa. Cuma yang kedengaran suara batuknya. Aku rasa keadaan dia jauh lebih merosot berbanding dulu. Kesian.. kesian.. kesian.. itu ja la yang aku buleh ckp. Bertuahnya kita yang sihat gini... Bersyukurla kita ya. Sesetgh orang yg kurang bernasib baik bertarung nyawa dengan kanser atau penyakit yg seumpama dengannya. Kita ni, ala.. demam ckit, selesema ckit.. da mengomel2.... Bersyukurla kita wahai saudaraku sekalian... Ucaplah Alhamdulillah....

1 comment:

  1. Recent news, semalam shift petang. Ku tengok, katil pesakit ni kosong. Dia da meninggalkan kita semua around jam 5.30 pagi. Until the end, aku tak dapat jugak dengar suaranya brcerita... :(

    ReplyDelete